Bab 18

804 23 12
                                    

Sepanjang malam tubuh Furqan dipeluk Fiya dan Ray. Furqan tersepit di tengah katil. Nasib raif tidur dalam katil bayi,kalau tidak habis penyek budak kecil tu. Furqan sendiri gembira apabila diberi perhatian 100% dari mummy dan daddy dia.

Teruk Furqan menangis semalaman mengenangkan pergaduhan yang berlaku di hadapan matanya. Dia Tak faham mengapa daddy dan mummy dia terjerit jerit memarahi sesama sendiri. Kata mereka,cuma salah faham.

Sejak pergaduhan mereka haritu, hubungan dia Dan Fiya Tak semesra dahulu. Pantang silap sikit,pasti bergaduh besar. Ray perasan Fiya dah jarang bercakap dengannya. Jika ditanya pun hanya sepatah keluar dari mulut wanita itu.

Ray agak kecewa sebenarnya. Hari harinya suram tanpa isterinya. Hanya Furqan dan Raif yang menceriakan dia dengan telatah mereka.

Disebabkan fiya dah habis berpantang sengaja dia mahu keluar ke rumah ibu. Dah lama Tak berjumpa dengan anak abangnya,Nayli. Sudah empat tahun anak saudaranya tu. Tembam dan comel seperti Kak Hanis.
__________

"Hati hati sayang" Penat fiya mahu mengejar Furqan yang teruja berlari Sana sini. Tak sabar mahu jumpa sepupu baiknya lah tu.

Kasut dilempar begitu saja di luar pintu. Nasib Furqan sudah masuk ke dalam jika tidak sudah lama dia cubit lengan anaknya. Suka Hati saja sepahkan rumah Tok bubu Dia.

"Tok bubu!" Diusap belakang badan cucunya. Besar dah Furqan sekarang.

"Amboih kuat betul suara dia. Dari atas boleh dengar" Firdaus tergelak sambil menuruni tangga. Furqan sendiri dah masak dengan sikap Pak longnya yang suka mengusik. Dihadiahkan jeliran buat lelaki itu.

"Eh dah pandai melawan pak long. Ni mesti mummy yang ajar kan?" Dicubit cubit pipi Furqan yang gebu. Habis kemerah merahan muka budak tu.

"Nayli Mana abang?" Raif diberi pada ibunya. Melilau matanya mencari Nayli dan Kak Hanis.

"Keluar sekejap. Satgi balik lah" Eh hilang dah Furqan. Hmm tahu sangat ke Mana. Ibunya pun dah hilang bersama Raif,ke Mana lagi kalau bukan dapur. Pasti Furqan sedang menikmati gula gula yang disimpan ibunya. Jika dengan Fiya,jangan haraplah Furqan dapat makan manisan. Seminggu sekali saja.

Abangnya Naik ke atas menukar pakaian. Baru Fiya teringat pagi tadi dia Tak masak sarapan untuk Ray. Biasalah orang excited baru habis pantang lupa terus pasal suami. Risau pula jika Ray Tak makan tengah hari. Nak call malu pula,dia sendiri Tak tahu nak kata apa nanti.

Kedai harini banyak tutup sebab cuti Tahun baru Cina. Memang lengang habis semua pakat balik kampung. Macam Mana kalau Ray Tak makan apa apa sampai petang nanti? Ish kau nak berdosa ke fiya? Sampai hati biar suami sendiri kelaparan.

"Ibu,ada lauk lagi Tak?" Sebenarnya dia Malas mahu masak. Hehe sejak kebalakangan ni dia jadi manja terlebih,angkat barang berat sikit Tak boleh. Buat kerja rumah banyak sikit Tak larat.

"Ada bawah tudung saji tu. Fiya nak makan?" Disapu mulut Furqan yang comot dengan coklat. Fiya hanya mampu menggelengkan kepala. Jika ibunya ada pasti Furqan dimanja manjakan.

"Nak sediakan bekal untuk ray" Berkerut kening ibu melihat anak perempuan tunggalnya.

"Aik,fiya Tak masak dekat ray?" Gulp! Ha sudah. Kalau ibu tahu ni habis kena ceramah tujuh Hari tujuh malam.

"Malas lah bu,fiya kan baru habis pantang" Cepat cepat Fiya memanaskan lauk di dalam kuali. Disenduk nasi ke dalam bekas makanan,sebelum ibunya berleter. Kejap lagi kang daripada ray makan tengah hari tengok tengok dah jadi makan petang pulak.

"Mummy nak pergi Mana?" Mulut tu masih mengunyah coklat. Habislah rongak gigi anak aku.

"Mummy nak hantar bekal dekat daddy"

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now