Adik baru 💕

1.2K 39 5
                                    

Cerita ni dapat sambutan hebat dari korang semua. Thanks sangat ii❤️ so saya nk sambung sikit suka ii je😜

Sembilan bulan yang dinanti berlalu begitu sahaja,semua orang kecoh di wad pesakit Siti syafiya. Nak beri semangat Dan sambut kelahiran baru keluarga Rayyan khalif.

Ibu,mama,papa,ummi,abang,Kak hanis,anak abang firdaus,Ray,khai,Nina,raif Dan furqan. Semua lengkap.

Tidak usah ceritalah siapa yang paling gembira,lihat saja riak wajah ray yang berseri seri penuh kegembiraan. Walaupun sebenarnya fiya agak kecewa,anak mereka kalini masih lelaki tetapi cepat cepat dibuang perasaan sebegitu jauh jauh. Sepatutnya dia bersyukur dikurniakan cahaya mata. Biarlah, asalkan anak anaknya membesar sihat Dan menjadi anak soleh cukuplah. Fiya perasaan dalam ramai ramai pelawat yang datang ada juga yang bersedih. Nina.

Hampir setahun jugaklah khai Dan Nina mendirikan rumah tangga tetapi mereka masih belum ada rezeki. Kasihan pula mengenang nasib sahabatnya.

"Yang ni daddy nak bagi nama raykal" ucapan ray disambut sorakan kuat orang ramai. Seperti menang piala bola pula Kat sini. Bising betul. Jangan nurse datang halau diorang ni balik sudah.

"Pewwwittttt congrats" mula dah abang ni. Fiya tersenyum saja mendengar sorakan kuat abangnya. Haih anak kalau ada sampai sepuluh orang pun,kalau dah macam budak budak tu. Takleh nak kata apa dah. Tapi abang comel. Hihi.

Disebabkan terlalu bising, Raykal mula berbunyi. Tadi baru sahaja terlelap ini angkara paklong dia lah ni. Nurse yang bertanggungjawab menjaga fiya mula menjalankan kerjanya. Ditegur pelawat pelawat supaya tidak menganggu bayi Dan ibu yang baru bersalin berehat.

"Sayang Makin cantik" tiba tiba ayat manis ray kedengaran dekat di telinga. Fiya menerima ciuman istimewa di pipinya. Hadiah untuk kelahiran anak ketiga mereka.

"Iye,sayang pun perasan yang sayang Makin cantik" ray mengangguk setuju. Walaupun dia tahu fiya bergurau tapi Tak salah dia mengaku, isterinya juga.

"Kita berhenti setakat tiga Tau abang" Tangan ray mengelus lembut rambut rambut fiya.

"Nanti abang buat sayang ubah fikiran" haish,mula dah. Ni satu lagi. Nak cubit tapi sayang pulak.

"Mengada"

"Mana boleh stop selagi belum dapat baby girl" fiya menumbuk dada ray perlahan. Anak ni baru je lahir,dah fikir nak anak lagi. Eii

"Abang ni. Sayang pukul baru tau"

"Bukan sayang dah pukul dah ke?" Lagi geram fiya mencubit isi lengan ray kuat. Kalini memang sengaja sehingga ray mengaduh perlahan.

"Gurau pun Tak boleh. Baby tengok mummy ni" mengadu pada si kecik tu pun boleh. Ray memang Tak berubah.

"Mummy nak pegang adikkk" kuat suara furqan memenuhi ruang bilik. Terginjat ginjat furqan mahu memegang adiknya. Excited betul. Raif masih belum mengerti apa apa. Nasib baik harini raif tidak banyak ragam. Dari tadi senang sahaja dalam kendongan khairi.

"Iye sayang. Pelan pelan" fiya mendekatkan wajah raykal pada furqan yang diangkat Naik ke atas katil oleh ray. Bahaya juga kalau beri furqan pegang,risau kalau terjatuh.

"Comelnya. Macam mummy" haih janganlah puji sayang,kembang mummy nanti.

"Kan daddy dah cakap. Mummy ni comel sangat,sampai anak anak mummy semua comel comel. Haih daddy nak anak daddy hensem macam daddy"

"Furqan Tak hensem ke daddy?" Tudia soalan.

