5- ayam pak mail

2.8K 501 133
                                    

Caramel Cream - Midnight Fusic

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Caramel Cream - Midnight Fusic

0:35 ──o───────── -4:23

⇄ ◃◃ Ⅱ ▹▹ ↻

"Argh!"

Terhinjut bahu Najmi yang tengah khusyuk buat kerja. Nasib dia tak campak komputer riba yang berada di atas peha dia kerana terkejut mendengar jeritan Mikaeyl. Gaya menjerit mamat ni macam kena sergah dengan warden asrama waktu kantoi fly!

Najmi angkat kepala dan wajah Mikaeyl yang berkerut seribu tu direnung dengan muka berang. Mikaeyl ni sudahlah bercakap sahaja dah boleh buat sakit jantung mendengar sebab suara jenis semula jadi besar. Bila dia menjerit? Cukup lagi lima tahun hidup dengan Mikaeyl Lee ni, pekaklah Najmi sekejap lagi.

"Hoi, jerit jerit apa? Sakit telinga aku."

Mikaeyl mengalih wajah. Dia menggeleng perlahan dengan muka pasrah habis. Sekali pandang macam muka orang baru lepas kena tolak proposal. "Instagram ni, sumpah kurang ajar."

"Ah sudah. Apa dosa dia buat dekat kau?"

"Besar." Mikaeyl yang tadi sedang baring sambil bermain telefon bimbit bangun seraya duduk. Wajah dia tampak serius. "Aku tengah lapar ayam ni, tiba-tiba keluar iklan Ayam Pak Mail dekat Instagram.

Dia mengeluh kuat. "Tadi aku lapar ayam biasa-biasa aje. Tapi Instagram ini buat aku jadi lapar yang luar biasa. Macam mana dia tahu aku lapar ayam eh? Ada CCTV ke dekat rumah ni?"

"La, aku ingat besar sungguhlah masalah kau. Contohnya macam masalah...." Ayat Najmi sengaja dibiarkan tergantung.

Mikaeyl mengecilkan mata merenung lelaki di hadapan dia. Nak tahu sambungan Najmi. Budak ni la, suka cakap separuh. Dia ingat mendengar informasi separuh ni seronok? "Contohnya apa? Cakap jangan separuh Mi, nanti kahwin pun separuh."

"Contoh macam Misya tiba-tiba DM kau cakap, aik? Tak ada awek lagi ke you? Tak move on lagi? Bapak sedihnya hidup kau Mik-"

Mikaeyl dah berdiri dan bantal yang dijadikan lapik bawah kepala tadi dah selamat berada di dalam tangan dia. Lagi sesaat bantal tu nak dicampak ke muka Najmi yang tengah tahan sengih. Misya jangan dibawa main dah. Kisah dia dah habis, dah boleh tutup buku campak pergi pusat kitar semula sana.

Najmi pula hanya tersengih direnung dengan wajah nak lemaskan orang dalam tasik milik Mikaeyl. Dia angkat tangan tanda maaf.

"Gu... gurau aje. Sensitiflah awak ni. Kalau tak boleh bergurau, pergi duduk dekat hutan sana eh? Pergi kawan dengan monyet."

"Nak gurau boleh, tapi janganlah gurau yang sakitkan hati orang. Lempang kau guna selipar jamban, baru kau tahu." Bantal diletak atas sofa semula. Dia sempat menjeling Najmi.

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now