6- hutang jodoh

2.6K 460 182
                                    

Angau -Aizat Amdan, Takahara Suiko

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Angau -Aizat Amdan, Takahara Suiko

0:35 ──o───────── -4:23

⇄      ◃◃    Ⅱ    ▹▹      ↻

"Weh, Haikal, nah, ayam kau." Eisha tak memandang wajah Haikal pun saat dia menghulurkan ayam  tersebut. Tangan kanan dia sibuk menaip sesuatu di telefon bimbit dia.

Haikal pula dah sedia lindungi kepala dengan tangan sendiri. Risau jika diberikan tepukan kepala percuma daripada Aniesha. Tak pun kena gusti terus sebab buat perempuan ni hadapi saat-saat sukar dalam hidup kerana Haikal sendiri.

Dia tertidur tadi, bila bangun dan baca mesej Aniesha serta 10 panggilan tak berangkat, memang terus terbayang disoal Mungkar dan Nangkir.

Tetapi, apabila wajah gembira Eisha tu dipandang, Haikal jadi berkerut sendiri. Okay ke tu? Kenapa tak naik angin seperti selalunya? Kalau ikutkan, Haikal dah selamat berada dalam I.C.U sebab kena pukul dengan Eisha. Ini tak, dia tersenyum aje macam menang loteri. Kena rasuk jin mana tu agaknya?

"Hoi?" Eisha menegur saat Haikal tak sambut huluran dia. Dia sumbat ayam ni dalam mulut karang baru tahu. Dah dapat ayam, tak nak pula. Sia lalui onak duri, lautan bergelora semata nak belikan ayam ni tau! Nasib baik ada orang selamatkan!

"Thank... you?" Haikal menyebut teragak-agak sambil mengambil ayam tersebut.

"Welcome!" jawab Eisha ceria seraya melangkah keluar dari rumah Haikal dan berjalan ke rumah dia. Haikal dari dalam rumah memerhatikan gadis itu berjalan siap melompat sedikit setiap kali kaki memijak tanah.

Sempat Haikal garu kepala sendiri memandang sepupu dia yang sedikit pun tak marah bila sepatutnya mereka berdua dah bergusti macam ahli tinju negara. Pelik. Mesti ada benda jadi ni. Apa la agaknya ya?

🍉

Menurut nasihat Khadijah, Khadijah suruh aje Aniesha mesej kawan Haikal bernama Mikaeyl Lee tu. Guna alasan nak bayar semula duit dia.

Tapi patut ke tak eh?

Yang Mikaeyl pun. Kenapa dia tak mesej Aniesha dulu? Dia dah jumpa orang lain ke?

Aniesha mengeluh sendiri. Telefon bimbit dicampak ke tepi.

Sumpah kalau Mikaeyl tiba-tiba jumpa perempuan lain, Aniesha bakal menangis. Hari itu waktu Haikal promote dia macam promote barang sale, tak ada pula Aniesha berkenan. La ni waktu lelaki itu diam tak tunjuk minat, baru nak terkenan di hati ya!

Dia terbayang suara Mikaeyl serta kesanggupan dia nak bayarkan ayam Eisha tadi.

Baik betul... dan macho. Lepas tu nampak kemas, wangi pula tu. Bau minyak wangi lelaki yang tidak begitu keras memang sesuai dengan aura yang dibawa Mikaeyl.

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now