Part 2 : hadiah

2.3K 183 26
                                    

"Wahh! Aku rindu korang!!" jerit Ali teruja. Dia memeluk tiga orang lelaki yang turut tersenyum itu. Yang lain hanya memerhatikan drama jejak kasih tak laku itu dengan senyuman.

"Kitorang pun rindu kau jugak, Ali!!" balas ketiga tiga lelaki itu dengan senyuman. Pelukan tadi dilepaskan.

"Korang macam mana? Sihat?" tanya Ali kepada kawan kawannya. Rindunya dia pada mereka. Dah lama dia tak berjumpa. Last jumpa pun masa dia tahun 4.

"Kitorang sihat je. Kau ni sihat ke tak?" kata seorang lelaki yang memakai topi dinasour yang dan jaket tanpa lengan yang berwarna jingga yang bernama Boboiboy.

"Huh? Kenapa kau cakap macam tu?" tanya Ali pelik. Nampak macam dia tak sihat ke apa? Dia rasa dia okay je, tak sakit pun.

"Kenapa kau tanya? Dey! Kenapa badan kau macam tak cukup nutrien ni? " tanya seorang lagi lelaki yang berbadan sedikit gempal dan memakai headband berwarna hijau dan bernama Gopal.

"Woi, kenapa kau ni? Kan badan dia memang macam tu. Tapi tulah. Aku pun tak yakin. Kau sihat ke tak ni Ali? " tanya seorang lagi lelaki yang memakai kaca mata berwarna ungu gelap dan berambut tajam seperti Rudy tapi dia handsome lagi.  Ali dan yang lain lain memanggilnya Fang.

"Eh, tak baiklah korang ni. " kata seorang perempuan yang memakai hijab dan topi merah jambu bernama Yaya.

Seorang lagi hanya mengangguk mengiyakan kata kata Yaya. Dia memakai kaca mata juga tapi berwarna biru lembut.

"Yalo.. Tak baiklah korang cakap macam tu dekat Ali. Kesian dia. Dah badan dia macam tu, nak buat macam mana. " kata Ying, perempuan berkaca mata itu.

"Eheheh, sorry Ali. " kata Boboiboy seraya menggaru pipinya. Fang dan Gopal turut meminta maaf. Ali hanya tersenyum.

"Alah takpe. Lagipun badan aku memang kecil. Uncle aku sendiri pun ingat aku ni 12 tahun padahal aku ni 15 tahun." kata Ali.

"Jomlah Ganz. Takde siapa yang rindukan kita. Baik kita pergi jelah."

"Jom.. "

Perbualan itu memberhentikan perbualan Ali bersama kawan kawannya atau lebih tepat kumpulannya.

Kelihatan Djin dan Ganz bersama mahu keluar dari ruangan itu. Zain dan Dayang pula hanya menggeleng kepala melihat kawan mereka itu.

Ali yang perasan bahawa ayat itu ditujukan kepadanya hanya tersenyum sebelum pergi ke arah Djin Ganz. Ali terus berdiri di hadapan mereka berdua menyebabkan mereka yang ingin melangkah terhenti.

"Ejen Ganz dan Ejen Djin nak pergi mana ni?" tanya Ali. Tangan dibuka seluasnya untuk menghalang mereka pergi.

"Nak balik lah. Datang sini tapi tak ada orang rindu buat apa? " kata Djin.

"Haah. Kita datang jauh jauh tapi tak dapat apa pun. " kata Ganz menyokong pernyataan kawannya.

"Tapi Ali rindu Ejen Djin dan Ejen Ganz. " kata Ali. Dia segera memeluk mereka berdua sebelum pelukannya dibalas.

"Ejen Zain dan Ejen Dayang yang dekat sana tu pun Ali rindu tau! " kata Ali kuat kepada dua lagi mentornya itu.

Dayang dan Zain hanya tersenyum dengan perangai murid jagaan mereka itu. Perangai masing masing langsung tak berubah.

"Jap..macam mana korang semua boleh sampai sini? " tanya Ali sambil jari telunjuknya dihalakan kearah Boboiboy and the gang.

"Oh.. Sebenarnya -"

.

.

.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now