Part 8 : apa jadi?

1.5K 144 11
                                    

Tumpuan kesemua orang dalam rumah itu terganggu apabila terdengar sesuatu di dapur. Tanpa berlengah, mereka berlima menuju ke dapur.

Kelihatan muka Yaya dan Ying yang memutih akibat bersalut tepung. Yang paling mengejutkan adalah keadaan dapur itu. Bersepah ya ampun! Dengan bekas yang merata rata, telur yang pecah atas lantai, satu dapur berdebu akibat tepung itu.

"A-apa jadi ni? " tanya Ali. Yang lain dan tak terkata. Kawasan dapur tu dah macam tempat berperang. Nasib baik dinding dengan bumbung tak tercabut je.

Namun, soalan Ali tidak dijawab. Yaya dan Ying masih lagi merenung antara satu sama lain. Viktor ternganga. Walaupun renungan Yaya dan Ying agak menakutkan dirinya, tetapi keadaan dapur itu lebih menarik perhatiannya.

Boboiboy hanya menunduk setelah melihat keadaan dapur yang agak teruk itu. Gopal dan Fang dah gelabah. Habislah kalau personaliti Gempa keluar. 

"Err.. Bo-Boboiboy. J-jom keluar. Teman kitorang pergi jalan." ajak Gopal serta merta. Fang mengangguk.

"Haah. Jom. Kita round tempat ni dulu." tambah Fang pula. Gopal dan Fang cuba menarik Boboiboy dari situ namun tak berjaya. Boboiboy menggenggam penumbuknya dan mengangkat kepalanya menghadap ke arah Yaya dan Ying lalu tersenyum manis. Namun, jelas di situ bahawa Boboiboy bukan tersenyum manis tapi tersenyum psiko.

"Korang berdua bersihkan dapur ni sekarang, boleh?" tanya Boboiboy dengan suara yang meleret. Ali dan Viktor menelan liur. Lebih lebih lagi apabila melihat senyuman Boboiboy. Fang dan Gopal menarik nafas. Habislah diorang.. Dah tak boleh buat apa juga selain kemas dapur ni sampai bersih. 

Setelah itu, Boboiboy berjalan menuju ke ruang tamu diikuti yang lain. Tanpa berlengah, Boboiboy terus duduk di sofa sambil memejamkan matanya. Cuba menghilangkan bayangan dapur yang bersepah tadi. Tangan naik mengurut kepalanya yang terasa sakit. Fang dan Gopal melihat kawan mereka yang jelas dalam kesakitan dengan pandangan prihatin.

"Eii! Semua ni salah kau Yaya!" marah Ying dengan suara yang tidak begitu kuat. Dia dan Yaya segera bangun dari duduk mereka tadi. Yaya yang sedang mengutip sudu dan garfu yang bertaburan di atas lantai menjeling Ying yang mengambil kuali yang turut berada di atas lantai.

"Apa aku pulak? Salah kau lah!" marah Yaya kembali. Ying mendengus.

"Kenapa aku? Kaulah! Perlu ke buat biskut?" balas Ying. Yaya menjeling sebelum membalas pernyataan Ying.

"Perlulah! Lagipun biskut aku kan sedap." kata Yaya.

"Eii! Tak sedar diri! Bukannya sedap pun."

"Apa kau kata?" 

"Aku kata biskut kau tak sedap!" kata Ying. Yaya mengetap bibirnya kuat. Garfu dan sudu di campak ke arah Ying. Ying terus melindungi di balik kuali yang besar itu. Itu menyebabkan bunyi yang agak kuat terhasil apabila sudu besi yang dibaling Yaya bertembung dengan kuali yang di pegang Ying.

Manakala di ruang tamu...

"Weh Ali. Kenapa dengan Boboiboy tu?" tanya Viktor yang masih berdebar. 

"Entahlah. Dah, jom sambung." kata Ali. Viktor hanya mengangguk sebelum mengeluarkan tabletnya. Tak lama kemudian, Ali mencuit Viktor. Viktor yang sedang meneliti maklumat bahagian luar dron mengangkat kepala. Kening sebelah diangkat.

"Weh, Vik. Kita nak buat dron apa ni? Takkan nak buat dron yang boleh terbang je. Tak dapat A kita nanti." tanya Ali pelik. Viktor terdiam. Aku nak buat dron apa?

"Kau takde idea ke?" tanya Viktor. Ali menggeleng perlahan. Sebelum Viktor sempat bercakap, kedengaran bunyi sesuatu dari dapur.

Boboiboy yang duduk di atas menarik nafas panjang. Kawasan dapur dijeling tajam. Fang, Gopal, Ali dan Viktor menelan liurnya. Boboiboy bangun dari duduknya untuk pergi ke dapur.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now