BAB 1

4K 99 4
                                    

BIASAN cahaya matahari yang menyelusuri celah-celah langsir memasuki ruang kamar. Tetapi, dia sedikit pun tidak terganggu dengan biasan cahaya itu. Dia masih lena dibuai alam mimpi. Ketukan yang bertalu-talu di daun pintu juga tidak mampu membuatkannya terjaga.

Akhir sekali, Datin Sri Amirah mengambil keputusan untuk menguak pintu bilik berwarna hitam keemasan itu. Direnung seketika anak daranya yang masih dibaluti oleh comforter. Tergeleng kepalanya.

"Hai... Ieya, Ieya.." Datin Sri Amirah merungut seketika. Tersungging senyuman di bibirnya. Perlahan-lahan, dia mengejut anak daranya itu.

"Dania sayang... bangunlah. Dah pagi ni. Bangun, sayang." Dania bergerak sedikit, namun masih memeluk Mumu, patung arnab putih kesayangannya.

"Dania Aqira... bangun sayang. Dah pagi ni. Mai bangun.." kejut Datin Sri Amirah lagi. Datin Sri Amirah sudah arif dengan tabiat anak daranya yang agak liat untuk bangun awal pagi. Kalau bangun pun, mungkin hari itu dia demam atau kepala dah terhantuk kat kepala katil.

"Alright, ma. Five minutes." ujar Dania yang mengangkat telapak tangan lagak pengawas yang membacakan ikrar dengan mata yang masih terkatup.

"Bangun tau." putus Datin Sri Amirah sambil menepuk lembut badan Dania.

"Hmm..."

Datin Sri Amirah keluar dari bilik Dania. Dania memandang sekilas pintu biliknya lalu menyembamkan kembali wajahnya ke bantal empuknya. Comforter yang menyelubunginya ditarik hingga menutupi wajahnya. Agenda yang sungguh bijak!

"DANIA AQIRA!" suara Datin Sri Amirah yang melaung nyaring membuatkan Dania pantas menolak comforter yang membalutinya lalu melompat turun daripada katil saiz queennya. Laju dia mencapai tuala putihnya.

"Aduhh mama ni! Tau-tau aje aku nak sambung mimpi indah tadi..." Terus pintu bilik mandi diterjahnya.

*****

DALAM masa 15 minit, Dania sudah turun ke bawah, lengkap dengan T-shirt lengan panjang merah jambu dan skirt labuh hitam. Pantas!

Dia menapak mendekati mamanya yang sedang menikmati sarapan pagi sambil tersenyum-senyum.

"Assalamualaikum..." lembut suaranya menyapa mama kesayangan.

"Waalaikumussalam. Morning, sayang."

"Morning..." sambutnya sambil menarik kerusi kulit hitam meja makan itu. Matanya melilau mencari kelibat seseorang.

"Mmm... Ma. Papa mana?" tanyanya sambil menyendukkan bihun goreng ke dalam pinggan.

"Hmm macam tak tau.. Papa pagi-pagi lagi dah masuk ofis. Ni nanti mama nak pergi butik. Ieya macam biasa la duduk dengan Mak Jah eh." kata Datin Sri Amirah sambil mencapai cawan berisi teh 'o' panas lalu dicicipnya perlahan.

Dania hanya mengangguk. Dia menyuakan bihun goreng itu ke dalam mulutnya.

"Oh ya, sebelum mama terlupa. Hari ni, Abang Danial akan balik dari UK tau."

Terus tersedak Dania mendengarnya! Datin Sri Amirah menuangkan jus oren yang turut tersedia di situ lalu menghulurkan gelas tersebut kepada Dania. Diteguknya jus itu dengan rakus. Sesudah itu, Dania menyambung kembali reaksi terkejutnya.

"What?! Seriously? Pukul berapa dia sampai?" soalnya yang masih dalam nada terkejut.

"Malam sikit sampai la. Kenapa Ieya punya terkejut lain macam?" soal Datin Sri Amirah. Dania hanya mengangguk-anggukkan kepalanya tanda memahami penjelasan mamanya. Dia menyambung suapannya yang terhenti kerana berita itu tadi.

"Ieya masih ingat fasal dulu ke?" Dania hanya mengeluh berat. Matanya menunduk, tangannya mula menguis bihun goreng di hadapannya.

"Entah la ma. Entah Abang Danial tu ingat lagi ke tak fasal tu."

