αe / alter ego

1.5K 148 40
                                    

—you're the one who created your own hell.

━━━━━━━━━━━━━━━

"Hello, Byun Baekhyun?"

Sapa seorang polis penyiasat sebagai pembuka bicara, selepas mengambil tempat di hadapan lelaki itu. Suasana gelap yang menyelubungi hanya bertemankan lampu yang bergantung pada syiling di atas mereka. Sunyi dan senyap, tiada sebarang suara selepas itu hanya dua mata saling bertatapan antara satu sama lain.

Ahn Jiyoun berdehem perlahan, mencuba menenangkan dirinya bila berhadapan dengan pesalah seperti lelaki ini. Sumpahlah Ketua Atasannya kerana meletakkan kes ini dibawah siasatannya. Sesiapa sahaja bakal menggeletar bila berhadapan dengan lelaki bernama Byun Baekhyun itu. Kini dia bersama ahli pasukannya pula yang dipaksa untuk menyiasat kes ini.

Memang diakui mereka sudah biasa keluar masuk asylum semata-mata untuk menyelesaikan siasatan. Namun ini, baru. Sangat baru bagi mereka semua.

Pesalah ini, sangat-sangat unik.

"Encik Byun, apa encik tidak kisah jika saya bertanyakan beberapa soalan?"

Senyap.

Pertanyaan itu dibiarkan berterbangan begitu sahaja tanpa jawapan. Baekhyun hanya menundukkan kepalanya, memandang lantai. Badannya diikat kuat dan kemas dengan pada kerusi menjadikan pergerakannya menjadi terbatas. Mungkin sahaja diam cara yang terbaik untuk dia, ataupun diamnya dia ada perkara yang sedang bermain di dalam fikirannya. Siapa yang tahu, siapa yang dapat menekanya?

Jiyoun mengerling sekilas pada kamera yang dipasang khas untuk merakam apa sahaja perbualan antara dia dengan pesalah. Menahan gemuruh, Jiyoun tetap meneruskan perbualan kosong itu.

"Soalan pertama saya, siapa kedua orang tua encik? Apa encik mengenalinya? Jika iya, di mana mereka sekarang?"

Reaksi Baekhyun tetap sama, masih lagi membisu tanpa suara. Hal itu membuat Jiyoun berada tidak sabaran. Jika beginilah reaksi yang diterimanya, memang sampai bila-bila kes ini tidak akan selesai. Tidak hairan kenapa penyiasat terdahulu mengalah atas kes ini.

"Encik, tolong berikan kerjasama dengan pihak polis."

Masih sama, juga langsung tiada jawapan yang diberikan. Melihatkan semua itu, Jiyoun menjadi hilang sabar. Dia sememangnya bukan seorang yang mampu bersabar lama.

"Kalau encik tinggal diam begini, sampai bila-bila pun kes ini tidak akan tamat. Bagaimana kami hendak membantu encik, jika encik sendiri enggan memberikan kerjasama. Tolong, sekali lagi saya meminta agar encik berikan kerjasama."

Masih, senyap.

"Baiklah, aku give up! We'll try again tomorrow guys." Ujar Jiyoun pada ahli pasukannya yang lain melalui bluetooth earpiece yang tersemat pada cuping telinganya.

Fail ditutup semula, Jiyoun bangkit dan berura-ura hendak keluar. Di saat itu, bila tiada sesiapa melihat, kamera yang masih terpasang kini sedang memaparkan Baekhyun yang sedang mengangkat wajahnya sedikit demi sedikit.

Merenung tajam ke dalam lensa kamera. Anak mata coklat hazel itu seperti membiaskan sesuatu, yang begitu dalam, yang begitu menyakitkan, sesuatu yang sepertinya sudah tertanam begitu lamanya. Renungan penuh, dendam.

Bibirnya yang kering melekap, kini terpisah menampakkan barisan giginya. Renungannya berubah, senyuman penuh kesinisan kini menjadi penghias wajahnya yang kusam.

"Don't judge me cause I'm quiet, no one plans a murder out loud."

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

alter ego

ˌɒltər ˈiːɡəʊ/

noun; a person's secondary or alternative personality.

*****

special tags :
CikHotChocholate
-nyctophillia
niishakim12__

STORY COMPLETED

a huge of love for my sweety readers and thank you very much for reading. spread your love in this book, i'll appreciate it as well. again, i love you!

woly ❤

æ ✔ [DIBUKUKAN]Où les histoires vivent. Découvrez maintenant