bab 11

1.4K 36 0
                                    

"Rayyan khalif!" Kuat suara fiya melaungkan nama suaminya. Ray yang sedang sibuk bermain dengan anaknya cepat cepat berlari Naik ke atas. Hampir hampir dia terjatuh di tangga tadi.

"Kenapa sayang" dibelek badan fiya takut takut isterinya sakit mahu beranak. Maklumlah fiya sudah 8 bulan lebih,besar benar perut isterinya.

"Tengoklah ni" beberapa keping gambar diberi kasar. Marahnya belum surut lagi dengan ray ni!

Diambil gambar itu satu persatu. Keningnya terangkat,Tak tahu mahu beri riaksi macam Mana.

"Apa masalahnya sayang?" Bengang fiya dengar jawapan dungu ray. Apa masalahnya?

"Abang tanya apa masalahnya? Tu gambar fiya pakai bikini! Kalau Furqan nampak macam Mana! Abang ni memang kan!" Ray menggaru kepalanya yang memang Tak terasa gatal. Tak tahu pula isterinya marah sebab dia curi curi ambil gambar Masa diorang Mandi kolam haritu.

"Alah sayang jangan marah marah Tak baik lah untuk kesihatan sayang tu. Baby dalam perut tu hah" macam manalah fiya boleh jumpa. Rasanya dia dah sorok elok elok dalam almari. Sengaja dia menggunakan 'baby' sebagai alasan.

"Abang ni pervert lah" Punya hensem macam ni pervert? Okeylah perangai tu sikitlah.

"Alah bukannya orang lain,abang je yang tengok" ray membawa fiya duduk di katil. Kasihan lihat isterinya yang penat berdiri dengan perut yang kehadapan lagi.

"Fiya nak buang" Memang dia nak bakar semua gambar gambar tu. Bukan sebab apa pun,dia malu! Lihat diri sendiri sexy begitu arghhhh.

"No! Tak boleh" bermulalah tragedi tarik menarik dan rebut merebut. Haih,sudah menjadi ibu Dan bapa pada budak lelaki berumur tiga tahun setengah pun macam budak budak.

"Why mummy daddy" terkocoh kocoh Furqan berlari Naik ke atas bila terdengar suara mummy dan daddy dia seperti bergaduh.

Terhenti fiya Dan ray masing masing memandang Furqan lama.

"Mummy dengan daddy gaduh ke?" Suaranya serak. Furqan memang cengeng,dari kecil begitu. Cepat menangis dan sangat manja.

"No sayang. Mummy dengan daddy Tak gaduh pun" Ray menyimpan gambar fiya di bawah katil. Didukung Furqan ke katil.

"Kenapa mummy marah?" Furqan masih memeluk Ray erat. Furqan memang lebih rapat dengan Ray berbanding fiya. Kadang kadang dia terasa cemburu juga.

"Mummy bergurau je dengan daddy" dielus lembut pipi gebu anaknya.

"Daddy jom sambung main" tengoklah tu,balik balik ajak daddy dia juga yang main. Ni nak merajuk ni. Fiya seperti mahu cubit cubit mulut anaknya yang sering menyebelahi Ray.

"Furqan turun dulu,tunggu daddy Kat bawah ok?" Pipi Ray dicium sebelum laju berlari turun ke bawah.

"Sayang jangan lah sedih sedih. Biasalah Furqan kecik lagi" dia tahu emosi isterinya cepat berubah lagi lagi disebabkan faktor mengandung.

"Abang jangan nak ubah topik" Fiya kalau boleh Tak nak bercerita tentang tu. Takkan dengan budak kecik pun nak terasa hati.

"Abang janji abang simpan dalam kotak yang ada kunci tu. Still sayang janganlah terasa dengan Furqan. Kita kan dalam Masa nak mengenal lagi" air matanya mahu mengalir. Ray memeluknya tidak terlalu kuat,takut perut isterinya sakit.

"Daddy!" Kedengaran sayup sayup dari bawah Furqan menjerit memanggilnya.

"Sayang tidurlah. Kejap lagi abang kejut Kita makan sama sama" fiya hanya mampu mengangguk. Hatinya terasa terpujuk.

"Daddy!" Kali ni lebih kuat Furqan menjerit.

"Ye daddy datang" pintu bilik ditutup.
__________

Anak kedua mereka selamat lahir. Ray sendiri yang menemani isterinya ketika Fiya beranak. Tubuh kecil anaknya dikendong perlahan. Selesai azan dan iqamat, Furqan datang dengan Mama,ibu dengan papa.

"Daddy nak tengok Adik" baju ray ditarik dari bawah. Ray tersenyum.

"Tengok dekat tokma" anak kecilnya diberi pada mamanya. Orang tua mereka jelas teruja dengan kehadiran Cucu kedua.

