Part 10 : Tag

1.5K 157 17
                                    

Ali memasuki kawasan akademi MATA bersama Alicia. Kelihatan kesemua ejen muda MATA telah berkumpul di base utama MATA. Khai, Moon, Iman, Bulat, dan Chris menyapa mereka berdua. Zass hanya menunjuk sign peace menggunakan tangannya. Rudy, Roza, Jet dan Mika hanya memandang Ali dengan menyampah.

"Kenapa kita semua kumpul kat sini?" tanya Ali kepada kawan kawannya. Acah acah tak tahu padahal dia dah tahu awal yang geng dia akan perkenalkan diri diorang hari ni. Kalau dia relax je, mesti ejen ejen ni perasan sesuatu yang tak kena dengan dia.

"Um.. Kitorang pun tak tau. Tiba tiba je mentor batalkan semua kelas lepas tu suruh kita semua tunggu kat sini." jawab Khai. Ali mengangguk dengan naifnya. Padahal tak naif pun. Perangai serupa babun.

"Korang rasa kenapa mentor suruh kita berkumpul kat sini eh?" tanya Alicia secara tiba tiba. Kesemua pandangan terarah kepada Alicia.

"Entah. Diorang tak cakap apa apa pun masa bagitahu kitorang tadi. Lagi satu, diorang nampak kelam kabut sikit." balas Moon. Belum sempat Alicia bertanya soalan selanjutnya, keempat empat mentor telah memunculkan diri mereka di hadapan mereka semua.

"Baik semua. Mesti kamu semua tertanya tanya kenapa kami meminta kamu semua berkumpul di sini, kan?" tanya Leon sebagai pembuka bicara. Kesemua ejen muda mengangguk sebagai balasan.

"Woi, apalah kau ni Leon. Macam mana diorang nak tau kalau kita tak bagitahu diorang lagi. Tu pun tak boleh pikir." kata Bakar dengan wajah kereknya kepada Leon. Leon memandang Bakar dengan pandangan geram.

"Kau senyap." kata Leon. Bakar hanya menggulingkan bola matanya ke atas tanda menyampah.

"Tak sedar diri punya pendek.." gumamnya perlahan. Dan kesemua yang berada dalam ruangan itu terdengar gumaman Bakar itu termasuk Leon.

"Apa kau cakap?!" jerit Leon kuat. Matanya menjeling Bakar tajam.

Karya dan Geetha mengeluh perlahan. Penat nak handle budak budak tak cukup umur. Dari tadi tak berhenti bergaduh. Biasanya adalah jugak diorang berhenti kejap. Hari ni diorang tak berhenti bergaduh langsung!

"Karya. Kau pulak handle. Aku terangkan kat budak budak ni." kata Geetha kepada Karya. Karya memandang ke arah Geetha.

"Aku malaslah weh." kata Karya.

Geetha yang memahami maksud 'malas' yang dikatakan oleh Karya mengangguk perlahan. Karya tersenyum sinis sebelum menunjukkan sign ok menggunakan tangannya kepada Geetha dan terus berlalu pergi ke arah Bakar dan Leon yang masih bergaduh di hujung ruangan itu.

Sebaik sahaja Geetha berpaling ke arah ejen muda untuk memberitahu mereka pemberitahuan yang tergendala tadi, dia terkejut. Kesemua ejen muda memandangnya dengan pandangan yang bersinar kecuali Rudy.

"K-Kenapa ni?" tanya Geetha pelik. Mata masing masing macam mata teruja watak dalam anime tu. Bersinar dan berkilau. Namun kesemua mereka memalau soalan yang diajukannya.

Geetha memandang ke arah Rudy untuk memberikan penjelasan. Rudy menghela nafas panjang.

"Diorang nak tengok cara Ejen Karya hentikan Ejen Bakar dan Ejen Leon gaduh. Dan diorang takkan gerak selagi Ejen Geetha bagi diorang tengok apa yang diorang nak tengok." balas Rudy panjang lebar.

Geetha mengeluh perlahan.

"Tengoklah." katanya sepatah. Kesemua ejen termasuk Rudy melihat perlakuan Karya dari jauh.

.

.

.

"Woi. Janganlah gaduh." kata Karya sebaik sahaja dia berdiri berdekatan kawan kawannya. Bakar dan Leon memalau Karya dan menyambung pergaduhan mereka.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now