αe \ x

407 91 14
                                    

how do you destroy a monster without becoming one?

━━━━━━━━━━━━━━━

Jiyoun menarik nafas dalam sambil memejamkan matanya untuk seketika. Mencuba menahan kecamuk emosi dan perasan yang saling berperang di dalam dirinya. Mata dibuka semula, lantas dia membalas renungan mata Baekhyun.

“Saya, saya percayakan awak encik Byun Baekhyun. Jadi teruskan, ceritakan segala-galanya pada saya.”

Ong Seongwoo mula gusar tidak ketentuan. Bimbang dan risau jika rahsia yang tersimpan bakal terbongkar serta merta. Jadi dia bertindak memberikan arahan pada Doktor Hwang secara senyap-senyap melalui ruangan mesej peribadi. Tangannya mula menggeletar bila Byun Baekhyun mula menunjukkan reaksi.

Kim Namjoon yang perasan dengan kekeruhan air muka Seongwoo hanya memendam kata. Diliriknya ketua teamnya itu dari hujung mata sahaja, mencuba membaca keadaan yang seperti apa sedang berlaku saat ini. Dia pasti, ada sesuatu yang diselindungkan daripada mereka berempat.

Tidak lama kemudian, beberapa penjaga asylum tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam ruangan soal siasat mereka tanpa sebarang izin langsung. Terus menerpa ke arah Baekhyun dan menarik lelaki itu keluar dengan keterpaksaan sehingga kain yang membalut tubuhnya itu juga digunting sahaja. Huru-hara itu membuat Jiyoun, Ren dan Suran membuntang mata.

“A-ada apa ini? Hentikan!” Jiyoun bangkit, menarik lengan salah satu dari penjaga yang ada, namun gagal untuk melepaskan Baekhyun. Kekuatannya tidak mencukupi untuk melawan.

Hasilnya dia hanya terundur kembali ke belakang. Bila Jiyoun ingin melangkah semula Suran segera menghalangnya.

“Biarkan dia dibawa pergi, Ji.”

“Tak! Kita sudah hampir mendapat jawapannya! Kenapa mereka buat begitu ha?! Apa sebenarnya yang mereka mahukan?! Apa mereka memang mahu kita terperangkap di sini?”

“Bertenang Ji, Ketua Ong yang memberikan arahan sekarang ini.” Perlahan sahaja suara Suran mencuba memujuk amarah Jiyoun. Takut-takut sekiranya gadis itu hilang kawalan lagi seperti yang berlaku semalam.

Disebabkan Jiyoun tidak menggunakan earpiece, sebarang arahan Seongwoo tidak dapat diterimanya secara langsung. Dia mencerlung tajam memerhati ke dalam cermin gelap itu. Tembus sehingga terasa ketajaman renungan itu di bilik sebelah. Namjoon sudah meneguk liur yang terasa berbatu di tekak. Terimbas semula di mana Jiyoun menggila, habis dia menjadi mangsa tumbukkan. Dan pandangan Jiyoun saat ini, sama seperti semalam.

Seolah-olah dirasuk.

Secara drastik Jiyoun menarik keluar pistol yang tersemat di belakang seluarnya lalu ditalakan ke arah cermin itu. Rahangnya mengeras menahan kemarahan yang tiba-tiba memuncak di dalam dirinya. Seperti separuh daripada dirinya diselubungi dengan kegelapan. Dia mahukan jawapan itu, dia mahukan penjelasan!

Dia adalah anak kepada mangsa bunuh ayahnya sendiri, dia layak mendapat pencerahan atas kematian itu. Itu sahaja yang dia mahukan. Persetankan segala status dan pangkat yang membatasinya untuk melawan, ini semua adalah konspirasi dari pihak atasan semata-mata.

“Kamu semua memang hanya akan tunduk pada keparat jahanam itu kan?! Kamu semua memang mahu mati di dalam sini kan?! Jadi biar aku tamatkan riwayat kamu semua hari ini juga!”

“Tenangkan dia, Suran.”

Terbeliak mata Namjoon jadinya setelah mendengar arahan Seongwoo itu. Mengapa pula isterinya yang diletakkan di dalam situasi bahaya itu?! Mengapa tidak dia sahaja? Bukankah Seongwoo adalah tunang kepada Jiyoun, jadi mengapa tidak dia sahaja yang pergi menenangkan gadis itu?

“S-Seongwoo. .” Namjoon memandang ke luar, melihat Suran yang mula menggeletar takut mencuba mengelak dari sasaran liar muncung pistol Jiyoun. “Biar aku sahaja yang ke sana.”

Sebelum sempat Namjoon ke bilik itu, beberapa das tembakan kedengaran telah dilepaskan. Sepantas yang mungkin dia bergerak lalu menguak pintu dalam kegelabahan. Matanya jatuh pada Suran yang sudah duduk memeluk lutut sambil menekup telinga, Ren juga melakukan hal yang sama.

Yang terburai adalah kamera yang merakam kejujuran Byun Baekhyun tadi.

Ji, apa yang kau buat ni ha?! Berhenti buat benda bodoh!” Hambur Namjoon yang sudah hilang kesabaran.

Ahn Jiyoun hanya diam, memberikan renungan tajam ke sebalik cermin tadi. Nafasnya naik turun laju sementara emosinya masih berada di kemuncaknya. Dia tersengih sinis sebelum membuka mulut untuk berbicara.

Burnt down all the evidence, right? It's all you want so I give it to you! Fucked Ma Suyuan! Go to hell you bastard!

Jiyoun terus berlalu keluar selepas melempar pistolnya ke lantai. Rambut diramas penuh frustasi sebelum wajah dibasahkan dengan air. Pintu bilik air dipastikan dikunci supaya tiada sesiapa dapat masuk ke dalam. Pantulan diri di dalam cerminnya direnung untuk seketika. Cuma kenapa dia menjadi seperti ini?

Seperti seorang psiko.

“Apa yang kau berikan pada aku, Suran? Kita semua akan mati di sini, apa ini pilihan kamu?”

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

kalau ada tidak faham bolelah bertanya :) happy reading ❤

æ ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now