αe \ v

463 92 33
                                    

—don't forget that I'm human,
don't forget that I'm real.

━━━━━━━━━━━━━━━

Ahn Jiyoun menggelengkan kepalanya laju apabila Seongwoo masih cuba meminta dia untuk bertahan sehingga kes itu selesai. Namun sesungguhnya, mental Jiyoun tidak mampu menerima kejutan yang besar begitu. Kerjanya adalah membantu memberikan nasihat dan kaunseling pada pesalah di bawah siasatannya. Bukan menjadi subahat dalam pembunuhan.

“Tolonglah faham Seongwoo, saya tak sanggup melihat semua ketidakadilan ini. Awak tahu tak, ada budak perempuan mati di depan saya hari ini. Mereka di dalam sini yang membunuhnya, padahal saya sudah berjaya menenangkan dia!”

Stop it, Jiyoun! Berpuluh pun budak mati di dalam sini, bukan urusan kita! Tugas kita hanyalah menyiasat lelaki bernama Byun Baekhyun itu. Jadi berhenti bersikap negatif, tolonglah profesional sedikit. Hanya tolong saya, Jiyoun.”

Jiyoun terdiam sejenak untuk menenangkan perasaannya. Sememangnya Ahn Jiyoun adalah seorang polis penyiasat yang sepatutnya bertugas untuk mengadakan sesi kaunseling dan membantu pesalah yang dihadapi. Tidak kira dari segi mental atau fizikal sekalipun. Disebabkan itulah sifat perikemanusiaannya tidak mampu melihat segala ketidakadilan yang berlaku di sini. Tugasnya menyelamatkan orang awam dengan apa cara sekalipun, bukannya menghentikan dengan cara membunuh.

Dia bukan polis yang tidak berhati perut kerana itulah dia digelar naif. Kerana kebaikkannya.

Bagi saya alasan, kenapa kita perlu teruskan siasatan ke atas orang yang tidak bersalah. Setelah itu, saya akan pertimbangkan keputusan saya.” Ujar Jiyoun dengan nada serius. Baru sahaja dia berpaling badan ingin keluar dari bilik itu, bila ada seorang lelaki yang agak berumur masuk ke situ.

Dia tergamam seketika sebelum menaikkan tangan ke dahi, tabik hormat pada lelaki itu.

“Tuan.” Ucap Seongwoo dan Jiyoun serentak.

Lelaki itu adalah Ketua Jabatan Siasatan dan Perisik Polis, Tuan Ma Suyuan, berdarah Korea kacukan Cina. Tuan Ma berjalan menghampiri Ahn Jiyoun sebelum memberikan tamparan pada pipi gadis itu. Dengusan kasar kedengaran lalu dia menggelengkan kepala dalam tidak percayanya.

“Jangan tinggalkan tempat ini, sebelum kes itu selesai, mengerti?”

Dalam keterpaksaan, Jiyoun menganggukkan kepalanya. Matanya terlihat berair. Lalu Tuan Ma mengeluarkan sapu tangan untuk mengusap air mata Jiyoun.

“Kamu langsung tidak ada idea dengan siapa kamu sedang berhadapan, Ahn Jiyoun. Untuk pengetahuan kamu, dia adalah pembunuh profesional yang paling dikehendaki.”

“T-tapi Tuan, berdasarkan segala maklumat yang saya terima. Dia bersih dari segala sabit kesalahan. Dia mengalami kecelaruan mental, dia ada elibi yang kukuh untuk mempertahankan diri. Apa lagi yang patut saya lakukan?”

Tuan Ma tersengih sinis sebelum menepuk-nepuk bahu Jiyoun. “Disebabkan itulah, kenapa aku memilih kau untuk menyertai siasatan kes ini. Aku tahu kelebihan kau yang mampu meraih kepercayaan orang mental begitu. Jadi kau hanya perlu melakukan tugas kau sahaja. Make him talk, make him admit all of his sins. Then, you'll be free from this disaster.

Terkelu lidah, Jiyoun tidak tahu hendak berkata apa. Dia tidak pernah tahu, atau menganggap yang Jabatan hanya menggunakannya sahaja. Dia terlalu naif untuk melihat semua itu.

Macam mana kalau saya mendapat bukti yang dapat mempertahankan suspek?” Jiyoun menduga kesabaran Tuan Ma. Ong Seongwoo hanya mampu berdiam melihat keberanian Jiyoun melawan pihak atasan.

Burnt it down, don't let anyone know about it. Just set in your mind officer Ahn, that he was a wild beast. And that animals, needed to be beated not win.

“T-tuan. .”

“Kalau itu masih tidak mampu untuk menutup sifat kemanusiaan kau, hanya ingat satu. Letak dalam otak kau, dia yang telah membunuh Ketua Ahn, ayah kamu. Jadi pilihan itu di tangan kamu.”

Usai berkata, Tuan Ma terus berlalu keluar meninggalkan Ahn Jiyoun yang masih terpaku setelah mendengar penjelasan terakhir Tuan Ma. Mindanya menjadi luas dan kosong. Tiada apa yang dapat dia akseskan buat masa ini. Segalanya terlalu mengejutkan buat dia. Jadi kerana itulah pihak atasan mencuba menyelindungkan kes Byun Baekyun ini, The Serial Killer.

Ong Seongwoo menghampiri Jiyoun sebelum memaut bahu gadis itu. “I'm sorry Ji, but I promise you this will be the last time. Saya tak akan meminta bantuan lagi dari awak. Kali ini, tolong menurut apa yang atasan mahukan. Buat lelaki itu mengaku kesalahannya, boleh kan?”

“T-tapi ada sesuatu yang tak betul tengah berlaku sekarang. Saya dapat rasakannya. A-ada konspirasi yang—”

Ji, just let it be. Jangan masuk campur dalam hal yang berlaku. Kita hanya fokus pada kerja kita, okay? Please, I'm begging you. After this case, I'll get promoted and you know how much I adored those right? It was my dream, Ji. Dan jangan risau, selepas semua ini kita tak akan terlibat dalam kes ini. Sepertinya kita tak pernah sentuh kes ini, faham kan?”

Ahn Jiyoun termangu mendengar penjelasan Ong Seongwoo. Pedih terasa di dalam hati. “Awak utamakan kenaikan pangkat awak berbanding membantu orang yang tidak bersalah? Awak pilih pangkat awak berbanding saya?”

“Tidak Ji, mestilah saya utamakan awak. Tetapi, ini adalah impian saya. Saya janji, ini adalah kes terakhir saya paksa awak untuk turut serta. Selepas semua ini berakhir, saya akan fokus pada hubungan kita. Okay Ji?”

Jiyoun hanya akur.

Seperti yang pihak atasan lakukan terhadap mereka sepasukan, begitu juga apa yang Seongwoo lakukan ke atas Ahn Jiyoun.

Dia hanya dipergunakan, untuk menjadi seseorang yang dapat dipersalahkan nanti.

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

i don't wanna one, i wanna ong hahahhaha lmao XD
baek scene ahead and thanks for reading ❤

æ ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now