Bab 13

1K 31 0
                                    

Hari sudah petang. Langit juga sudah keperangan masuk waktu senja. Ray mengemas mejanya yang bersepah sepah dengan kertas kerja. Keluhan kecil dilepaskan,badannya sakit sakit semalaman menjaga Raif. Hari ni pula kerjanya berlambak lambak.

Baru saja dia mahu keluar dari bilik kerjanya,pintu dibuka dari luar. Qaseh, rakan sekerjanya. Pelik pula ray kenapa tiba tiba Qaseh masuk dalam bilik dia sedangkan mereka bukannya ada hal apa apa mahu dibincangkan. Lagipun dah habis waktu kerja,dia mahu pulang berjumpa dengan fiya Dan anak anaknya.

"Tuan" tegur Qaseh.

"Tak payah lah tuan tuan dah habis waktu kerja. Kenapa Cik Qaseh datang sini?"

"Hmm sebenarnya saya memang dah nak balik,tapi kereta saya rosak. Saya dah call mekanik tapi diorang Tak angkat itu yang saya Cari siapa siapa yang masih ada Kat office" panjang lebar Qaseh menerang. Ray terdiam memikirkan cara untuk membantu Qaseh. Dia Tak mahu tumpangkan Qaseh bukan kerana dia Tak kisah tentang keselamatan rakan sekerjanya,cuma Tak manis dia sudah berkahwin. Apa pula isterinya fikir nanti.

"Saya call kawan saya kejap" Qaseh mengangguk. Ray menelefon Kawannya sambil mata meliar mencari kelibat pengawal. Dia Tak selesa berdua duaan dengan Qaseh di sini.

Lama menunggu panggilan tidak dijawab. Ish cuti ke? Harini juga kau nak cuti! Ray memarahi dalam hatinya. Sekarang dia perlu berfikir lagi macam Mana mahu Bantu Qaseh pulang.

"Tak dapat ke?" Nada Qaseh kerisauan. Ray serba salah mahu cakap. Lehernya yang Tak gatal digaru perlahan.

"Erm Qaseh call lah kawan ke family Qaseh. Suruh diorang ambil Kat sini" fuh ray,nasib kau bijak. Terima kasih mama bagi ray minum susu dari kecil. Tengoklah hasilnya sel sel otak ray berhubung!

"Saya ada call kawan saya tadi,diorang belum balik kerja lagi. Lagi satu saya Tak ada family" tersentap ray dengar. Aduh masalah besar ni. Lengan bajunya yang panjang dilipat sehingga siku.

"Saya boleh teman Cik pergi dekat station bas tu" ray menunjukkan tempat tunggu bas yang Tak jauh dari mereka. Eh kejap ni zaman canggih dah kan. Ray menepuk dahinya perlahan. Bengap!

"Ha Cik call lah uber takpun grab" Qaseh memeriksa Dompetnya. Dia mengeluh perlahan.

"Saya Tak cukup duit" sekeping not rm 1 dan rm 5 ringgit diangkat ke hadapan wajah ray.

"Nah" ray tahu Mahal kos kenderaan awam sekarang. Setakat pinjamkan 10 ringgit apa salahnya.

"Tapi banyak sangat ni" Qaseh menolak kembali pemberian ray perlahan. Terasa malu mahu menerima duit lelaki tu.

"Takpa saya halalkan" ray mengerling jam yang sudah menunjukkan pukul 7.10. Kalau boleh dia mahu balik sekarang tetapi Qaseh masih belum bergerak dari tempatnya.

"Saya kena balik" tangan ray ditarik. Terhenti ray dari berjalan dia berpusing memandang Qaseh. Tangannya direntap perlahan,Tak mahu nampak seperti biadap.

"Saya minta maaf,tapi saya nak cakap terima kasih" Qaseh menunduk. Ray hanya mendengar sebelum berlalu. Dia Tak suka perempuan lain menyentuhnya selain Fiya. Dari dulu hatinya hanya pada wanita tu.

Ray terkejut daripada lamunan. Bunyi deringan telefon bimbitnya membuatkan pandangan dia kembali tumpu di jalan Raya. Fiya.

"Hello saya...." Terdiam ray mendengar bebelan Fiya dari corong telefon.

"Abang pergi Mana. Dah lewat ni tau Tak,Furqan dari tadi menangis nak abang. Dah lah Raif baru je tidur terjaga balik. Sayang Tak sempat nak buat semua benda" ray beristighfar dalam hati. Sudahlah dia penat,Qaseh tadi sudah mengambil banyak Masa dia. Sekarang fiya pula mahu memarahinya.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now