Part 7 : siapa kau?

1.7K 142 15
                                    

Kepada yang sempat baca bab yang aku publish tadi, aku mintak maaf giler wei. aku tersalah update bab. ni bab yang sepatutnya aku update. so sorry. apa apapun, enjoy this part keyh? daa~

__________

.

.

.

FLASHBACK

Dr. Ghazali turun ke ruang tamu tepat pukul 6:30 tepat.

"Eh. Hai Uncle!" sapa Fang yang baru keluar dari biliknya sebaik sahaja kelibat Dr. Ghazali menyapa pandangannya. Yaya dan Ying yang turut berada bersama Fang menyapa Dr. Ghazali apabila mendengar sapaan Fang. 

"Eh, hai semua. Maaf semalam Uncle balik lambat sikit. Ada hal."kata Dr.Ghazali serba salah.

"Heheheheh. Takde hal lah Uncle." kata Ying sambil tersenyum lebar.

"Eh, mana Ali? "tanya Dr. Ghazali apabila tidak ternampak kelibat satu satunya anak lelakinya itu.

"Dia tidur lagi rasanya.." kata Yaya. Dr. Ghazali menarik nafas perlahan. 

Haih.. Bilalah anak aku reti nak bangun awal tanpa disuruh. Tak kiralah dia tu ejen MATA ke Tapops ke...Perangai susah bangun tidur dia tu susah betul nak ubah..

Sebenarnya Dr. Ghazali sudah mengetahui tentang MATA dan Tapops. Macam mana dia tahu? Dia takkan jadi salah satu peneraju Cyberraya kalau dia tak tahu pasal MATA. Dia tak sebodoh seperti yang Dato' Othman sangka.

Kalau pasal Tapops pulak, dia tahu dari sahabat dia yang pernah berkhidmat di Tapops beberapa tahun dahulu. Tapi akhirnya dia dipindahkan dari Tapops ke Tempur-A Station. Lepas tu dia dah jarang jumpa sahabat dia secara berhadapan tetapi mereka selalu berhubungan melalui alat khas yang dicipta oleh dirinya dan ditambah baik oleh sahabatnya. 

Tapi tiada siapa yang tahu tentang hubungan mereka berdua. Hubungan mereka berdua sangat rapat. mereka juga saling mempercayai satu sama lain. Senang cerita, tiada rahsia dalam persahabatan mereka. 

"Aik, bukan ke kumpulan kamu semua ada enam orang termasuk Ali. Mana Boboiboy dengan Gopal?" tanya Dr. Ghazali pelik.

"Boboiboy dan Gopal tidur lagi. Penat sangat kot semalam." terang Fang. Dr. Ghazali terangguk angguk mendengar keterangan penuh Fang. 

"Oklah kalau macam tu. Uncle nak pergi kejut Ali kejap. Dia ni..suka sangat bangun lambat. " keluh Dr. Ghazali. Tetapi, Fang menghalangnya dari pergi ke bilik Ali.

"Biar saya kejutkan Ali. " tawar Fang. Dr. Ghazali tersenyum sambil mengangguk kepada Fang.

"Terima kasih Fang. "

"Sama sama." balas Fang lalu terus menaiki tangga menuju ke bilik Ali.

"Yaya, Ying. Uncle pergi kerja dulu ya." kata Dr. Ghazali. Yaya dan Ying mengangguk.

"Ah! Sebelum lupa, Uncle ada letak duit dalam kabinet di dapur. Kalau lapar boleh beli makanan ya? " pesan Dr. Ghazali kepada mereka. Yaya dan Ying hanya mengangguk tanda faham. Tiba tiba, pintu bilik Fang dan Gopal terbuka luas apabila ditolak oleh Gopal.

"Hah? Makanan?!" jerit Gopal. Yaya dan Ying membuat muka derp. Bila dengar perkataan makanan baru nampak muka.

"Ish, kau ni Gopal! Asyik fikir pasal makanan je. " marah Ying. 

"Alah, biarlah. Aku lapar. Nak buat macam mana?" kata Gopal membela dirinya. Yaya tidak menghiraukan perbalahan antara Ying dan Gopal.

"Erm.. Uncle. Boleh tak kalau kitorang nak masak kat rumah ni? " tanya Yaya.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now