Bab 12

1.2K 30 0
                                    

Khai dan Fiya seperti biasa akan ke Cafe bersama setiap petang. Cafe milik Mak Cik Del. Memang hipster habis!

Walaupun mak Cik del dah masuk 69 tahun,jiwanya seperti anak muda zaman sekarang. Banyak orang salah sangka apabila melihat fiya Dan khai keluar bersama. Sedangkan mereka hanya kawan rapat.

"Macam biasa Cik Del. Air tembikai dua,nasi ayam satu dengan nasi daging merah" Khai memesan tanpa melihat menu. Mereka boleh dikatakan costumer tetap kedai ni.

"Berdua je ke? Haih bila nak bertiga ni" mak Cik del ketawa dengan usikannya. Bukan dia Tak tahu fiya Dan khai tu kawan dari kecil saja mahu menceriakan suasana.

"insya-Allah Tak lama lagi" fiya hanya mengikut rentak usikan mak Cik del. Tak kisah pun sebenarnya.

"Lapar cendol pulak" Khai mula terliur dengan makanan kedai sebelah. Besar besar terpampang gambar cendol dan ais Kacang.

"Gi lah beli,aku tunggu" Dompet diambil dari poket seluar memastikan duit cukup. Khai menyeberangi jalan dengan berhati hati,Hari petang ni banyak orang dah balik kerja.

Fiya leka bermain dengan telefon pintarnya. Memang dia hantu game lagi lagi game survival. Kerusi dihadapannya berbunyi kerana ditarik. Fiya sangkakan itu khai jadi dia buat Tak tahu saja.

"Cepatnya kau beli cendol khai" mata masih leka memandang skrin telefon. Fiya betul betul Tak perasan bukan seorang saja,empat orang lelaki berdekatan dengannya.

"Uish game survive do" terhenti fiya dari bermain. Terkejut dia melihat empat orang lelaki di sekelilingnya, geng ray.

Fiya mula gelisah. Sudahlah dia bersendirian di sini. Orang pula Tak ramai lagi. Khai lah ni,pilih tempat duduk jauh daripada orang lain. Acah acah nak ketenangan lah sangat.

"Dating ker?" Afiy duduk di sebelah Fiya sambil tertawa.

"Mana budak lembab tu?" Haikal memang lebih suka membuli khai.Fiya jijik melihat riak yang ditunjukkan Haikal seolah olah seronok mahu menyakitkan mereka.

"Blah lah" fiya Tak tahu kenapa dia Tak boleh bangun dari kerusi. Kakinya seperti digam mahu melekat di situ. Matanya meliar mencari kelibat khai.

"Hmm betul cakap kau,dia ni menarik" seorang lagi lelaki tersenyum memandang Fiya. Fiya Tak kenal siapa lelaki tu, entah siapa pun lantaklah.

Dari Mana fiya dapat kekuatan dia sendiri Tak tahu. Kuat bunyi kerusi ditolak ke belakang. Menahan marah yang mula menguasai diri. Nombor khai didail laju.

Fiya berdiri jauh daripada lelaki lelaki mereng tu. Ajaibnya mereka Tak mengganggu Fiya,sekadar memerhati dari jauh.

"Datang sini cepat" talian dimatikan. Kasihan khai,dijadikan tempat melepaskan kemarahan.

Punya laju khai berlari semula ke cafe. Nasib dia Tak dilanggar kereta tadi,kalau Tak haih masuk kuburlah jawabnya. Tak sempat mahu merasa cendol terbaik milik Pak Nasri.

Khai perasan Akan kehadiran empat orang lelaki di situ. Jadi dia dah boleh mengagak situasi. Cepat cepat dia mendekati Fiya.

"Fiya" Ditarik tangan fiya duduk di meja berdekatan.

"Aku nak balik" suaranya dingin. Memang Tak ubah seperti pasangan kekasih yang sedang bergaduh. Yang memujuk tu pastilah khai.

"Janganlah macam ni. Makanan Kita dah nak siap dah"

"Kita makan dulu,lepastu Kita balik okeyh?" Khai cepat cepat menyambung sebelum dimarahi Fiya.

"Diorang Tak buat apa apa kan?" Khai masih lagi risau dengan Fiya. Dia sahajalah kawan yang khai ada,Khai dah anggap fiya seperti Adik perempuannya sendiri.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now