BAB 10

1.7K 70 6
                                    

KRIKK.. KRIKK.. Itu bahasa yang paling biasa orang guna pada situasi begini. Walaupun semua ahli keluarga sudah memunculkan diri di ruang keluarga itu, namun masih tiada suara kedengaran.

15 minit begitu.

Datuk Sri Ashraf pandang Datin Sri Amirah, begitu juga sebaliknya. Kelihatan masing-masing cuba mencari perkataan yang sesuai untuk disampaikan.

Danial hanya berkerut memandang kedua-dua orang tuanya. Dania bersandar pada bahu mamanya. Apa yang dia tahu, lepas papa dah beritahu apa yang nak diberitahu, dia akan terus naik ke bilik dan bergolek dengan Mumu.

"Papa? Mama?" Danial mengangkat kening, cuba memecah kesunyian malam itu.

Datuk Sri Ashraf menghela nafas yang agak berat, seraya mula membuka mulut.

"Sebenarnya, papa dan mama ada perkara penting nak bagitau dekat Danial dengan Dania." Bicaranya serius.

"What is it? Bunyi macam serius aje."

"Yes, it is." Mulut Danial serta-merta terkunci. Mata dipandang tepat ke wajah serius Datuk Sri Ashraf.

"Papa dengan mama nak satukan Danial dengan Dania."

"Hahh?!!"

Sebaris ayat Datuk Sri Ashraf itu nyata membuat mata Danial membuntang. Dari duduk terus berdiri. Dania pula terus duduk tegak.

Tiba-tiba, Danial ketawa.

"Pa, ma.. Danny tau la papa nak buat lawak tapi jangan la guna nama Danny dengan Dania pulak."

"I'm not making any jokes, Danial Arshad. Papa dengan mama serius."

Makin bulat anak mata Danial. Wajahnya bertukar merah padam menahan api amarah yang tiba-tiba menggelegak di dalam dirinya.

Dania pula tidak berani memandang wajah abangnya itu kerana dia tahu, Danial pasti amat marah saat ini. Tanpa sedar, air matanya kini sedang berladung di tubir mata.

"What?! But why? Kenapa tiba-tiba? And the worst thing is kenapa perempuan ni?!"

"Danial Arshad!" Datuk Sri Ashraf turut sama berdiri. Mungkin sudah hilang sabar dengan anak lelakinya itu.

"What's wrong with you? Hari tu Danny yang kata tak sabar nak kahwin la apa la then bila pergi UK konon-kononnya nak bawak balik calon isteri minah salleh la. Now bila papa suruh kahwin, Danny kata tak nak pulak. Apa masalah Danny ni?"

"What's wrong with me? There's nothing wrong with me, papa. Danny tak kesah papa nak suruh Danny kahwin ke apa ke tapi kenapa mesti dengan perempuan ni? Why must her?!"

Sesungguhnya, Dania amat gerun untuk menatap wajah Danial saat ini. Dengan dada yang turun naik menahan marah, jari ditunding tepat ke Dania. Tanpa dapat ditahan lagi, air matanya merembes keluar.

"Danny, mama dengan papa buat keputusan ni untuk kebaikan kamu berdua. This is for the sake of both of you.."

"Tapi kenapa Ieya kena jadi mangsa dalam hal ni, ma? Pa? Kenapa Ieya?" Lirih suara Dania. Datin Sri Amirah hanya mengusap lembut bahu anak perempuannya itu.

"Kebaikan? Ni bukan kebaikan tapi sebaliknya! This is the worst thing that ever happened in my life!"

Datuk Sri Ashraf tidak mampu berkata apa-apa lagi. Anak terunanya yang satu itu memang sejenis yang keras kepala namun dalam soal itu, dia dan isterinya sudah bertekad bahawa anak-anaknya itu harus disatukan.

Danial memejamkan matanya buat seketika. Otaknya sudah terlalu kusut malam itu.

"I don't care. By hook or by crook, I won't marry her. Full stop!" Danial sudah mahu meninggalkan ruang keluarga itu sebelum panggilan Datuk Sri Ashraf berjaya menghentikan kakinya.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now