Rayyan satu satunya anak mama dan papanya. Hanya fiya saja yang ada Adik beradik. Jadi keluarga mereka Tak terlalu besar,anak mereka baru dua. Abang iparnya hanya ada satu.

Ibu dan mama dari tadi Tak berhenti mengusap ubun ubun fiya lembut. Tau betapa susahnya pengorbanan seorang ibu yang melahirkan anak. Ray memang sedang menggenggam tangan Fiya. Mulutnya Tak habis habis mengucapkan kata cinta buat isterinya.

"Mummy are you okay?" Furqan menyentuh pipi Fiya. Wajahnya pilu masih lagi kesakitan.

"Mummy okey sayang" Furqan mengucup dahi fiya berkali kali. Dia teruja sangat dengan Adik baru tadi. Semalaman dia menangis risau akan mummy dia.

"Urqan rindu mummy" hati Fiya tersentuh dengan kata kata anak sulungnya. Ditidurkan kepala Furqan di dadanya. Sambil diusap rambut lurus hitam pekat anaknya.

"Mummy pun rindu Furqan" Ray sendiri sebak melihat insan kesayangannya. Air matanya ditahan tapi hatinya menangis keesakan.

"Nanti urqan nak bawa mummy balik. Dengan Adik sekali. Apa nama dia mummy?" Fiya sendiri belum pasti mahu beri nama apa. Dia terlalu sibuk sepanjang 9 bulan ni,dengan karenah Furqan yang bermacam ragam.

"Muhammad Raif bin Rayyan khalif" ray memberi jawapan pada anaknya. Wajah Furqan teruja.

"Raif,abang bawa Adik balik tau kejap lagi" semua tertawa dengan Furqan. Bahagia dirasakan apabila bersama insan tercinta.

Keadaan fiya stabil,begitu juga dengan anaknya. Esoknya Ray bawa fiya dan raif pulang. Dia sendiri yang nak jaga isterinya berpantang kalini. Kali pertama mamanya dan ibunya suruh Fiya tinggal dengan mereka.

"Sayang terima kasih. Abang tahu dulu abang ni memang Tak guna,abang buli sayang. Abang buat benda yang Tak sepatutnya pada sayang. Dari dulu lagi abang dah cintakan sayang,cuma abang pengecut. Tak berani nak terus terang. End up,abang sakitkan sayang sampai fiya benci abang. Thanks sebab terima abang dan lahirkan anak Kita" Kalini dia Tak mahu tahan air matanya. Dia ikhlas dan benar benar sayangkan Fiya.

"Benda yang dah lama abang lupakan je okey. Sayang pun cintakan Ray. Fiya Tak kisah betapa teruknya abang dulu,tengoklah abang yang sekarang. Abang layak bahagia" esakan Ray semakin kuat mendengar isterinya berkata begitu. Dia Tak mahu lepaskan Fiya langsung..malam ni hanya dia Dan Fiya.

Nasib Furqan sudah lama tidur. Raif pun sama sudah nyenyak,kenyang minum susu tadi. Pasti akan meragam malam ni,ray tahu. Jadi dia Tak tidur sekadar teman Fiya yang Tak boleh tidur lena. Mereka bersembang, walaupun hanya biasa tapi sangat berharga bagi mereka.
__________

"Daddy waffle ni hangit" Furqan hanya merasa sedikit makanan yang dimasak Ray. Takut dia mahu makan melihat bahagian belakang waffle tu yang dah hitam legam.

"Ah daddy lupa" sungguh dia baru saja selesai menukar lampin Raif.

"It's okay daddy. Urqan boleh makan jelly ni" kepala anaknya diusap sebelum dia Naik ke atas kembali.

Furqan banyak beri kerjasama sepanjang dia sibuk menjaga Raif. Abang yang baik,dan anak yang baik. Langsung Tak buat perangai walau Tak dapat perhatian dari mereka.

"Furqan tengok tv dulu. Daddy nak masak dekat mummy. Kejap lagi kita main ok?"

"Urqan Tak nak main harini. Daddy jaga mummy dengan Raif okey. Urqan nak tengok tv je" ray mengucup kepala anaknya lama sebelum kembali sambung memasak. Tak sangka anaknya yang dulu didukung dan dikendong dah padai berfikir dengan matang.

Beza Furqan dan Raif,anak keduanya lebih banyak meragam. Jika terlambat sedikit memang sepanjang malam dia akan melalak. Ray Tak merungut tapi dia kasihan dengan Fiya yang Tak cukup tidur.

Makanan isterinya diletak di meja kecil sebelah katil. Sebelum mengejutkan fiya,dia pergi ke katil anaknya.

"Anak daddy ni jangan Nakal Nakal okey. Kesian mummy letih" Bukannya Raif paham pun. Dia bermain dengan jari Halus anaknya.

"Sayang dia" lama dia menatap wajah Raif penuh kasih sayang. Sekejap saja,terasa seperti masih di kolej. Seperti baru bertemu dengan Fiya.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now