8-series of... unfortunate events?

2.3K 514 111
                                    

"Halu sayang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Halu sayang."

"Halu baby."

Khadijah yang sedang berdiri di depan almari buku bahagian non-fiction berkerut dahi mendengar teman lelaki sendiri bersayang entah dengan siapa. That better be Mikaeyl, Najmi or Rizqan. Kalau tak, dia sekeh Haikal sampai mamat ni terteleng kepala sehingga 24 jam seterusnya.

"Nak apa sayang?" Haikal menyambung bicara sepertinya pagi tadi dia dan Najmi tak bertekak macam laki bini bergaduh rebutkan alat kawalan TV.

"Kau dekat mana Kal?"

"Dekat mana? Aku dalam hati kau... yang paling dalam." Nada suara lelaki kasanova terulung milik Haikal muncul.

Khadijah pun tak pernah dengar teman lelaki untuk 4 tahun dia tu mengayat dia sampai macam tu sekali. Esh, rasa macam bermadu dengan kawan-kawan lelaki Haikal!

"Jawab betul-betul bebal." Laju Najmi menegur. Ingat ada masa untuk gurauan tak semenggah dia?

Pantas nada suara Haikal yang miang tadi berubah. "Dekat SCM la. Dengan Cik Rose Khadijah yang cantik manis seperti madu tualang gred A beli dari Ustaz Jamil. Khadijah cantik ini telah memaksa aku untuk hantar dia ke MPH nak cari buku supervisor dia suruh beli. Aku kan driver percuma dia. Driver dia yang sedia ada pun duduk goyang kaki tak payah buat kerja sebab ada aku."

Haikal menyebut sambil mengangkat kening berkali-kali memandang Khadijah yang dah cemberut di tepi dia. Sebuah buku di rak dicapai Khadijah dan dia hampir nak ketuk lengan Haikal yang bercerita macam Khadijah di sebelah pekak tak boleh mendengar.

Haikal tersengih selepas berjaya mengelak pukulan Khadijah. "Gurau aje la." Sebut dia tanpa suara kepada Khadijah.

Khadijah menjeling lantas meninggalkan Haikal di rak bahagian non-fiction itu. Maleh aku layan.

"Oh. Sempat eh dating? Tapi SCM tu area mana?"

"Area Meru la. Tak belajar Geografi ke? Siapa cikgu kau dulu ni?"

"Sorry la aku kurang IQ. Aku jarang jejak Meru. Saya orang Keyel. Lagipun siapa pula la belajar dalam Geografi mall SCM tu letaknya dekat mana?"

"Ceh. Orang KL apa kalau lahir kat Kampung Sungai Udang? Ha. Lepas tu, kau nak apa?" Kenapa ditanya informasi rawak sebegitu?

"Hm. Meru... kiranya kalau balik dari Puncak Alam lalu situ la, eh?"

"Esh... tak belajar Geo-"

"Jawab aje la!" Ada yang kena tampar ni karang.

"Ya la! Lalu la, sebab Puncak Alam kan selepas Meru." Apa la dah duduk Selangor dekat 26 tahun tapi Meru sebelah Puncak Alam pun tak tahu?

"Cantik. Ambil Mikaeyl sekarang. Dia tersadai tengah-tengah Meru. Cepat sikit, hari dah nak gelap ni. Risau aku kalau dia kena culik dengan Cik Ponti maghrib maghrib ni."

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now