BAB 2

2.3K 95 5
                                    

JAM sudah menginjak ke angka 9.00 malam, mereka masih menantikan kehadiran seseorang. Dania yang baru selesai menukar pakaian setelah membersihkan diri kerana membantu Mak Jah dan Datin Sri Amirah di dapur termenung di hadapan cermin meja soleknya.

Haihh, chill Ieya, chill. Relax... Dania cuba untuk menenangkan dirinya yang kegelisahan. Entah kenapa jantungnya bagai nak melompat keluar menanti kehadiran abang angkatnya yang satu itu. Dari tadi dia terasa tak senang duduk.

Akhirnya dia bangun lalu mengambil sebuah novel dari rak bukunya seraya melabuhkan punggungnya di atas katil queennya. Novel itu diamati seketika sebelum dibelek untuk dibaca.

*****

DERUMAN enjin kereta BMW 10 Series yang dipandu oleh Pak Hamid memasuki perkarangan banglo mewah itu. Dia melangkah keluar daripada kereta itu lalu mengeluarkan bagasi miliknya. Langkahnya kemudian diatur menuju ke pintu sebelum salam diberi dan pintu dikuak.

"Assalamualaikum.." Dia melangkah masuk ke dalam rumah banglo itu. Datuk Sri Ashraf dan Datin Sri Amirah menjawab salam sebelum mendekati anak teruna mereka yang satu itu.

"Danny apa khabar? Mama rindu sangat dengan anak mama ni.." ujar Datin Sri Amirah sambil mengusap kepala anaknya. Danial menyalam tangan kedua-dua orang tuanya sebelum memeluk kejap mamanya.

"Alhamdulillah, Danny sihat aje. Mama okay?"

"Mama tak ada apa pun. Elok aje ni ha."

"How was UK?" Datuk Sri Ashraf pula bertanya.

"Great as usual, pa." balasnya pendek.

"Aaa.. jap eh Danny. Ieya! Dania! Abang Danial dah sampai ni.." jerit Datin Sri Amirah.

Dania segera menyarungkan tudungnya. Dia melangkah keluar dari biliknya dengan hati yang masih resah. Dia cuba menarik nafas dan melepaskannya berulang kali.

Setelah mengambil masa seketika, dia menutup pintu biliknya sebelum mengorak langkah turun ke bawah.

*****

SEBAIK sampai di bawah, mata Dania dan Danial bertembung. Danial mencerlung tajam kepadanya.

Bagi Dania, pandangan Danial itu seolah pisau belati yang menikam matanya. Terlalu tajam. Bagaikan ada kesalahan yang begitu besar yang dilakukan Dania.

Tetapi, Dania hanya buat selamba. Lama mereka bertembung pandang sebelum ditegur oleh Datin Sri Amirah. Dania sedikit tersentak.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam." balas Danial bersahaja.

"Err... abang sihat?" Dania cuba bermanis mulut.

"Dah buta ke apa mata kau tak nampak aku berdiri tegak kat sini? Mesti la sihat. And one more thing, berapa kali aku dah cakap. Jangan panggil aku abang. Tak faham bahasa ke?"

"Danial." tegas Datuk Sri Ashraf bersuara. Tak suka apabila Danial seperti ingin memulakan pertelingkahan, seperti selalunya.

"Danny naik mandi, tukar baju lepas tu turun makan eh.. Kita dinner sekali." Datin Sri Amirah cuba melembutkan hati anak bujangnya itu.

"Hmm..." Danial sempat menjeling tajam Dania sebelum berlalu ke biliknya. Dania hanya mengekori kelibat Danial yang hilang di sebalik tangga dengan pandangan mata.

Sentuhan tangan yang begitu lembut pada bahu menyentaknya.

"Ieya.. Jangan ambik hati eh. Ieya tau-tau lah Abang Danial tu macam mana, kan. Mungkin dia penat la tu. Jet-legged." Datin Sri Amirah memujuk lembut satu-satunya anak dara kesayangannya itu. Dia mengusap lembut belakang Dania. Dania hanya tersenyum kelat.

