BOOK VER.

181 11 2
                                    

ALTER EGO tersedia dalam bentuk buku dan versi di wattpad ini adalah tidak lengkap

К сожалению, это изображение не соответствует нашим правилам. Чтобы продолжить публикацию, пожалуйста, удалите изображение или загрузите другое.

ALTER EGO tersedia dalam bentuk buku dan versi di wattpad ini adalah tidak lengkap. Antara kelebihan dalam bentuk buku; typo dibasmi, sebarang kecacatan dalam penceritaan diedit semula dan yang lebih istimewanya dapat menyimpan koleksi buku yang dihiasi wajah BYUN BAEKHYUN.


Dalam versi buku, saya gabungkan empat cerita saya yang ada di dalam wattpad ini;

1. æ
2. Silent
3. Nemesis
4. Temperamental (hidden story)

Untuk pengetahuan kalian, TEMPERAMENTAL adalah hidden story yang saya tulis di akaun kolaborasi saya zephyrblck . Cerita pendek mengisahkan tentang seorang pembunuh bersiri yang menceritakan setiap satu pembunuhannya selepas ditahan pihak polis. Satu penangkapan yang membawa kepada satu misteri yang tersimpan sekian lamanya. Watak utama, KIM JONGIN.

Nemesis dan Silent, adalah satu penceritaan yang sama. Silent adalah siri pertama dan Nemesis adalah siri kedua. Semenjak isterinya, Yeonhwa, diculik oleh satu individu misteri, dunia Byun Baekhyun seakan-akan gelap. Pelbagai cabaran dihadapi demi menyelematkan isteri tercinta. Permainan demi permainan, semakin menenggelamkan dia ke dalam kegelapan yang infiniti. Kehilangan sahabat, pecah belah keluarga. Namun di sebalik semua yang berlaku, timbul sebuah misteri, sebuah rahsia yang telah lama disimpan. Keadilan yang didambakan.

Sementara Alter Ego, menceritakan tentang sekumpulan polis yang ditugaskan untuk menyoal siasat seorang pesakit mental. Asylum, di mana mereka ditugaskan adalah sebuah perangkap semata-mata. Jiyoun terpaksa mengharungi cabaran demi cabaran dalam merungkai rahsia seorang Byun Baekhyun. Kawan menjadi lawan. Jangan percayakan sesiapa, melainkan diri sendiri. Dia menjadi seseorang yang bukan dirinya, ALTER EGO, seseorang yang tidak patut bangun kini mulai mengambil alih.

Kesemua cerita bergenre misteri ini dihimpunkan di dalam sebuah buku. Mungkin bakal menjadi satu koleksi buku kalian yang berbaloi :)

Jangan malu jangan segan, jika ada sebarang pertanyaan boleh bertanya pada saya. Dan untuk update-update terkini, boleh tengok dekat ig : __.thewoly.

æ ✔ [DIBUKUKAN]Место, где живут истории. Откройте их для себя