10-keluarga

3.5K 462 70
                                    

Untuk menjaga adab dan air muka nenek Mikaeyl yang membesarkan dia dulu, Mikaeyl dengan sopannya membasuhkan segala pinggan yang sepatutnya Haikal yang basuh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Untuk menjaga adab dan air muka nenek Mikaeyl yang membesarkan dia dulu, Mikaeyl dengan sopannya membasuhkan segala pinggan yang sepatutnya Haikal yang basuh. Lelaki itu terpaksa meninggalkan Mikaeyl sebab nak membuang hajat di tandas. Entah betul nak buang hajat atau nak elak basuh pinggan sahaja sebenarnya dia tu.

Sesekali Mikaeyl tersengih sendiri teringat wajah Aniesha tadi. Muka dia waktu kena tangkap merenung orang, dah macam muka anak kucing kantoi mencuri ikan!

Siapa sangka harinya yang malang akan berakhir sebegini?

Selesai semua pinggan dicuci, Mikaeyl membasuh tangan dengan sabun lalu tangannya yang basah dilap dengan tisu. Telefon bimbit Mikaeyl bergetar, menandakan ada notifikasi baharu. Dia pantas mengeluarkan telefon bimbit dia dari poket.

Mesej dari Aniesha baru sahaja diterima.

+hi mika. i ada bungkuskan pau kukus untuk u. nanti keluar amik boleh? and... u nak tgk kucing haikal kat sangkar tak? i boleh teman kalau u nak.

-Hi eisha! Oh ada kucing lagi ya kat sangkar luar? Okay. Sekejap lagi I keluar hehe

Pergh! Mikaeyl rasa macam nak tercabut jantung dengan hanya membayangkan Eisha menemani dia untuk melihat kucing-kucing Haikal di luar.

Tapi mungkin harus diambil peluang ini untuk mengenali wanita itu dengan lebih mendalam.

Mikaeyl terus melangkah ke ruang tamu. Dia sempat berhenti di hadapan cermin yang tergantung di dinding kelabu rumah Haikal. Wajah dibelek. Rambut dibetulkan sedikit. Okey, you look okay. Walau tak ada la kacak dan sedikit serabai, tapi rasanya... Eisha tak beri reaksi buruk saat melihat dia tadi. Mungkin Aniesha tak melihat Mikaeyl sebagaimana Mikaeyl melihat dirinya?

Mungkin.

Kalau tak, mesti dia takkan tersenyum-senyum seperti Mikaeyl juga. Dengan hanya memikirkan senyuman Aniesha, dia sama berjangkit dan tersenyum sendiri.

Mikaeyl melangkah keluar. Apa yang dia lihat ialah Eisha yang sedang menunggu lelaki itu dengan setia di bawah bulan, membelakangi pintu rumah Haikal. Saat deria pendengaran Aniesha menangkap bunyi selipar bergesel disarung Mikaeyl, dia mengalihkan badan memandang lelaki itu.

Jantung terus berdebar makin rancak. Lagi-lagi selepas melihat senyuman Eisha makin melebar melihat Mikaeyl. Wanita itu memang cantik, dia mempunyai kulit kuning langsat yang bersih serta mata yang panjang ke belakang, seperti mata anak kucing. Orang putih panggil fox eyes. Di bawah mata kiri dia, terdapat tahi lalat kecil. Kening wanita itu lebat dan bibir dia cantik lagi-lagi bila dia tersenyum, bibirnya akan menipis dan menambah seri di wajah dia. Wanita itu mempunyai gigi yang bertaring, menambah kecomelan pada dirinya.

Di Bawah Langit Biru (SUDAH TERBIT)Where stories live. Discover now