αe \ i

819 135 32
                                    

—like a river flows
surely to the sea
Darling, so it goes.

━━━━━━━━━━━━━━━

Lensa kamera difokuskan pada Byun Baekhyun.

Lelaki itu seterusnya terlihat sedang menatap tajam ke arah kamera tersebut sehingga Ren berasa tidak selesa dengan tatapan itu. Byun Baekhyun memiringkan kepalanya sedikit sambil menjongket kening kanannya. Pandangan yang dapat membuat setiap yang melihat berasa gemuruh tanpa sebab.

Ren mengundurkan diri ke belakang menjauhi membiarkan kamera itu di satu tempat statik dan hanya terarah pada Baekhyun. Gementar dia hendak merakam dengan tangannya sendiri.

Ahn Jiyoun sekadar memerhati pergerakan janggal Ren, liur yang bergumpal pada anak tekak ditelan payah. Perlahan Jiyoun mendekat sebelum melabuhkan punggung ke atas kerusi bersebelahan dengan kaki kamera. Dia berdehem mencuba menarik perhatian dari Baekhyun.

Dan dia berjaya, anak mata hazel lelaki itu kini terarah padanya.

"J-jadi Encik Byun, bagaimana encik hari ini?" Soalnya sekadar untuk berbasa-basi sebelum masuk ke dalam topik yang utama.

Byun Baekhyun tersengih sinis. Pada akhirnya, mereka sepasukan dapat menarik nafas lega kerana mendapat tindak balas dari lelaki itu. Walaupun hanya sekadar reaksi wajah, tetap mereka lega.

Namun apa mereka lupa, pesalah ini adalah unik?

"Tidak tahu, rasanya setiap hari aku bernafas, setiap hari aku hidup. Apa aku yang tidak waras ataupun kamu yang hilang akal?"

Membulat mata mereka apabila mendengar suara serak basah Byun Baekhyun bergema. Jiyoun mengerling Ren disudut bilik yang sepertinya terpaku hanya merenung ke arah Baekhyun. Begitu juga dengan ahli pasukannya yang lain, yang berada di sebalik cermin gelap untuk memerhatikan mereka dari bilik rahsia.

Jiyoun kembali memandang wajah Baekhyun. Janggal yang amat kerana dia tidak faham apa yang dimaksudkan lelaki itu sebentar tadi. "A-apa dia encik?"

"Naif sungguh."

"Maafkan saya?"

"Cik Ahn, aku masih bernafas dan aku masih hidup, itu adalah jawapan untuk pertanyaan yang cik utarakan tadi." Ujar Byun Baekhyun dengan tenang, pada akhir kata-katanya dia tersenyum nipis.

Ahn Jiyoun mengepam tangannya yang terasa bersemut di bawah meja. Mengapa dia menjadi segelisah itu sedangkan sebelum ini dia sudah banyak mengatasi suspek yang mengalami tekanan jiwa.

"B-baiklah, saya senang mendengarnya. Jadi Encik Byun, boleh ceritakan pada saya, sedikit tentang hidup encik? Jika encik tidak kisah?"

Byun Baekhyun tertawa halus. Badannya dirapatkan sedikit ke meja untuk merenung ke dalam anak mata Ahn Jiyoun. Seperti dipukau, mata mereka saling bertatapan antara satu sama lain tanpa berkedip untuk satu masa yang agak lama. Jiyoun terlihat seperti jatuh dan terkunci di dalam renungan Byun Baekhyun.

"Ji, Ji! Ahn Jiyoun! Ahn Jiyoun!"

Laungan namanya pada bluetooth earpiece dihiraukan. Situasi ini menjadikan Ren, Namjoon, Suran dan Seongwoo gelisah. Baru sahaja Seongwoo ingin membuka mulut memanggil Jiyoun sekali lagi apabila Baekhyun bersuara. Fokus mereka menjadi satu, iaitu Ahn Jiyoun dan Byun Baekhyun.

"Oh Miss Ahn, are you sure with that? Do really want to know about me?"

Seperti baru tersedar, Jiyoun mengerdipkan kelopak matanya beberapa kali. Seruan namanya kini memenuhi segenap ruangan telingannya. Suara gelisah Seongwoo kedengaran jelas di hujung sana.

"Awak okay, Ji?" Tanya Seongwoo.

Menghiraukan itu, Jiyoun membersihkan tekaknya sebelum menatap ke dalam mata hazel Byun Baekhyun, sekali lagi. Ada sesuatu yang terselindung di dalam lelaki ini.

Keunikkan itu.

"Ceritakan pada saya, Encik Byun Baekhyun. Saya ingin tahu tentang hidup encik."

Byun Baekhyun tersenyum melebar sehingga menampakkan barisan giginya di hadapan. Satu pandangan yang sukar ditafsirkan menghiasi wajah kacak lelaki ini.

"Wrong choices, but who cares? Miss Ahn, haven't you heard about 'I Tinted My Body With Your Blood'? It was an amazing story."

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

okay, first cerita ni memang short begitu shj. mau kasi naik mood curious tu, tapi rasanya tak menjadi duh. sorry my lack but i need support pleaseeeeee :)

æ ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now