Bab 15

920 28 9
                                    

Laju ray melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Nasib dia sempat sampai tepat pada masa. Baru saja dia ingin membuka laptop mahu siapkan kerja cepat. Lagi cepat siap,lagi cepat dia boleh balik. Bunyi ketukan kedengaran di luar pintunya,pelik siapa pula mahu mencarinya pagi pagi ni.

"Masuk" pandangannya dihala ke arah skrin laptop. Seorang wanita berskirt labuh masuk Dan menutup pintu.

"Hmm Wan kau nak apa pagi pagi ni?" Ray Tak perasan kehadiran Qaseh di situ. Sangkanya Wan,kawan baiknya di tempat kerja. Selalu juga lelaki tu mengacau Ray ketika dia sibuk menyiapkan kerja.

"Erm tuan ni Qaseh" Ray mengangkat wajahnya laju. Apa dia nak lagi? Ray mula rasa Tak sedap hati,setiap kali Qaseh munculkan diri pasti ada sesuatu yang buruk terjadi.

"Cik ada apa jumpa saya?" Ray mengerling pintu yang tertutup rapat. Jika rakan sekerja mereka tahu pasti mereka fikir bukan bukan. Sudahlah pejabat ray agak jauh dari pekerja yang lain.

"Saya nak berterima kasih sebab semalam. Kalau tuan Tak ada,saya Tak tahu apa yang jadi Kat saya" ray mula berasa Tak selesa. Qaseh antara gadis muda yang digilai ramai Kat sini,maklumlah baru 23. Kebanyakan wanita di sini sudah 30 an ke atas.

"Sama sama" Ray kaku di kerusinya. Dia Tak tahu nak buat apa bila Qaseh masih lagi berdiri di hadapannya dengan senyuman manis menggoda.

Qaseh mendekati Ray dengan penuh lenggok. Dia berdiri di tepi Ray sambil memegang lengan lelaki itu lembut. Qaseh sendiri Tak tahu kenapa dia rasa tertarik dengan Ray. Dia tahu Ray sudah berkahwin dan mempunyai anak..Kak min sendiri yang bercerita padanya.

Imbas kembali~

"Ha Qaseh tengok anak teruna Sapa tu?" Terkejut Qaseh digempar oleh Mina begitu. Malu pula dia terkantoi sedang usha seseorang.

"Mana ada Kak,Qaseh Cari kawan tadi" Qaseh Cuba menutup malu dengan alasan. Mina menyengetkan senyuman Tak percaya. Sedari tadi dia perhatikan Qaseh melihat Ray.

"Kau tengok Sapa? Aku boleh je tolong satukan kau dengan orang Kat sini,maklumlah kau kan barang panas. Ramai je nak" Qaseh menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia masih baru di sini,hanya Mina saja kawan yang dia ada.

"Ermm Kak yang tu siapa?" Mina melihat lelaki yang ditunjukkan Qaseh. Dah agak!

" Kalau yang tu,akak nasihat awal awal. Baik Qaseh lupakan jelah" Qaseh pelik tidak faham maksud Mina.

"Kenapa?" Mina menarik Qaseh masuk ke dalam biliknya takut takut ada yang curi dengar,habis satu office tersebar gosip nanti.

"Rayyan Khalif,orang Kanan boss. Dia dah kahwin. Ada anak dah pun" Qaseh terkejut. Hatinya terasa seperti disisat siat sembilu. Air matanya hampir mengalir dari awal lagi hatinya tertarik dengan Ray.

"Memang ray hensem. Muda lagi baru 27 tahun. Dulu aku dengar dia bad boy..alah jenis bawak motor siang malam,bergaul dengan budak budak rempit" Qaseh mendengar dengan kusyuk. Sungguh dia sudah jatuh cinta buat kali kedua,dahulu dengan bekas teman lelakinya yang curang. Sekarang dengan suami orang pula.

"Isteri dia aku Tak tahu sangat. Jarang tuan nak cerita hal peribadi dia" Tak ubah seperti MakCik MakCik bawang di kenduri. Sorang mulut kepoh bercerita sorang lagi penuh perasaan mendengar.

"Rayyan orang yang macam Mana?" Qaseh nekad mahu mendekati Ray. Biarlah jika dia jadi isteri kedua pun,asalkan dia dapat Ray.

"Tuan ramah dengan pekerja lelaki je. Kalau perempuan selalunya dia Tak banyak cakap. Entahlah nak kata dingin,rajin senyum. Nak kata sombong..tuan baik"

"Berapa ramai anak dia?" Haih dah macam Tak ada lelaki lain nak buat suami,laki orang juga dia nak ambil.

"Dua orang rasanya. Satu tu dah besar jugaklah,sorang lagi baru lahir" Qaseh kagum dengan Mina yang serba tahu tentang Ray.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now