BAB 24

1.4K 53 0
                                    

DANIA berteleku di balkoni di luar biliknya. Danial masih belum pulang, mungkin masih di pejabatnya. Mungkinlah. Dia sendiri tidak pasti. Angin malam yang menyapa diri, membuatkan matanya terpejam seketika. Namun entah kenapa, tiba-tiba kenangan silam yang membuat dirinya dibenci oleh Danial Arshad, abang angkatnya sendiri kembali terlayar di hadapan mata.

10 tahun yang lalu...

Dania melangkah ke dalam sebuah kafé seorang diri. Mujur mamanya memberi kebenaran untuk dia membeli-belah bersama Mia. Bukanlah shopping membuta saja, sebaliknya mereka turut mahu membeli beberapa alat tulis dan bahan rujukan untuk kegunaan sekolah menengah nanti.

Saat matanya menerawang mencari kelibat Mia, tiba-tiba dia terlihat seseorang yang amat dikenalinya. Ringkas berdress labuh lengan panjang dan bertudung bawal. Dia sedang berbual dengan seseorang. Mungkin kawannya.

Memandang di belakang wanita itu, Dania terus menepuk dahi. Mia!

Aduh, macam mana nak bagi dia tak nampak aku ni?

Perlahan Dania mengatur langkah ke meja yang diduduki Mia. Matanya memakai kaca mata hitam. Perlahan juga dia menarik kerusi di belakang wanita itu.

"Hah, sampai pun!"

Pantas Dania melekapkan jari telunjuk di mulutnya sebagai isyarat menyuruh Mia diam. "Kenapa?" tanya Mia, namun diperlahankan suaranya.

"Aku nak stalk bakal kakak ipar aku dekat belakang ni." Dania terus mengeluarkan telefon pintar yang baru diperolehnya kerana kejayaan yang diperoleh sempena peperiksaan UPSR baru-baru ini. Dibuka aplikasi video lalu dirakam perbualan wanita di belakangnya senyap-senyap.

"Aku serabutlah, Nisa. Danial tu busy aje memanjang. Boyfriend lain boleh aje luang masa dengan girlfriend dia tapi Danial tu susah sangat." Dania mengerut dahi. Ceh, macamlah Abang Danial tak pernah ajak kau keluar dating! Demand sangat.

"Lagi satu aku menyampah, adik dia tu. Actually, bukan adik betul pun. Angkat aje." Eh, eh. Apahal aku pulak terlibat ni?

"Kenapa pulak?" soal Nisa.

"Aku macam boleh rasa yang mama Danial tu suka dekat perempuan tu. Dan tak suka aku. Entahlah aku agak ajelah. Perempuan tu nak kata cantik, for teenagers... cantiklah kut. Lepas tu sibuk nak mengendeng dengan Danial. Sumpah sakit hati."

Hoi, lantak akulah itu abang aku kut. Apa masalah kau? And please, agak-agaklah kalau mama suka aku sekalipun. Dah aku ni anak dia. Kau fikir jauh sangat apahal? Relaks lah kalau tak ada buat apa-apa salah.

Sabar Dania Aqira, sabar. Kalau tak memikirkan yang aku ni nak stalk kau, memang dah lama aku smackdown kau dekat sini jugak. Tak pun terajang kau sampai Amazon sana. Boleh berkawan dengan anakonda.

"Sorry la eh Mayra tapi... kau ni sebenarnya ikhlas ke tak couple dengan Danial tu?"

"Soalan apalah yang kau tanya ni, Nisa? Of course I do. Just lately ni dia... entahlah busy la, apa la, rimas la aku. Aku penat tunggu tahu tak? Dia kata dia nak tunggu dia kerja 2, 3 tahun dulu baru kahwin. Oh gosh, lama gila kut! Baik aku ciao macam tu. Lelaki lain pun tunggu aku jugak."

"Kau nak cakap yang kau ada lelaki lain ke?"

"Tak adalah aku main cakap aje. Tapi... haih, entahlah. Mama Danial pun satu hal. Suruh aku bertutup sana sini, sumpah rimas! Malaslah aku nak jadi hipokrit depan dia aje aku pakai, belakang dia tak. Nak kena keluar duit beli tudung lagi, baju labuh semua. Baik aku beli handbag ke kasut ke."

Nisa gelak. Dia mengangkat bahu. "Dah tu, dah kau nak anak dia. Kau kenalah ikut apa yang dia nak."

"Apa yang dia nak aje fikir? Aku? Eh tolonglah aku tak hidup untuk orang, okey. I'm not fake."

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now