Serta-merta fikirannya melayang mengingatkan kejadian lampau itu. Kejadian yang menjadi titik permulaan abang angkatnya, Danial Arshad menanam benci terhadapnya seumur hidup. Kejadian di mana mungkin sehingga detik ini, Danial Arshad masih mendendaminya.

"Hmm fasal tu Ieya tak perlu nak ingat lagi dah la. Benda dah jadi dah pun. Dah 4 tahun pun. Tak payah la fikir sangat. Bukan salah Ieya pun. Abang Danial dah okay la tu."

Pujukan Datin Sri Amirah membuatkan Dania kembali ke alam nyata. Dania hanya mengangguk. Ya, mungkin Danial Arshad sudah melupakan kejadian itu. Mungkin tidak.

Ah! Tak kisahlah semua tu. Janji aku dah banyak kali minta maaf.

Dania cuba menenangkan dirinya lalu menyambung kembali suapannya.

"Ieya, mama pergi butik dulu tau. Assalamualaikum." ujar Datin Sri Amirah seraya mengangkat punggungnya. Dania menyalam tangan mamanya.

"Waalaikumussalam. Take care, ma."

"You too. Bye." Dania menghantar mamanya dengan ekor mata sebelum kembali menyambung suapannya. Mengingatkan pemberitahuan mamanya tadi, membuatnya melepaskan keluhan yang amat berat.

Entah apalah yang akan jadi nanti apabila dia bersua kembali dengan Danial Arshad. Adakah masih dingin atau sudah lembut hati lelaki itu?

*****

DANIA menjenguk ke luar rumah. Kelihatan Mak Jah sedang menyiram pohon-pohon bunga di halaman rumah sambil bernyanyi.

Yes! Ada mangsa! Lama tak kenakan Mak Jah ni. Hohohooo... Dania sudah tersenyum-senyum sendiri.

Dengan perlahan-lahan persis lagak pencuri memasuki rumah, dia mendekati Mak Jah. Kedengaran Mak Jah dengan riang menyanyikan lagu Matahari daripada penyanyi Maya.

"Bunga-bunga matahari.. anggun mekar.. di taman sari.. warna jingga.. suntingan hati..."

"Mak Jah!" sergah Dania tiba-tiba.

"Oh mak kau matahari!" Dania tidak dapat menahan tawanya daripada meletus, terlepas jua. Kelakar melihat Mak Jah melatah!

Dia sudah berundur beberapa tapak ke belakang. Mana tau kut-kut Mak Jah nak siram dia dengan air paip itu sempat lah dia lari!

"Hishh, Ieya! Tak habis-habis lah dia ni! Nasib Mak Jah tak ada sakit jantung tau." leter Mak Jah yang sudah bercekak pinggang.

"Alaa sorry la, Mak Jah. Mak Jah macam tak kenal Ieya." katanya selamba.

"Sebab Mak Jah kenal la Mak Jah tak kisah, Ieya sayang." Mak Jah mencuit dagu Dania manja. Sudah dianggap gadis itu sebagai anaknya sendiri.

Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu. Mak Jah kembali leka menyiram pohon-pohon bunga. Dania membelek-belek bunga mawar putih yang menjadi kegemarannya itu.

"Mmm.. Mak Jah. Ieya nak tanya something boleh tak?

"Apa dia?"

"Betul ke Abang Danial nak balik Malaysia hari ni?"

"Mama yang bagitahu ke?"

"Ha'ah."

"Kalau dah mama yang bagitahu, betul la tu. Ye la dah lama sangat kan dia duduk UK tu. Balik sini pun time raya aje. Kenapa Ieya tanya?" Dania hanya membisu.

"Hmm... Ieya. Barang yang lepas tu, tak usahlah dikenang lagi. Mak Jah rasa Danial tu dah okay la tu. Dah la. Ieya tawakal aje, ye? Apa-apa pun Mak Jah selalu ada dengan Ieya." ujar Mak Jah lalu mengusap lembut belakang Dania.

"Hmm.. ye la Mak Jah. Ieya masuk dulu." Dania berlalu ke dalam rumah. Mak Jah hanya memerhati kelibat Dania yang menghilang ke dalam banglo mewah itu.

Ya Allah... Kau pulihkanlah hubungan mereka semula. Kau jernihkanlah semula hubungan yang keruh ini. Kau lembutkanlah hati lelaki bernama Danial Arshad untuk memaafkan Dania Aqira. Aaminnn...

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now