7- series of unfortunate events

2.8K 431 65
                                    

"Morning!" Najmi menegur saat terdengar bunyi tapak kaki Mikaeyl yang sedang menuju ke tingkat bawah rumah mereka

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Morning!" Najmi menegur saat terdengar bunyi tapak kaki Mikaeyl yang sedang menuju ke tingkat bawah rumah mereka. Minyak wangi semerbak Mikaeyl pun dapat dibau, kuat mengalahkan bau masakkan di dapur.

Berkerut dahi Mikaeyl yang sedang sibuk membutang lengan baju sebab apa yang dilihat sekarang ialah bukan Najmi sahaja yang ada di situ, Haikal pun ada sedang menunggu di meja makan. Bukan kali pertama budak ni layan rumah Najmi dengan Mikaeyl macam kedai sarapan pagi, tapi perkara itu masih mengundang rasa pelik dalam diri Mikaeyl.

Tak ada kehidupan sangat ke Haikal Deedat seorang ni sampai rajin benar datang rumah mereka?

"Morning." balas lelaki itu tanpa nada, membuatkan Haikal dan Najmi mengalihkan wajah serentak memandang Mikaeyl.

Bukan setahun dua mereka kenal diri masing-masing. Bila nada suara Mikaeyl monoton macam tu, mereka dah boleh agak isi hati dia.

Mikaeyl melabuhkan duduk di sebelah Haikal.

"Kau lagi?" soal Mikaeyl sambil merenung wajah Haikal, masih dengan nada monoton dia.

"Aku lagi. Buat selamanya. Sayang." Dengan penuh dramatis, Haikal menjawab. Kening diangkat dan mata jadi redup seperti mata kasanova terulung negeri Selangor. Nada suara pula macam tengah mengayat anak orang nak ajak kahwin dekat Thailand hari esok.

Makin berkerut dahi Mikaeyl.

"Sorrylah. Aku nak jimat duit tak payah sarapan pagi dekat kedai. Jadi aku singgahlah sini." Melihat wajah Mikaeyl tak memberikan reaksi yang memberasangkan, Haikal menyampaikan alasan sebenar mengapa dia di sini. Mendengar Najmi goreng bihun pagi-pagi, lagi laju dia bawa kereta ke rumah mereka yang tak jauh dari tempat kerja dia.

"Eh? Baik sikit. Satu pinggan bihun aku caj RM10 ya. Kau ingat hidup zaman sekarang ni ada ke orang baik nak bagi semua benda percuma?" Najmi menjawab sambil menghulur tiga buah pinggan di hadapan wajah Haikal. Dia sedia maklum Haikal tu kedekut nak keluarkan duit untuk diri sendiri, tapi Haikal ingat Najmi beli sebungkus bihun ni guna senyuman ke?

"Bapak kapitalisnya!" Haikal protes, tapi tangan tetap dah isi bihun ke 3 buah pinggan tu.

Dia sempat tersengih. "Memanglah kau jahat, tapi kau kan kaya? Bazirkanlah sikit duit dekat aku."

Haikal kemudiannya menayang senyuman lebar minta Najmi cair hati memandang wajah dia. Najmi hanya menjulingkan mata ke langit lantas wajah Mikaeyl di sebelah Haikal pula direnung.

Tak beriak. Sama macam muka Mikaeyl saat mereka baru bekenalan 19 tahun lalu. Budak kecil berumur 7 tahun tu dulu tak pernah tersenyum, macam hidup dia tak pernah ada benda menceriakan terjadi.

Tapi mungkin betul, Mikaeyl yang dulu hidup di dalam dunia yang tidak berwarna. Logik kalau budak kecil itu muram begitu.

"Bad dreams lagi?" soal Najmi ringkas lantas duduk di hadapan Haikal.

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now