Part 4 : habislah aku

2K 164 28
                                    

Last previous chapter..

"Woi. Kau nak pergi mana hah, ejen iris pendek? "

Rudy..

.

.

.

Aduh... Kenapa aku boleh lupa yang Rudy duduk kat akademi ni! Kau ni Ali! Cuai betul!

"Err... A-aku tak p-pergi mana mana pun. " jawab Ali. Hish! Apa pasal aku tergagap gagap ni!

"Hm? Asal kau tergagap? Kau nak buat apa hah? " tanya Rudy curiga. Pelik semacam je. Patutnya dia dah balik sekarang ni. Jadi, dia buat apa kat sini lagi?

Ali menelan liur. Habislah aku! Apa aku nak jawab ni?!! Kalau aku jawab ketua teras nak jumpa, nanti dia tanya kenapa... Aku nak jaw-

"Woi. Asal kau termenung? Baik kau bagi tahu aku kau nak buat apa? " kata Rudy lagi. Suaranya sengaja dikuatkan.

"Err... A-aku..a-aku.. "

Ali semakin berdebar. Bukan dia takutkan Rudy. Rudy tu bukannya apa sangat. Dia takut kalau kalau misi dia kantoi. Tu je.

Kalau kantoi, nanti sia sia je dia duduk jauh dengan geng dia selama beberapa tahun ni.

"Woi! "

Rudy yang menyergah Ali menyebabkan dia terlatah tapi tak nampak macam melatah.

"Aku nak pergi tandas! " jawab Ali spontan. Sejurus itu, dia terus menutup mulutnya.

Alamak! Mesti Rudy tak percaya. Alasan apa macam tu. Berserah ajelah kalau kantoi..

"Kenapa kau tak bagi tahu aku awal awal? " tanya Rudy kepelikan.

Ali lagi lah pelik. Dia langsung tak sangka yang Rudy percaya cakapnya yang langsung tak masuk akal itu. Tiba tiba dia dapat satu idea.

"Ha! B-buat apa aku nak bagi tahu kau? Kau ingat aku ni tak ada privacy ke? " tanya Ali.

Rudy tergamam. Betul jugak. Kenapa aku nak ambik tahu sangat pasal dia?

"A-aku saja je tanya. Dah kau tu. Masuk macam pencuri. Aku tanya lah. Kau tu kenapa tak pergi tandas rumah kau tu je? " tanya Rudy lagi. Cuba cover diri dari kesalahan dia yang sedikit memalukan tadi.

"Kalau aku balik rumah pun bukannya sempat sampai. Baik aku guna tandas kat sini je. Dah lah aku pergi dulu. " kata Ali lalu berjalan menuju ke tandas.

Sebenarnya dia tak pergi tandas pun. Dia menyorok di belakang dinding lalu memerhatikan Rudy yang berlalu pergi dari situ. Nafas lega ditarik. Nasib baik..

Fuh.. Aku kena cepat ni! Nasib baik ayat tu yang keluar tadi.. Kalau tak.. Ucapkan selamat datang pada kantoi dan selamat tinggal pada berlakon..

Ali terus berjalan menuju ke bilik yang merupakan salah satu jalan masuk ke ruangan tadi. Apabila dia masuk ke ruangan itu, kelibat mentornya dan kawan kawannya masih lagi ada di situ.

"Eh. Korang tak balik lagi? " tanya Ali sebaik sahaja dia masuk ke ruangan itu.

"Dey! Kau ada nampak kitorang dah balik ke hah? " tanya Gopal laju.

"Eheheh... Tak. " jawab Ali sambil menggaru kepalanya.

"Dah tu buat apa kau tanya lagi. " kata Gopal.

"Haah. Dah sah sah kitorang ada kat sini dari tadi. " sambung Fang.

"Oklah. Aku tukar ayat aku. Kenapa korang belum balik lagi ni? " tanya Ali sekali lagi.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now