Part 15 : call

1.2K 127 49
                                    

Boboiboy merenung alat komunikasi berbentuk bulat yang berada didalam genggamannya. Dia tak pasti kenapa kebelakangan ini dia sering mempunyai perasaan tidak sedap hati. Namun, dia cuba menepis perasaan itu.

'Mungkin tu perasaan aku je kut..'

Jam di dinding ditilik. Pukul 10 malam. Rakan-rakannya masih lagi berada di ruang tamu, menonton movie apa entah.

Manakala dia hanya berkurung di dalam biliknya berseorangan.

Pada mulanya, dia bercadang untuk menelefon ayahnya melalui Syncall, alat hubungan berbentuk bulat dan agak leper. Namun, dia tahu bahawa ayahnya sibuk pada waktu begini kerana ayahnya suka bekerja sehingga larut malam.

Sambil menunggu panggilan dari ayahnya, dia melihat langit pada waktu malam dari tingkap biliknya. Nafas dihela perlahan.

Mindanya berputar pada kejadian yang berlaku siang tadi.

.

.

.

FLASHBACK

Boboiboy POV

"Boboiboy!"

Aku yang sedap-sedap minum air dengan amannya dalam bilik aku tersedak. Aku menoleh ke arah pintu bilik aku. Kelihatan Ali berdiri di situ dengan wajah bersalah nak nangis. Cengeng betullah budak ni sorang.

"Aku okaylah.. Kenapa kau datang?" soalku.

"Takde pape pun. A-aku saja je. Ma-mana aku tau kau mi-minum air m-masa aku masuk."

Aku menarik nafas perlahan. Time ni jugaklah kau nak nangis aishh.. Aku patut bawak dia pergi jumpa doctor ni.. Mana tau ada duality. Susah aku.

"Lorh.. Kan aku dah cakap aku okay. Hah, duk sini. Apa kau nak tanya aku?" Aku tanya dia straight to the point terus. Dia yang duduk di sebelah aku menghayunkan kakinya kedepan dan kebelakang.

Maklum, katil ni tinggi. Mana la kaki dia nak sampai kat bawah tu. Nak naik tadi pun dah struggle lain macam. Patutla ayah dia bagi dia katil cam budak budak punya..

"Uhm.. Kitorang just tertanya kenapa kau nampak lain kebelakangan ni?" soalnya. Heh, aku dah agak. Ni mesti diorang hantar Ali untuk korek rahsia aku en.

"Kitorang?" aku menyoalnya semula. Dia memandang ke bawah dan aku boleh nampak dia mengetap bibirnya. Serentak, aku tertawa kecil membuatkan dia kembali memandang aku.

"Kenapa kau boleh fikir yang aku ada masalah pulak? Lagipun aku okay jela."

Ali menggeleng berkali-kali. Aku mengangkat satu kening.

"Kau.. nampak resah. Kau taknak share ke masalah kau?"

Aku terdiam. Walaupun aku dah cuba sehabis baik untuk sorok masalah aku, diorang masih lagi tahu yang aku ada masalah.

Diorang yang terlampau peka ke aku yang tak pandai acting?

"Taklah.. Aku okay je. Tapi tula.." Aku mengangkat bahu. "Tch entahlah."

"Dahlah. Baik kau gi mandi. Tak silap aku kau nak keluar ngan Viktor nanti, kan?" Dia hanya mengangguk. Aku mengusap kepalanya perlahan sebelum dia melangkah keluar dari bilik aku.

Haih.. Sampai bila aku nak sorokkan benda ni? Aku bukan taknak bagi tahu diorang tapi aku cuma belum bersedia lagi. Aku tak tahu dari mana nak mula.

Aku risau kalau diorang akan terlibat sekali. Cukuplah. Aku hampir kehilangan ayah aku dulu.. Aku taknak kehilangan kawan aku pulak.

End Boboiboy POV

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now