Bab 14

941 29 8
                                    

Suasana di meja makan sunyi sepi. Hanya kedengaran bunyi Raif berbahasa bayi dan Furqan yang mengunyah makanan. Ray Tak tahu mahu salahkan siapa dalam hal ni. Dia, Fiya, Qaseh atau penghantar makanan.

Tadi baru saja dia mahu menjernihkan hubungannya dengan fiya tiba tiba berlaku salah faham. Ray mahu mengejar Fiya yang masuk ke dalam rumah tapi bunyi hon di luar rumah menghalang dia dari buat begitu.

Seleranya mati dengan situasi sekarang. Sudahlah badannya lenguh lenguh dan sakit. Isteri pula marah,apalah nasibnya. Sungguh dia geram pada Qaseh. Kenapalah malam ni juga dia mahu mesej,esok kan boleh beritahu Masa kerja.

"Mummy urqan nak air" Fiya menuangkan air milo ke dalam cawan plastik. Disuakan kemulut Furqan. Fiya sedar ada mata yang memerhati dari tadi. Isteri Mana tidak sakit hati bila suami bermesej dengan wanita lain. Pastilah dia cemburu.

"Daddy kenapa Adik cakap macam tu?" Furqan memerhatikan Ray lama. Jawapan yang ditunggu tidak tiba jadi Furqan menepuk tangannya kuat di hadapan daddy dia.

"Kenapa?" Tanya ray bingung. Furqan masih merenung Ray pelik.

"Urqan dah lupa" wajahnya suram. Dia Tak ingat apa yang dia tanya pada ray tadi.

"Urqan ask daddy,kenapa Adik cakap macam tu" fiya mengulangi soalan anaknya. Furqan tersenyum lebar sambil mengganggukkan kepala.

"Hmm" Ray Tak tahu macam Mana mahu layan Furqan sekarang. Perasaannya Tak stabil,sekejap mahu marah sekejap seperti sedih.

"Furqan jangan kacau daddy okey. Kita makan lepastu tidur" fiya lap mulut Furqan yang agak comot dengan sisa makanan.

"Why?" Sedih sahaja nada Furqan. Dia mahu bermanja dengan daddy dia.

"Daddy penat. Esok daddy main dengan Furqan tau" fiya masih memujuk anaknya. Dia Tak mahu Ray mengamuk seperti haritu.

"Okey" Fiya mengangkat Furqan dari kerusi. Dipimpin tangan kecil tu Naik ke atas. Separuh berjalan Furqan berhenti,dia melambai pada Ray. Ray senyum dan membalas lambaian Furqan.

Furqan senang saja tidur harini,letih sangat agaknya. Fiya kembali ke dapur. Dia mahu mengemas pinggan dan sisa makanan tadi. Kosong,meja makan mereka bersih berkilat. Fiya terkejut melihat Ray sedang mencuci pinggan.

Raif masih berjaga kerap sekali mahu bermain. Sejak umurnya genap sebulan, Raif lebih banyak berjaga dari tidur. Lebih lebih lagi waktu malam.

Fiya menuangkan air ke dalam gelas minuman. Aura dingin antara mereka terasa agak janggal. Cepat cepat Fiya membasuh dan bawa Raif Naik ke atas.

Setengah jam dia menunggu Ray masuk bilik,bukan setakat kelibat. Bunyi apa pun dia Tak dengar. Fiya mula cuak takut Ray buat bukan bukan. Selimut dilempar ke tepi. Terjengket jengket dia berjalan Tak mahu hasilkan sebarang bunyi takut Raif terjaga.

Terkejut fiya apabila bertembung dengan Ray di tangga. Masing masing senyap membisu. Tak ada yang berganjak ke tepi,kaku dalam posisi. Fiya bergerak ke sebelah Kanan, Ray juga ke Kanan. Fiya mengubah arah ke kiri,ray juga turut ke kiri. Sudahnya Fiya mengetap bibirnya rapat melihat senyuman sinis Ray seperti Masa di kolej dulu.

"Abang tepi sikit boleh Tak?" Ceh tadi dia juga risau nak Cari suami sampai sanggup turun. Dah jumpa marah marah pulak.

"Can we talk?" Ray memandang tepat ke dalam anak mata Fiya. Sungguh dia terseksa Tak dapat peluk dan cium isterinya malam ni. Kang dia buat perangai gila lama dia tu baru fiya tahu. Dia ikat tangan Fiya dekat katil. Eh Ray,kau gila. Anak dah dua dah pun.

Tiba tiba fiya dapat idea Nakal. Dia menjawab pertanyaan Ray dengan Bahasa isyarat. Sebenarnya dia sendiri Tak tahu apa yang dia kata,dia main hentam asal nampak okey jadilah.

musuhku suamikuWhere stories live. Discover now