Hai Assalamualaikum.
Alhamdulillah. Sekejap aje rasanya tapi buku Di Bawah Langit Biru sudah selamat diterbitkan.
Terima kasih banyak pada yang mendoakan. Saya ialah penulis di bawah naungan Manés Wordworks yang dijemput menulis dengan mereka. Meskipun dijemput, manuskrip tetap dinilai.
Mungkin berkat doa kalian, penilaian berjalan dengan baik dan Di Bawah Langit Biru juga diterima para editor dan penilai dengan baik. Alhamdulillah.
Pre-Order bermula pada 27 Mei (Jumaat). 100 pembeli kombo pertama akan menerima gifts. Partner kombo saya ialah akyelrahim dengan buku terbitannya, Kimia.
Sila follow IG Manés Wordworks untuk tahu cara pembelian. Saya juga akan berada di PBAKL pada 11 Jun, pembelian pre-order boleh dibuat di situ juga.
Sekali lagi. Terima kasih yang tak terhingga 🥺 terutama cloudies yang sentiasa mendukung saya. Tak sabar nak peluk Mikaeyl!
YOU ARE READING
Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)
RomanceSetiap orang ada traumanya sendiri, ada kisah yang tak terluah, luka yang tak terpulih, mimpi menyakitkan yang berulang dan juga bahagia yang tampak seperti air yang sering terlepas dari genggaman. Mikaeyl, lelaki dewasa yang sudah berjaya mencapai...