bab 24

757 21 22
                                    

Setahun kemudian,

Fiya sendiri Tak menyangka dia akan mengandung lagi dalam jangka Masa yang cepat. Harap harap kalini perempuan pula,dia mahu geng sendiri juga. Ray orang paling gembira bila dapat tahu mereka bakal mempunyai anak lagi.

Perut yang kempis diusap perlahan,masih kecil lagi kandungannya. Baru dua minggu. Mummy nak girl okey? Boleh jadi kawan mummy nanti tau sayang. Cepat betul Masa berlalu,Furqan sudah masuk tadika..Raif sudah boleh berjalan walaupun lambat lambat. Dia juga kian berumur.

"Sayang termenung apa?" Dari tadi ray memerhatikan isterinya. Memanglah fiya berbaring di sebelahnya,tapi fikiran wanita itu jauh ke Mana entah.

" Tak ada apa" sedih pula bila dia fikirkan Masa hadapan nanti. Sungguh dia hanya mahu bahagia di samping suami dan anak anak. Mama,papa,ibu,Ayah,abang fiya rindu.

"Sayang Tak suka ke pregnant cepat sangat?" Memang itu yang bermain di benaknya. Sejak fiya mengandung,kerap benar isterinya mengelamun.

"Taklah" Cepat cepat Fiya menyangkal  tuduhan ray. Takut nanti ray rasa bersalah pula.

"Habistu,kenapa asyik mengelamun je. Sayang jangan macam ni,abang minta maaf kalau sayang belum ready nak mengandung lagi" ha tengok orang tua tu dah melalut jauh dah.

"Abang nii. Dah lah sayang ngantuk. Nak tidur" fiya memejamkan matanya. Terasa kucupan hangat hinggap di dahi.

"Good night sayang"
__________

"Kenapa khai Tak Mandi lagi?" Dah pukul 10:30,punya lama Nina tunggu dia Mandi. Boleh pulak khai leka bermain telefon pintar di atas katil.

"Nina mandilah dulu" eeeeeeeee. Sebab aku nak Mandi kemudian lah aku suruh kau Mandi dulu! Rasa nak cubit cubit pula suaminya tu. Lebih tepat suami yang baru dinikahi pagi tadi.

"Khai turunlah bawah" Berkerut wajah khai memandang nina. Aik? Asal nak kena turun bawah pulak.

"Tadi ummi panggil" khai memandang nina dengan wajah Tak percaya. Ye ye je. Ke nak tipu aku? Malu lah tu.

"Kenapa ummi panggil?"

"Ada barang khai Kat bawah. Tak tahu barang apa,ummi suruh khai ambil" aduh ummi,kenapa sekarang? Khai baru nak kacau budak tembam ni sekejap. Alaaahhhh.

"Jangan kunci pintu pulak" kena pesan awal awal. Nina ni boleh tahan degil jugak orangnya,mula mula kenal memang lah lain. Lama lama kenal,fuh degilll. Nasib lah sayang,kalau Tak dah lama dia ikat dekat pokok kelapa tepi jalan dekat kampung nenek.

" Ye cepatlah turun" Nina menolak tubuh khai supaya keluar dari bilik. Nak keluar pun ambil masa berjam jam. Sengajalah tu.

Dua tiga langkah khai turun dari tangga,klik. Berjaya! Sebagai langkah keselamatan nina mengunci pintu. Siap diselak lagi dengan kayu kecil. Hahahhahah gila lah kau ni nina. Pecah tawa diri sendiri,apa punya perangailah.

Sekarang baru boleh Mandi dengan tenang. Terasa hangat pula pipinya terkenang kembali majlis perkahwinan mereka. Tidak terlalu mewah,sekadar saudara mara dan teman rapat sahaja yang hadir. Bersyukur dikurniakan suami yang menerima diri dia seadanya. Walaupun banyak kekurangan,dan taklah secantik Mana.

Nina tahu dia bukan cinta pertama khai. Ada orang lain yang mengisi hati suaminya dahulu sebelum dia. Tak sepertinya, khai lelaki pertama yang dia ingin dekati. Sampai sekarang nina Tak yakin yang khai dah lupakan cinta pertamanya. Dari cara khai memandang wanita itu,jujur hati siapa saja tidak sakit.

