BAB 53

1.2K 54 8
                                    

DANIA perlahan-lahan menapak turun ke bawah. Kepalanya meninjau ke kiri dan kanan, namun tiada sesiapa yang dilihatnya. Kakinya kemudian dihalakan ke arah halaman rumah, fikirannya menebak yang Mak Jah berada di situ.

"Oh... sayang, engkaulah jejaka idaman. Akulah yang paling menanti, menyayangi..."

Dania tahan ketawa. Memang sudah diagak. Mak Jah kalau tak ada dekat dapur, dekat halaman rumah inilah dia menyibukkan diri. Tak pun duduk dalam bilik, layan K-drama. Fuh dahsyat, hasutan Danialah ni.

Tiba-tiba bibirnya menyungging senyum. Lama rasanya dia tak usik Mak Jah. Maklumlah sejak dah kahwin dengan Danial, sambung belajar, dah tak duduk dengan Mak Jah. Jadi tak adalah dia teman nak mengacau.

Kakinya perlahan-lahan ditinjit menuju ke arah pintu gelangsar yang sudah terbuka supaya tidak menghasilkan sebarang bunyi.

"Seperti... embun dingin di pagi hari..."

"Mak Jah sayang!"

"Eh embun kau terbang!" Dania gelak besar. Mak Jah kalau melatah tak pernah tak menggelikan hatinya. Mana tak melatahnya orang tua itu kalau sudah kena sergah sebegitu rupa!

"Ya Allah anak Mak Jah sorang ni! Suka sangat la usik Mak Jah..."

"Hehe... Alaa Ieya kan dah lama tak kacau Mak Jah. Mak Jah tak rindu ke?" Dania menghampiri dan kemudiannya memeluk sebelah lengan Mak Jah.

"Yelah rindu tu rindulah tapi kalau hari-hari macam ni boleh mati terkejut Mak Jah tahu?"

"Hehe sorry Mak Jah." Dania mengambil tangan Mak Jah lalu dicium, tanda meminta maaf kononnya. Mak Jah menjeling. Sorry sorry, esok-esok buat lagi! Masak sangat dah dengan Dania Aqira seorang ni.

"Mak Jah janganlah mati dulu. Siapa nak kawan dengan Ieya kalau Mak Jah tak ada? Kalau Ieya tak apalah Ieya pergi dulu pun tak apa."

"Hesy! Apa ni cakap pasal mati ni? Dah, dah. Mak Jah tak nak dengar. Ni Ieya kenapa turun? Kan Mak Jah suruh rehat aje dekat atas, nak apa-apa panggil Mak Jah. Ini kalau Danial nampak, mesti dia bising. Ieya bukan tak tahu, abang Danial kamu tu dah suka membebel sekarang ni. Kalah mama kauorang dua, kalah Mak Jah tau." Dania ketawa lagi. Ini memang kelakar. Sebelum-sebelum ni memanglah Danial selalu aje membebel, sebelum mereka kahwin lagi. Tapi kali ni fuhhh... Bukan setakat terkeluar tahi telinga, berdarah habis sekali!

Dan setiap kali Danial membebel, Dania hanya akan ketawa seraya membuat tabik hormat kepadanya. Danial pula mampu menggeleng saja. Apa nak dibuat, isteri tersayang kan. Sabar ajelah.

"Mak Jah, dah dua bulan pun kan? Ieya pun dah habis pantang, nak rehat apa lagi? Lagipun Ieya bosanlah dekat bilik, duduk baring makan, duduk baring makan. Nak masak tak boleh, nak pergi kerja tak boleh. Lama-lama boleh stress Ieya tau?"

"Hmm... ikut suka kamulah..."

"Tapi betul jugak cakap Mak Jah kan, abang Danial tu sekarang dia punya membebel masyaAllah... nak bernanah telinga Ieya ni tau. Ieya lagi rela dengar mama membebel daripada abang Danial."

Terus Mak Jah dan Dania sama-sama ketawa. Seronok betul mengumpat suaminya itu. Jarang lelaki nak membebel.

"Ermm Mak Jah."

"Apanya?"

"Kalau Ieya nak masuk kerja balik... boleh tak?"

"Ish, apa tanya Mak Jah pulak? Tanyalah suami Ieya tu sendiri."

"Mak Jah tanyakan tak boleh ke?"

"Bukan Mak Jah yang nak pergi kerja. Ieya yang nak pergi, Ieya tanyalah."

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now