"Mestilah anak mummy ni hensem,raif pun hensem. Raykal ni pun hensem" Furqan mencium pipi raykal perlahan,dia juga agak takut hendak menyentuh adiknya. Kecik sangat.

"Siapa nak makan?" Khai muncul di depan muka pintu. Siap tayang Giginya yang putih bersih lagi.

"Nak. Papa nak nak" Laju furqan turun Dan berlari mendekati khairi. Fiya hanya mampu menggelengkan kepala sahaja,nak marah kejap lagi nangis pulak.

"Aku bawak furqan makan dekat cafe bawah dengan Nina. Korang dating lah Kat sini" Ray menjelirkan lidah pada khai. Memang suka Cari gaduh benar mereka ni.

"Malam ni abang tidur Mana?" Fiya sudah pasti akan tinggal di hospital lagi sebelum pulang esok bersama raykal .

"Rumah Kita lah sayang. Takpa,abang boleh handle raif dengan furqan" Ray menuang air kosong ke dalam gelas buat isteri tercinta. Yelah,setakat apa yang dia buat ni Tak cukup nak balas Jasa fiya yang sudah melahirkan tiga zuriatnya.

"Nanti lepas sayang habis pantang,abang nak bawak sayang pergi honeymoon"

"Takkan nak tinggal anak anak Kita abang?"

"Bawak sekali. Cuma kalini Kita pergi sama sama dengan khai. Pastu abang nak suruh khai jaga anak anak Kita" ray gelak jahat. Fiya ikut ketawa sekali. Macam macam betul perangai.

"Khai nak ke?"

"Sayang,abang dah bincang dengan khai sebelum baby lahir lagi. Semua tiptop abang dah rancang"

"Patutnya Kita bagi khai dengan Nina yang honeymoon ini Tak,abang pulak" ray tersengih. Bergurau sahaja.

"Kita pergi langkawi. Cantik. Dah lama abang nak pergi"

"Hmmm abang. Fiya nak tidur. Tengok tengokkan raykal Tau" fiya bukan mahu Cari alasan dari layan ray,tapi tiba tiba dia penat sangat.

"Sayang nak abang tengokkan sayang sekali Tak?" Ah sudah. Mula dah balik perangai miang dia ni.

"Jangan nak mengada" fiya menepis perlahan tangan ray yang Cuba menyentuh pipinya.

"Tidurlah. Nanti sayang bangun,Kita makan sama sama." Indah. Siapa je Tak bahagia kalau tidur ditemani suami tercinta? Siap berpegangan tangan lagi. Rasa macam Makin bertambah sayang .










"Papa nak ayam" khai menyuap furqan nasi ayam yang baru dibeli tadi. Furqan walaupun boleh makan sendiri,tetapi dia memilih untuk disuap. Lebih afdhal gituw.

Khai memang Tak kisah nak jaga furqan atau raif. Walaupun agak kecewa,dia tiada cahaya mata sendiri tapi dengan adanya dua hero ni hidupnya terasa lengkap. Biarlah,suatu Hari nanti jika ada rezeki,dapatlah dia merasa menjadi seorang Ayah. Buat Masa sekarang biar dia berikan perhatian dah kasih sayang sepenuhnya pada anak anak ray.

Bersyukur,keluarga mereka bukan jenis yang cepat melatah. Kalau tidak,mesti ada mulut yang mengata,mandullah. Tak boleh bagi anak lah. Bukannya Kita yang minta semua tu,semua perancangan tuhan. Tuhan lebih tahu Mana yang lebih baik untuk hambanya. Ada sebabnya sesuatu yang Kita mahu,tetapi masih belum miliki. Pasti ada hikmahnya.

"Sedap?" Furqan mengangguk laju.

"Mummy dengan daddy buat apa?"

"Diorang tengah dating Kat atas" dengan selamba khai menjawab.

"Dating? Apa tu" sehingga terangkat angkat kening furqan bertanya.

"Dating tu macam,hmmm ha macam papa dengan mama. Papa dengan mama pegang tangan,pastu makan sama sama. Sembang,gelak" Nina mencubit khai perlahan. Ajar furqan bukan bukan pula si khai ni.

"Papa kena marah" Riuh suara furqan mempertawakan khai di cafe. Sehingga ada beberapa orang yang berpusing melihat mereka.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now