Banyak kali juga khai Cuba meyakinkan dia. Tapi,hatinya tetap ragu ragu. Fiya jauh lebih cantik,sikap wanita tu juga lemah lembut. Pandai menjaga anak kecil,Tak seperti dia. Pegang bayi pun masih Tak berani. Ah senang cerita,Fiya jauh lebih baik dan sepadan dengan khai. Nina tahu fiya sudah berkahwin. Tapi,kalau khai Tak boleh lupakan Fiya..siapa dirinya buat lelaki tu? Sekadar isteri pada gelaran?

Teresak esak nina menangis. Benci betul menangis dalam bilik air,esakan perlahan saja tapi bergema kuat.

Tok tok.

Alamak,khai dah Naik. Ish cepatlah bersiap. Punya laju seperti lipas kudung nina menyarung baju dan seluar tidur ke tubuh. Wah,ni rekod paling cepat pernah dia buat!

"Kan khai dah pesan,jangan kunci pintu" bukak bukak pintu terus nina kena ceramah. Tulah Cari pasal lagi.

"Safety first" itu sahaja jawapan yang dia dapat fikirkan. Kang nak jujur kena gelak sepuluh Hari sepuluh malam dekat sini.

"Ehh khai bukan orang jahat. Ni suami awak lah,takkan lupa?" I.N.G.A.T. takkan satu Hari kahwin dah lupa kot Cik abang oiiii.

"Khai pergilah Mandi" Baru nina teringat suaminya masih belum bersihkan diri apabila terpandang baju melayu putih di tubuh khai.

"Nina tidurlah dulu,khai Mandi sekejap"

Sepuluh minit nina Cuba melelapkan diri. Sekejap sekejap dia menjeling pintu bilik air. Takut sangat dengan khai. Sudah berapa kali dia berpusing ke Kanan dan ke kiri pun dia Tak ingat.

Bush.

Cepat cepat Nina buat buat tidur apabila pintu bilik air ditolak agak kuat menandakan khai sudah keluar. Ah sudah. Tilam terhenjut perlahan. Mesti khai sudah berbaring di sebelah. Makkk nak balikkk!

"Dah tidur ke?" Meremang bulu roma nina. Lembut saja bisikan khai di telinganya. Nina dapat rasakan nafas khai lembut menghembus di hadapannya. Mesti lelaki ni nak pastikan sama ada dia dah tidur atau belum. Nina! Kau pandai berlakon kan,kau boleh! Tak lama ni,sekejap jee.

"Cepatnya tidur. Baru nak ajak sembang tadi" sembang apa? Nak tahu juga. Walaupun matanya terpejam,telinganya dibuka luas mencuri dengar bebelan khai.

"Haih,Tak boleh tidur lah pulak" Khai ingatkan nina menunggu dia tadi,tengok tengok wanita tu sudah tertidur. Penat agaknya.

"Malam ni Kita pegang tangan je tau" tanpa teragak agak,khai menggenggam jari jemari isterinya. Dari siapa lagi kalau bukan ray yang mengajarnya cara menjadi lelaki romantik.

Lama kelamaan matanya juga terpejam.

Ah lega dapat berehat semalam,walaupun tidur dekat pukul 12. Petang nanti, Fiya dan ray hendak datang ke rumah. Biasalah sementara masing masing cuti dari kerja,mestilah mahu berjumpa. Ummi punya Tak sabar sampai awal awal pagi lagi sudah masuk dapur.

"Tidurlah dulu. Awal lagi ni" terkebil kebil nina memandang khai. Dia suruh aku tidur balik ke? Aku memang mengantuk sebenarnya,cuma yelah dah jadi bini orang kan.

"Nanti pukul 9 khai gerak. Tidurlah" khai faham kalau isterinya letih. Nasib dia sudah biasa tidur lewat dan bangun awal.

"Nak tolong ummi" kesian pula ummi dapat menantu pemalas sepertinya. Baik dia tolong ummi masak Kat bawah.

Tuala diambil. Laju laju dia masuk ke dalam bilik air. Belum sempat khai membalas kata kata dengannya. Kenapalah aku Tak jadi pelari je dulu,mesti boleh dapat pingat banyak ni.

Sejuk! Air ke ais batu ni. Nasib dia terjerit kecil sahaja,terkejut punya pasal.

"Kenapa?" Pintu diketuk kuat dari luar.

"Tak ada apa apa"

"Khai turun bawah dulu. Kalau ada apa apa panggil"

"Okeyy" kuat nina melaung dari dalam bilik air. Takut khai Tak dengar pula kalau perlahan. Kat Mana tadi? Ha syampu!

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now