Bab 20

860 22 11
                                    

"Qaseh Qaseh" terkejut beruk Qaseh dibuatnya. Ada patut Kak Mina goncang badannya kuat kuat. Habis bergegar kepala otak dia (baguslah biar betul sikit 🙄)

"Apa Kak? Ish buat terkejut orang je" pandangannya masih kabur. Kat Mana ni?

"Oi yang kau tidur waktu gini buat apa? Orang lain buat kerja,kau sedap melantak kroh kroh sini. Tahulah lepas makan pun" Mina mula membebel seorang diri. Bukannya Qaseh dengar pun.. fikirannya melayang jauh teringatkan seseorang.

"Eh budak ni orang cakap dok mengelamun pulak. Haih kang esok lusa kena pecat dengan boss baru tau" Qaseh tergaru garu pipinya yang terasa gatal. Nasib Tak berbekas sebab tidur atas meja tadi.

Maknanya tadi semua tu mimpi jelah. Qaseh Tak tahu mahu gembira atau kecewa. Terasa seperti benar dia tidur bersama Ray tadi,kehangatan tubuh lelaki tu seperti dadah membuatkan dia berkhayal.

"Oit gi letak ni Kat meja Umar. Teringat Sapa entah sampai ternganga mulut" Mina melempar kasar beberapa keping fail di atas meja Qaseh. Tersentak gadis itu dibuatnya. Eh Mana Kak min?

"Ish nak buat apa dengan fail fail ni?" Qaseh Tak ambil pusing arahan Mina tadi kakinya dibawa ke satu tempat. Rindu pula pada buah hatinya seorang itu.

"Awak boleh saya minta tolong?" Kejap! Jangan pusing Qaseh! Kenapa sama macam dalam mimpi? Tu dia! Isteri ray! Berani kau rampas lelaki aku!

"Keluar sekarang. Pelawat Tak boleh ada dalam ni sekarang. Takkan Tak tahu?" Terkebil kebil wanita tadi di situ. Bukan main elok lagi dia panggil,macam ni adab orang muda?

"Sebenarnya saya nak tanya Mana pejabat boss awak. Dia suruh saya datang" eh eh eh. Salah orang ke? Giliran Qaseh pula terpinga pinga memandang gadis di hadapannya. Kenapa muka perempuan ni Tak sama dengan yang dalam mimpi tu?

"Awak siapa?" Nada Qaseh masih lagi sombong seperti tadi.

"Anak Encik Murat" pucat muka Qaseh seperti Tak berdarah. Manalah aku tau kau yang tegur aku! Aku ingatkan perempuan Tak guna tu!

"Erm awak jalan lurus lepastu masuk kiri. Ada tulis nama boss Kat situ" habis cakap laju Qaseh berjalan meninggalkan wanita tu keseorangan. Malu malu! Janganlah boss pecat aku pulak. Mana aku nak dapat duit nak Sara hidup,satu lagi aku Tak nak berjauhan dengan Tuan rayyan. Oh no!

Fiya memandang gadis yang sedang bercakap sendirian pelik. Tag nama dibaca, Qaseh. Sedap betul namanya..tuan punya badan pun cantik tapi sayang haih Tak betul pula cakap sorang sorang dari tadi. Kejap seperti mahu nangis,kejap marah kejap ketawa. Seram sejuk fiya di situ.

Nasiblah ada insan baik hati yang sanggup tunjukkan jalan ke pejabat suaminya. Kalau tidak mesti dia dah tersesat! Dah macam jalan Raya Kat Kuala Lumpur,berliku liku banyak simpang Sana sini.

"Terima kasih" lelaki tadi hanya mengangguk sambil tersenyum. Fuh. Nafas panjang diambil in out in out. Chaiyok Fiya kau boleh!

Pintu diketuk tiga kali. Kakinya sudah berpeluh riang, walaupun dalam bangunan sejuk dipasang pendingin hawa.

"Masuk" kuat suara dari dalam melaung. Eh marah ke?

Fiya menutup pintu dengan berhati hati. Perlahan saja dia berjalan tanpa menghasilkan sebarang bunyi. Terasa janggal pula berdua duaan dengan Ray sekarang.

"Hmm Fiya bawak makanan untuk ray" Ray memandang Fiya sekejap sebelum kembali menyiapkan kerjanya. Macam tu je? Aku punya susah payah bawak Kat kau makanan,kau boleh jeling macam tu je? Hati Fiya seperti mahu meletus. Sabar sajalah dengan rajuk suaminya ni.

" Fiya letak Kat sini. Nanti ray makanlah" Fiya terpaksa berkata lagi memandangkan Ray Diam membisu.

"Nanti" yes! Fiya berpusing kembali. Baru saja dia ingin membuka pintu tapi cepat betul Ray menahan. Huhu rasa bersalah lah tu layan isteri dia macam ni.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now