"Takpe la, ma. Ieya tak kisah pun. Ieya faham. Lagipun, Ieya sedar siapa Ieya ni.." ujarnya berat hati. Datuk Sri Ashraf laju memotong kata-katanya.

"Dania.. Apa cakap macam tu. Ieya tahu kan yang papa dengan mama tak pernah anggap Ieya orang luar. Ieya kena ingat tu sampai bila-bila. Papa dengan mama tak pernah nak beza-bezakan kasih sayang Danny dengan Ieya tau."

"Betul apa papa cakap tu, Ieya. Kami berdua sayang Ieya macam anak kami sendiri. Ieya janganlah cakap macam tu lagi." Datin Sri Amirah mengusap lembut kepala Dania.

Dari awal dia mengambil Dania sebagai anaknya, sememangnya mereka berdua tidak pernah melebihkan baik Danial mahupun Dania. Malah, kedua-dua merupakan anak kesayangan mereka. Tidak akan sesekali mereka membezakan antara kedua-duanya.

Dania sekali lagi tersenyum. Kelat. Payau. Namun cuba dimaniskan demi mama dan papanya.

"Dah jom. Kita pergi dapur dulu."

"Amm... ma. Ieya nak naik atas jap. Tertinggal barang."

"Haa ye la.."

Dania pantas menuju ke biliknya sebelum dia terpaku di hadapan pintu biliknya yang terbuka luas. Mulutnya melopong. Matanya membulat.

"Jap. Macam mana pintu ni boleh terbukak?" Dia meluru masuk ke dalam biliknya lalu memerhatikan setiap susun atur di dalam biliknya.

"Okay, tak berubah.. Tapi still, macam mana pintu ni boleh terbukak? Takkan terbukak sendiri rumah ni bukannya ada hantu.." Dania berfikir seketika.. kemudian jarinya dipetik kuat.

"Hahh!! Ni mesti kerja si Jong-un tu! Siapa lagi naik atas ni tadi selain dia." Dania berdiri di hadapan pintu biliknya.

"Hah! Dah terang-terang ada nama aku kat pintu ni. Tambah lagi dengan warna golden black kat pintu ni. Tak nampak lagi? Takkan buta dah? Tu la.. cakap orang buta lagi. Sekali diri sendiri yang buta! Nasib takde benda bersepah kalau tak eyyy... memang kena gegar la pintu bilik kau." Dania masuk ke bilik lalu ditutup pintu itu.

*****

"MAMA, manalah pergi puteri kesayangan mama tu? Kata ambik barang tapi ni dah macam buat barang aje. Orang dah lah lapar plus jet-legged lagi ni heshhh.."

"Sabarlah, Danny. Kita makan sekali eh.."

"Takpe biar Mak Jah panggilkan Ieya jap." Mak Jah ingin berlalu ke atas sebelum langkah kakinya mati apabila bertembung dengan Dania di tangga.

"Hah, Ieya.. Semua dah tunggu Ieya kat bawah tu."

"Laa ye ke.. Ok jom, jom." Dania dan Mak Jah mengayun langkah ke ruang makan rumah banglo itu.

"La.. Kenapa tak makan dulu?"

"Tunggu Ieya la, kita makan sekali. Dah-dah duduk." Dania memgambil tempat di sebelah Datin Sri Amirah, bertentangan dengan Danial.

"Ambik barang ke, buat barang?" soal Danial sinis.

"Danny. Enough. Dah, mari makan." tegas Datuk Sri Ashraf.

"Danny pun lama dah tak makan masakan mama dengan Mak Jah kan. So, kali ni mama dengan Mak Jah masak special untuk Danny." ujar Datin Sri Amirah cuba menceriakan suasana.

"Aw, so sweet of you. Thanks, ma." Danial cuba bermanis mulut dengan mamanya.

Hakikatnya, hatinya masih panas melihat wajah tenang perempuan yang paling dibencinya. Matanya tetap merenung tajam Dania.

Sememangnya, dia benci melihat riak selamba perempuan itu. Sangat-sangat. Entah mengapa, tetapi hatinya memang meluat dengan perempuan itu.

Sebaliknya, Dania hanya mengangkat sebelah keningnya persis Ziana Zain sebagai tanda..

'Apa pandang-pandang? Ada hutang?'

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now