αe \ viii

406 83 29
                                    

—if you were human.
if you were who i assumed you were, you wouldn't have done this.

━━━━━━━━━━━━━━━

“Saya cuma, ingin tahu sahaja apa alasan encik dengan membunuh dia. Saya tak pernah berdendam, dan tak pernah terfikir untuk berdendam atas kematiannya. Saya terima pemergiannya dengan hati yang tenang. Saya maafkan encik, sebab saya tahu setiap perbuatan pasti bersebab.”

Ahn Jiyoun menyuarakannya selepas berhasil mengumpulkan kekuatan. Berbohonglah dia, jika dia menidakkan perasan sakit hatinya setelah mendapat tahu ayahnya telah dibunuh. Namun dia mengubati luka hatinya dengan nasihat-nasihat yang diberikan mendiang padanya. Terutamanya jangan pernah berdendam dengan sesiapa, jangan bangkitkan sisi diri yang penuh dengan kegelapan yang dipenuhi dengan perasaan sedemikian.

“Saya berharap encik, akan bantu saya. Dengan itu, saya akan berusaha untuk menolong encik.”

Baru sahaja dia mahu membuka mulut untuk melanjutkan kata-katanya, namun terbantut apabila pintu sel dibuka dari luar. Beberapa penjaga memasuki bilik tersebut, bersama doktor untuk melakukan keliling.

“Cik Ahn, tempoh untuk bertemu pesakit telah tamat. Sekarang adalah masa untuk pesakit makan ubat, dan harapnya tiada sebarang gangguan.”

“B-baiklah,” Jiyoun menundukkan sedikit badannya, sebelum berura-ura hendak keluar. Tetapi apabila dia teringatkan sesuatu langkahnya terhenti lantas dia menoleh semula. “Hold a minute, doc. Saya rasa ada sesuatu yang aneh dengan ubatan yang kamu berikan pada pesakit. Kenapa berikan mereka ubat berdos tinggi, sedangkan ia tidak perlu pun?”

Doktor bertag nama Hwang Minhyun itu hanya tertawa halus. “Cik Ahn, apa beza polis dengan doktor?”

“S-saya—”

Tidak sempat Jiyoun menghabiskan ayat bila Minhyun beranjak rapat dengannya. Dia terkaku bila Minhyun tunduk untuk membisikkan sesuatu pada telinganya.

“Polis dan doktor sama membunuh, Cik Ahn. Berbezanya cuma polis membunuh dengan cara yang nyata dilihat, doktor membunuh dengan perlahan-lahan. Sehingga mangsa sendiri tidak sedar mengapa dia separuh mati.”

Membuntang Jiyoun jadinya mendengar ujaran yang meluncur keluar dari celahan bibir doktor muda itu. “Cuma apa yang sedang kamu lakukan di dalam asylum ini?”

Hwang Minhyun tersenyum senget. “Mereka semua hilang akal atau orang zaman sekarang gelarkan apa itu, gila?” Gelak tawanya kedengaran sebelum hujung jarinya menolak bahu Jiyoun sehingga keluar dari bilik itu. “Mereka gila, Cik Ahn. Jadi takkan ada sesiapa bakal peduli jika mereka hidup atau mati sekalipun di dalam sini. Sebaiknya Cik Ahn, tidak masuk campur dalam semua hal ini. Itupun jika Cik Ahn tidak mahu sebarang masalah, buat cik, dan juga kawan-kawan cik.”

Jiyoun kehilangan kata-kata untuk membalas ujaran Minhyun. Sebaik sahaja pintu ditutup, dia berpaling melihat sel-sel yang lain. Jeritan demi jeritan memenuhi ruangan itu sehingga membingitkan telinga. Liur ditelan payah mendengar laungan meminta pertolongan dari pesakit-pesakit di situ. Berasa tidak tenang dengan semua itu, dia terus meninggalkan tempat tersebut.

Punggung dihenyakkan ke atas kerusi lalu rambut diramas dengan penuh tertekan. Bibir diketap rapat menahan rasa sakit hatinya melihat semua penindasan itu. Cuma apa sebenarnya salah mereka di dalam sini, sehingga mereka diperlakukan seperti binatang. Mereka juga manusia!

æ ✔ [DIBUKUKAN]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant