part 20 : wad

504 50 17
                                    

"Apa dah jadi ni?!" Suara ejen Leon bergema dalam wad MATA. Matanya memandang tajam BoBoiBoy yang terbaring atas katil. BoBoiBoy tersengih canggung.

Nak nafikan pun tak ada guna. Memang salah dia pun. Matanya memandang kesemua ejen muda MATA yang dipertanggungjawabkan oleh ejen Leon tadi dengan rasa bersalah.

.

.

.

Flashback

"Tak best lah kalau korang lawan robot android tu aje. Ha, sebagai hadiah, aku bagi korang lawan robot yang aku siapkan semalam. Amacam?" ujar BoBoiBoy diikuti dengan ketawa seramnya.

Ali menelan liur.

Habislah.

"Ke-kejap! BoBoib-"

Belum sempat Ali nak bagi amaran, robot bersaiz ribuan kali ganda dari saiz android biasa menyerang. Ali sekelip mata melompat ke belakang.

Tak menunggu lama, robot itu mengeluarkan sesuatu berbentuk oval yang meluru terus ke arah Ali. Ali sekali lagi melompat ke belakang.

Serius dia tak puas hati sekarang ni. Kenapa benda tu serang dia aje ni?!

Ligat Ali memutar otak, akhirnya sebiji idea menyala.

"Alicia. Kau kena take over attention dia. Moon, kau tolong Alicia guna klon kau. Zass, kau cover aku jap," arah Ali menggunakan earpiece.

"Baik," Alicia dan Moon balas serentak sebelum memulakan misi menggangu perhatian robot tersebut dari Ali.

Baru sahaja Alicia ingin menembak peluru menggunakan gajet miliknya, robot tersebut tiba-tiba bercahaya biru terang menyebabkan kesemua mereka terpaksa menutup mata.

BoBoiBoy menyeringai teruja.

Ni barulah latihan yang sebenar!

Kelihatan 5 robot yang serupa berada dalam arena. Roza dan Bulat menelan liur gerun. Nasib baik diorang dah tarik diri awal-awal.

Tu baru yang tengok, yang kena lawan? Zass dah terbaring atas lantai.

Ali menganga. Yes, dia pun tak tahu selama ni BoBoiBoy buat robot ni. Ingatkan gajet biasa aje.

Maklum, BoBoiBoy akan tunjuk pada geng dia lepas benda tu dah siap. Surprise la kononnya. Tapi kali ni suprise dia memang nak buat Ali menangis.

"Guys, this is the highlight. Memperkenalkan, Mega-Clash! Dan jangan risau, hanya satu Mega-Clash yang asli. Selebihnya yang klon. Ada satu cara aje nak kalahkan klon. Yang tu, pandailah kau orang fikir sendiri."

BoBoiBoy ketawa. Ali berlari ke tempat lain apabila melihat salah satu Mega-Clash mendekatinya. Serius, dia rasa nak sumbat kasut dalam mulut BoBoiBoy sekarang. Ketawa tak henti-henti dari tadi.

"Disebabkan mood aku baik hari ni, aku bagi tahu kau orang macam mana."

"Macam mana?" Jet menjerit seraya terbang untuk mengambil perhatian salah satu Mega-Clash sementara Khai menggunakan RO untuk scan bahagian tertentu Mega-Clash yang berkemungkinan tinggi pusat kawalan robot tersebut.

"Setiap benda ada induknya. Nak musnahkan sub-MC, kau orang kena musnahkan induknya."

"We're doomed." Ujar Khai sebaik sahaja mendengar penjelasan BoBoiBoy. Dia melihat Mega-Clash yang berada dibawahnya dengan perasaan yang jauh dari perasaan lega.

The Agent Gang | bbb ft. ea ff Where stories live. Discover now