BAB 19

1.7K 70 0
                                    

DANIA termenung sendirian di balkoni apartmen itu. Angin malam sejuk yang menyapa sesekali membuatkan dia menggosok kedua-dua belah tapak tangan. Lalu langkah dibawa ke sofa kulit yang terletak di bahagian tengah ruang tamu itu. Keluhan berat dilepaskan.

BOSANNYA!

Siaran televisyen langsung tidak menarik minatnya. Entah kenapa tiba-tiba terpapar rancangan dokumentari haiwan pula dia pun tidak tahu. Hendak ditukar siaran terasa malas. Hendak membelek skrin telefon pintarnya pun malas. Dia terasa mahu keluar. Menikmati udara malam kota London ini.

Sudah empat hari dia di sini. Selepas kejadian pada malam itu, Danial sudah membeli stok makanan yang cukup untuk mereka berdua. Penuh sudah almari dan peti sejuk yang lama dibiar kosong itu. Hah, jangan pula kata almari dan peti sejuk tersebut berhabuk. Memanglah lama kosong, tetapi sebulan sekali dibersihkan juga ruang tersebut. Danial bukannya sejenis lelaki yang tidak tahu menjaga kebersihan dan tidak cermat. Senang cerita bukan sembarangan lelaki lah.

Telinganya kemudian menangkap bunyi kuakan pintu bilik. Pantas kepala ditoleh memandang gerangan yang menapak keluar dari bilik tersebut sambil membelek iPhonenya.

"Awak..."

"Apa?" Mata masih menatap skrin iPhone. Terus dia menghempaskan punggung di sofa empuk itu, tidak jauh dari Dania.

"Saya nak keluar, boleh?"

"Nak buat apa?" Mata masih tak lepas dari skrin iPhone. Urgh rasa nak campak aje iPhone tu jauh-jauh! Tak pun hempas bagi berkecai kat dinding hah baru puas hati.

"Jalan-jalan. Saya bosanlah duduk terperap aje dekat dalam rumah ni. Awak bukan nak bawa saya keluar pun." Danial menoleh ke arahnya. God, finally!

"Kau nak pergi mana malam-malam macam ni, hah? Duduk rumah diam-diam sudah lah. Esok-esok ajelah nak keluar pun." Mata kembali dibawa ke skrin iPhone. Dania mencebik geram.

"Tak kira. Saya nak keluar jugak malam ni. Malam-malam lah best keluar, macam-macam benda cantik-cantik dekat luar tu. Bolehlah awak? Pleaseee..." Danial merengus seraya menoleh memandang ke arah Dania.

"Suka hati kaulah! Apa-apa jadi malas aku nak ambik tahu."

"Betul eh?"

"Ye.. pergi aje lah."

"Betul ni?"

"Ye, aku cakap."

"Bet-" Danial pandang dia tajam.

"Kau nak aku bukakan pintu untuk kau, bentangkan karpet merah lepas tu panggil guard ke apa baru kau nak keluar?" Sabar aje dia tengok muka Dania ni. Nasib baiklah...

Eh, eh. Nak terpuji pula. Tampar mulut sendiri.

"Okey, okey." Langsung dia bangkit dan berlalu ke arah pintu. Crossbag hitam Gucci miliknya dicapai. Diperiksa dulu di dalamnya. Wallet dan Samsungnya ada. Bagus. Terus dia membuka pintu rumah tersebut, namun kepala dipalingkan kepada Danial yang masih leka dengan.. apa benda entah.

"Awak, saya pergi eh.."

"Ye, ye! Dah, dah. Syuhhh.." Uish, halau ya. Tak apa, tak apa.

Haih kau nak harap apa lagi Dania Aqira oi. Nak harap dia tahan kau, kejar kau, ikut kau, sebab risau? Hmph, kalau kau mati sekali pun bukannya dia kisah, kan.

Biarlah.. sekali-sekala dapat bebas apa salahnya.

Dan terus laju dia membawa langkah beredar dari situ. Sementara Danial di dalam, baru tersedar sesuatu.

Tiba-tiba dia teringat akan.. kejadian pada malam itu.

"Oh, shit Danial!"

Pantas dia meluru ke pintu namun sempat dicapai winter coat miliknya. Dia merengus apabila melihat satu lagi winter coat tersangkut di situ.

Sayang Separuh NyawaWhere stories live. Discover now