Bab 17

848 31 12
                                    

Riuh rendah rumah khai harini dengan suara Furqan dan Raif. Ummi seronok benar melayan Cucunya. Walaupun mereka tiada pertalian darah,ummi tetap menganggap Furqan dan Raif Cucunya. Fiya boleh baca kesedihan yang ummi Cuba sembunyikan. Pastilah wanita yang sudah berumur seperti ummi mahukan Cucu sendiri.

Hanya dia Dan khai saja di meja makan. Fiya tak mahu mengganggu anaknya bermain dengan ummi. Khai jelas teruja dapat mengendong Raif tadi,seperti mengendong anaknya sendiri.

"Sampai bila kau nak macam ni?" Khai terkejut dengan soalan Fiya tapi Tak dipandang wanita itu terus.

"Aku Tak bersedia lagi.." Fiya Tak tahu apa yang bermain di benak lelaki ni. Dari dulu khai Tak suka bercerita tentang cinta dan perkahwinan.

"Ummi berharap sangat tu. Takkan lah Tak ada sorang pun yang kau berkenan?" Fiya Tak nampak apa yang kurang pada khai. Berpelajaran tinggi,baik,kacak dan yang paling penting sangat menghormati orang lain.

"Jujur aku katakan Tak ada" entahlah hatinya seperti tertutup rapat daripada menerima sesiapa. Pandangannya masih pada Furqan yang sedang mendengar umminya bercerita.

"Aku doakan yang terbaik untuk kau,khai. Aku nak kau bahagia" Khai tersenyum manis. Fiya seperti faham Khai Tak selesa berbincang hal seperti itu.

"Kau dengan ray macam Mana?" Kalau boleh memang fiya Tak nak babitkan orang lain dalam hal rumah tangga mereka,jadi Fiya sekadar mengatakan mereka baik baik saja.

Jam sudah pun menginjak ke pukul 6. Ray mesti dalam perjalanan pulang teka hati Fiya. Khai sibuk melayan Furqan bertumbuk. Haih macam tiada benda lain. Fiya Tak gemar anaknya belajar menjadi kasar,tapi Ray berkeras mahu melatih Furqan juga. Itulah hasilnya,habis ditumbuk perut khai bertubi tubi.

Fiya melayan perasaan seorang diri di tepi sofa. Lega dapat berehat sebentar sambil menonton tv. Agar agar di atas meja disumbat ke dalam mulut dari tadi. Cepat betul Masa berlalu,sedar Tak sedar mereka perlu pulang sekarang.

Khai memandang fiya sebelum menjawab panggilan di telefon. Fiya dapat menangkap maksud khai,jadi dia hanya memasang telinga mendengar perbualan mereka.

"Haah fiya ada lagi dekat sini" Risau sangat aku culik bini dengan anak dia. Khai tersengih sengih seperti kerang busuk apabila Ray menguggutnya supaya memulangkan isteri dan anaknya.

"Kejap lagi hahahahah. Uish garang betul" Entah apa yang lawak Fiya Tak tahu. Khai ceria saja bercakap dengan Ray.

"Don't worry bro. Waalaikumussalam" Fiya mengangkat kening bertanya dalam Diam pada khai. Lelaki itu hanya tersenyum dan tertawa.

Ish dia ni aku lepuk kang. Gelak gelak pulak,ni mesti ray kutuk aku ni. Fiya berteka teki dengan dirinya sendiri. Terasa seperti mahu mencekik cekik leher khai yang masih bersisa ketawakannya.

' apasal fiya Tak angkat call aku? Kau ni memang nak kena,jangan Cuba Cuba nk bawak lari bini aku. Aku kerat kaki kau kejap lagi' ugutan demi ugutan dia terima dari Ray. Lucu betul sikap Ray bila cemburu.

"Furqan jom sayang salam tokmi. Nak balik dah" Furqan memandang Fiya tak percaya. Tergeleng geleng Tak mahu pulang.

"Daddy tengah tunggu Kat rumah sayang" Ummi memeluk Furqan lama. Kasihan pula Fiya lihat,serba salah sebenarnya. Dia faham perasaan ummi sekarang pasti bersedih. Yalah mereka pun bukan selalu datang..sunyi saja rumah ni tanpa kanak kanak kecil.

"Next time mummy janji mummy bawak Furqan datang jumpa tokmi lagi okey?" Furqan seakan terpujuk dengan kata kata Fiya. Khai mengangkat Furqan masuk ke dalam kereta. Riang saja budak tu bernyanyi Tak sabar mahu berjumpa daddy dia di rumah.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now