αe \ iv

449 98 18
                                    

—oh darling, it's true.
beautiful things have dents and scratches too.

━━━━━━━━━━━━━━━

Jiyoun bangkit dari pembaringan lalu membuat sedikit regangan sebelum bergerak ke bilik air untuk mencuci muka. Setelah selesai dengan itu, dia mengambil getah rambut lalu mengikat rambut ala kadar. Kaki diatur menuju ke arah kantin asylum untuk mencari makanan mengalas perut. Sejujurnya, dia rindukan rumahnya yang selesa, namun apakan dayanya?

Semasa dalam perjalanan, dia dikejutkan dengan beberapa orang penjaga yang mula berpusu ke bahagian timur bangunan termasuk dua orang kawannya, Suran dengan Namjoon.

Lengan Namjoon ditahan. “Ada apa semua kelam kabut semacam sahaja?”

“Ada pesakit yang cuba membunuh diri di sana. Oh, baik kau ikut sekali. Manatahu kau boleh cuci telinga pesakit tu dengan ceramah kau.”

Sebelum sempat Jiyoun menjawab apa-apa, tangannya sudah ditarik supaya mengikut mereka ke tempat kejadian. Setiba sahaja di sana, kelihatan seorang pesakit berjantina perempuan sedang mencuba untuk terjun dari tingkat ke-tiga itu. Lantas membuntang mata mereka, mulut ternganga.

Perempuan itu menangis meratap, menyebut nama seseorang namun tidak jelas kerana esak tangisnya yang galak. Apa yang pasti, dia serius dengan cubaan bunuh dirinya. Sedikit sahaja lagi berinjak ke hadapan, dia akan jatuh ke bawah. Dan pastinya impaknya sangat-sangat menakjubkan.

Kelihatan beberapa orang jururawat sedang bersedia di belakangnya, bersama picagari berisi ubat tidur di tangan. Ahn Jiyoun menjadi cemas serta merta. Bukan, itu bukan caranya untuk menenangkan seseorang yang mengalami kecelaruan minda. Mereka seharusnya dipujuk dengan lembut, bukannya diancam dengan sesuatu yang bagi mereka adalah berbahaya.

Mungkin bagi manusia normal itu adalah cara yang terbaik, tetapi cuba buka fikiran itu. Cuba berfikir dengan cara manusia istimewa itu berfikir. Diancam bahkan menambahkan lagi kecelaruan dalam otak mereka.

Disebabkan hanya Jiyoun yang berfikir dengan cara itu, setapak demi setapak dia maju mendekati pesakit itu. Apabila cuba dihalang oleh salah satu jururawat di situ, dia mengangkat tangannya ke udara memberikan tanda agar membiarkan dia menenangkan dahulu perasaan pesakit itu.

Nafas ditarik dalam. “Cik jangan begitu, jangan lakukannya. Mari ke sini, turun dan kita akan bercakap baik-baik. Apa sahaja yang awak mahukan, saya akan cuba membantu okay? Percayakan saya, saya orang baik tahu?”

“Penipu! Tiada lagi manusia baik yang wujud dalam dunia ini, yang ada hanyalah penipu!”

“Saya bukan penipu, saya baik percayalah. Genggam tangan saya,” Ahn Jiyoun menghulurkan tangannya, senyuman dia ukirkan pada wajahnya. Meyakinkan perempuan itu untuk mempercayainya. “Saya akan bawa awak turun dari situ supaya awak boleh bagitahu saya, apa yang awak mahukan. Iya?”

“Sumpah, awak akan berikan apa yang saya mahu?”

“Saya bersumpah. Jadi berikan tangan awak,” Perlahan-lahan tangan mereka bersentuhan dan akhirnya Jiyoun berhasil menggenggam tangan kecil perempuan itu. Dengan berhati-hati, membantunya turun dari tepi bangunan tersebut. “Siapa nama awak?”

“Eunchae.”

“Baiklah Eun, selamat berkenalan. Saya Ahn Ji—”

Tidak sempat Jiyoun menghabiskan ayatnya apabila tiba-tiba tubuhnya ditolak kuat sehingga dia terpelanting ke tepi. Bukan Eunchae yang menolak sebaliknya adalah jururawat yang berkumpul di situ tadi. Mereka mula mengerumuni Eunchae, gadis lemah itu dipegang erat kerana rontaan yang menggila. Jeritannya nyaring kedengaran tatkala jarum suntikan ditusuk masuk pada lehernya.

Jiyoun terkejut dengan semua itu, hanya sekelip mata. Dia bangkit menolak jururawat yang berada di situ, mencuba membantu Eunchae. “Mereka bukan binatang! Jangan perlakukan mereka begitu! Lepaskan dia!”

Tanpa kawalan dan tanpa disedari, Eunchae mengumpul kekuatannya yang terakhir lalu dia meronta sekuat hati. Terlepas sahaja dia dari genggaman kuat yang mencengkam tubuhnya, dia terus berlari ke beranda di mana dia berdiri tadi. Lantas menjatuhkan tubuhnya ke bawah, bagaikan burung yang baru sahaja dilepaskan dari sangkarnya.

Dia akhirnya bebas, terbang mencari apa yang dia inginkan.

Kebebasan itu.

Jiyoun merangkak sedikit demi sedikit ke tepi beranda untuk melihat Eunchae. Otaknya terus menjadi kosong, semua yang berlaku sekelip mata. Tadinya Eunchae masih bernyawa kini hanya tinggal sebagai badan mati. Kepalanya pecah terburai akibat jatuh terhempas di atas batu yang besar. Menjadi kawasan di bawah bangunan itu seperti berkolamkan darah.

Menggeletar seluruh tubuh Ahn Jiyoun. Ini bukannya tempat merawat, tetapi penjara yang membunuh. Neraka dunia.

Persetankan kes itu, dia mahu keluar dari situ. Jiyoun tidak sanggup.

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

sorry for my lack, but still thanks for the votes and support. happy reading ❤

æ ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now