chap 21 : weekend

758 55 33
                                    

Aloha! Baru sedar dah chap 20 tapi tak ada apa apa jadi lagi
༎ຶ‿༎ຶ

Anggap la ni hadiah dari aku sebelum cerita ni masuk klimaks. Uwuu :-D

Elemental sibling special chap! Finally, baru muncul.

Loooong chap! Makan masa jugak nak siapkan ಥ‿ಥ sies tak tipu

━━━━━━━━━━

"Rudy macam mana? Okey?" soal Yaya sebaik sahaja Boboiboy dan Ali melangkah masuk ke dalam rumah.

"Okey aje. Ejen Geetha kata dia perlu rehatkan badan dia dulu buat sementara waktu ni," maklum Ali. Boboiboy memandang Ali sekilas sebelum beralih pandangannya kepada Fang yang duduk memegang buku berkenaan power sphere.

Boboiboy angkat kening. Rajin benar dia study pasal power sphere eh?

"Eh, Fang," panggil Boboiboy. "Apa pasal Rudy masuk infirmary lagi?"

"Entahlah. Tiba-tiba muncul kat sana, jadi tebusan diorang."

"Aku syak en, dia tahu pasal misi kitorang lepas tu dia nak ikut. Kan dia memang tak puas hati dengan kitorang dari mula," Gopal menyampuk. Fang mengangkat bahu acuh sebelum memandang Ali dan Boboiboy.

"Biarlah. Benda dah jadi pun. Baik korang pergi mandi lepas tu rehat. Esokkan cuti, kitorang cadang nak pergi taman esok," maklum Fang. Automatik mata Ali bersinar.

"Biar betul? Seriuslah?" Ali melompat teruja. Yelah, selama ni dia sorang aje, pergi taman pun sorang juga. Ni alang-alang semua geng dia ada, mesti best!

Fang ketawa perlahan, "Betullah. Kan kitorang dah janji hari tu nak hang out sama-sama."

"Cun! Aku pergi dulu, selamat malam!" ucap Ali sebelum berlari masuk ke dalam biliknya.

"Selamat malam? Okey ke budak tu?" soal Gopal pelik. Jam pada dinding dilihat sekilas. Jam 5:27 petang. Gopal geleng kepala tak faham.

Dah sah otak budak tu dah tak betul.

Boboiboy hanya tertawa, "Biarlah. Dia excited tu."

.

.

.

Ali terjaga apabila terasa sesuatu yang sejuk mencucuk pipinya. Dahinya berkerut tak selesa. Tangannya digerakkan secara rawak untuk menghalang benda yang sejuk itu dari terus mengacau tidurnya.

Apabila terasa tiada benda sejuk di pipinya, Ali berhenti, bersedia untuk sambung tidur. Baru nak masuk dunia mimpi, cucukkan tersebut terasa semula.

Ali mengerutkan dahinya tak puas hati. Kacau je orang nak tidur!

Nak tak nak, Ali paksakan juga buka mata. Sebaik sahaja matanya bertentang mata dengan mata biru lembut dihadapannya, dia terbelalak. Automatik dia duduk atas katil.

"Aku bangun! Aku bangun! Kau jangan, Ice!" teriak Ali gerun. Ice memandang Ali dengan wajah poker. Tahu pun nak bangun.

Dia mengangkat tangannya- yang memegang satu bekas penuh yang berisi air (yang penuh dengan ais) lalu mencurah isi baldi pada Ali yang masih duduk atas katil.

"Ice!! Sejuk!!"

.

.

.

Ali yang baru selesai mandi memandang telefonnya yang dari tadi berdering tak henti.

Khai?

Belum sempat dia menyambut panggilan tersebut, deringan terhenti. Ali duduk di birai katil dengan tangan kanan memegang telefon, menunggu Khai untuk menelefonnya sekali lagi, sedangkan tangan kirinya mengeringkan rambut menggunakan tuala.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 17, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now