Part 3 : kantoi ke tak?

2.1K 172 5
                                    

Last previous chapter...

"kejap biar saya call dia" kata Bakar.

Alamak! Habislah aku! Kenapa aku tak senyapkan telefon ni dari tadi?! Habislah aku!!

.

.

.

Bunyi telefon Ali yang nyaring mengejutkan mereka yang ada dalam bilik itu. Lebih lebih lagi kumpulan para lelaki.

"Dey! Tutup jelah cepat! Nant-shsvsyfwuskqhdgd!" jerit Gopal panik. Boboiboy yang terdengar jeritan Gopal terus menutup mulut sahabatnya itu tanpa fikir panjang.

Dia turut panik apabila ternampak wajah ketua teras, mentor dan ejen muda dari hologram tersebut berubah terkejut sebaik sahaja Gopal menjerit secara mengejut.

"Woi! Apa pasal kau menjerit hah?! Argh!!" jerit Boboiboy dua kali ganda kuat apabila kepalanya dipukul Fang menggunakan kamus dewan. Dari mana datang kamus tu?!!

Sepertinya reaksi Boboiboy, para ketua teras dan yang lain turut melopong termasuk Ali yang menjawab panggilan telefon tu jauh jauh sebab bising.

"Woi! Kenapa kau ketuk kepala aku guna kamus gedabak tu?!! Sakitlah!!! Kau ingat kepala aku ni kelapa ke hah?! Sini kau!! Jangan larilah sengal! Jaga kau!! " jerit Boboiboy lagi.

"Bukan salah aku! Kau tu yang jerit dulu!! Tu sebab aku guna kamus tu!! Tak sakit pun kan?!!" jerit Fang membela dirinya. Kamus tu dah hilang entah ke mana dia campak.

"Tak sakit?!! Woi! Naik benjol kepala aku kau hempukkan! Tu kau kata tak sakit!! Tunggulah kau!! " jerit Boboiboy lagi sebelum mengejar Fang.

Yaya, Ying dan Gopal hanya memandang dari tepi apabila melihat pertarungan antara Fang dan Boboiboy yang boleh dikatakan agak teruk. Nasib baik ruangan ni luas.

"Oklah tu kan! Kau terjerit tadi! Aku nak tolong kau senyap je!! "

"Masalahnya kau pun jerit juga! Biarlah aku pulak yang hempuk kau!! "

"Tapi kau yang jerit dulu!! Tu sebab aku join jerit sekali!! "

"Arrghhh!!! Aku tak kira! Kau memang cari pasal Ah Meng!! "

"Dey! Tu bukan nama dialah!!"

"Hah?  Bukan?! Argh! Aku tak kiralah apa nama dia! Aku nak hempuk kepala dia dulu baru aku nak hafal nama dia balik!! "

"Woi! Apa kaitan nama aku dengan hempuk kepala aku hah?!! "

"Ish! Tak ada kaitan apa pun! Aku cuma nak hempuk kepala kau je!! Janganlah lari!! "

"Tak kira! Aku nak lari jugak!! "

Sedang mereka bertempur di ruangan itu sambil diperhatikan oleh setiap mata termasuk ketua teras dan kucing  di situ, para mentor dan ejen muda di ruangan latihan tergamam.

"Err.. Weh Leon. Bunyi apa tu? " soalan Bakar yang muncul secara tiba tiba menyentakkan semua orang termasuk yang sedang bergaduh.

Ali turut berada di situ. Dia baru sampai. Penat gila.. Dia terus lari dari ruangan tu lepas dapat keizinan dari Zain dan Djin. Tak nak kantoi punya pasal. Sanggup dia lari..padahal tak jauh mana pun..

Suara suara dari dalam hologram itu senyap seketika sebelum..

"Korang ni bisinglah! Senyap sikit! "

"Haiya.. Korang ni. Sekejap berbaik lepas tu gaduh balik. Tak boleh ke diam sekejap? Nanti sambunglah balik. "

"Tap-"

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now