tamort✨

1K 35 28
                                    

Pemandangan sawah padi yang menguning membuatkan mata yang memandang terpaku. Angin bertiup sepoi sepoi Bahasa. Matahari juga sudah mahu menghilangkan diri,berganti shift dengan malam. Nyaman saja suasana pada senja itu.

"Sayang" Fiya menoleh memandang suami di sebelah.

"Hmm" kepalanya direhatkan pada bahu ray. Selesa!

"Nanti abang nak bawak anak anak dengan sayang balik kampung" ehhh? Ray ada kampung? Berkerut muka Fiya Tak percaya.

"Abang Tak pernah bawak sayang balik sebab Tak ada siapa yang tinggal dekat situ. Tok Wan,nek mi semua dah meninggal" sedih saja suaranya bercerita. Memang ray rapat dengan atuk dan neneknya. Lebih lebih lagi semasa sekolah menengah. Waktu kenakalannya terlalu melampau sehingga dihalau dari rumah sendiri.

"Kenapa abang Tak pernah cerita?" Kalau ray beritahu semasa mereka baru berkahwin,boleh jugak dia terima. Ni! Lima tahun dah!

"Abang memang Tak suka cakap pasal ni sebenarnya. Banyak abang dah susahkan tokwan dengan nekmi. Tiba tiba abang rindukan mereka. Sebabtu abang ajak balik" fiya mengeratkan pelukan. Jarang jarang dia dapat melihat ray sebegini,muram dan tidak bersemangat.

"Abang Tak nak cerita?"

"Kalau abang cerita sayang nak dengar ke?" Laju fiya mengangguk. Comel betul isteri kau ni Ray. Nafas diambil dalam dalam sebelum memulakan penceritaan.

"Abang memang Nakal,dari zaman sekolah lagi. Tapi perangai abang Makin teruk lepas masuk sekolah menengah. Abang pukul orang Sana sini. Buli kawan sekelas abang. Curi curi masuk kelab waktu tengah malam. Merempit sampai pagi. Ponteng sekolah. Banyak lagilah kalau sayang nak tahu. Sebabtu papa selalu marah abang,tapi abang jenis melawan. Teruk papa pukul abang time tu. Sampai abang rasa abang dah Tak ada peluang nak hidup. Tak cukup dengan tu papa halau abang pulak" ray terhenti. Menahan sebak di hati. Lebih erat fiya menggenggam tangan suaminya memberi semangat.

"Memang salah abang. Malam tu papa dapat tangkap abang Masa abang hampir hampir nak buat benda Tak elok dekat kawan perempuan sekolah.  Kalau keluarga perempuan tu buat report mesti dah lama abang masuk penjara. Tapi papa Tak sanggup nak tengok abang meringkup dalam penjara,jadi papa ajar abang. Abang hilang segala galanya waktu tu. Abang beruntung tahu Tak sayang. Nak tahu kenapa?" Mata mereka saling merenung.

"Sebab abang jumpa kekuatan untuk terus hidup dari seorang perempuan. Abang hampir bunuh diri dekat jambatan tinggi tu,tapi Allah hantarkan dia buat abang. Dia marah abang,tengking abang sebab ambil tindakan bodoh. Sikit pun abang Tak terasa. Abang tertarik dengan perempuan tu..mungkin dia Tak perasan. Abang stalk dia sebab abang nak tahu Kat Mana dia tinggal,nama dia apa,umur dia"

" Dan akhirnya abang berjaya. Kami masuk kolej yang sama. Waktu tu abang tinggal dengan tokwan dengan nekmi. Diorang je yang sanggup beri kasih sayang pada abang. Abang Tak salahkan mama dan papa atas apa yang berlaku. Nekmi pernah cakap,abang sebenarnya dah jatuh cinta. Abang langsung Tak percaya,yelah Mana ada Perempuan yang berani dekat dengan abang dulu. Semuanya bencikan abang,termasuk sayang."

"Sebab 'dia' hidup abang kembali bersinar. Abang mula berubah,abang dah Tak berkawan dengan budak budak dadah tu. Tapi sayang Tak lama. Lepas tokwan dengan nekmi meninggal abang buat perangai balik. Setahun mama dan papa pujuk abang balik rumah. Abang degil,nak jugak tinggal dekat rumah kayu tu. Abang Tak ingat kenapa abang balik. Tengok tengok je abang dah sambung belajar Kat kolej. Kat situlah abang jumpa dia"

"Sayang tahu dia tu siapa?" Air matanya memang Tak mampu ditahan lagi. Fiya mengusap pipi Ray perlahan.

"Tahu" serak suara fiya membalas.

" Siti Syafiya. Wanita yang buat abang jadi gila. Cinta pertama dan terakhir abang. Dia lah yang buat abang kuat untuk terus hidup sampai sekarang"

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now