αe \ vii

398 82 14
                                    

—sometimes you've got to bleed to know that you're alive and have a soul.

━━━━━━━━━━━━━━━

It Was The Winter's Blood
by BrokenMind.

Dia sudah pergi jauh, pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Tubuhnya kaku tidak bergerak bahkan jika aku menangis meratap memintanya untuk membuka mata semula. Dia tidak akan mampu merenung aku lagi, tidak mampu mengusap pipi aku lagi, suaranya yang merdu itu juga tidak mungkin dapat aku dengari lagi.

Tika itu, aku tidak mampu membantu diri aku dari berfikir untuk membalas semua kesakitan yang dia lalui. Aku mahu segala kesakitan itu dibalas beribu kali sakit dari apa yang dilaluinya. Aku mahu dia mati dalam keadaan yang tenang dan aman.

Kini aku tidak dapat membantu diri aku dari terus menerus merenung lembaga hitam itu, sedang mendukung tubuh kaku dia dan dimasukkan ke dalam sebuah keranda. Kain putih digunakan untuk membungkus tubuh yang berlumur darah itu. Aku tidak tahu kenapa lembaga itu perlu menangis, sedangkan bukankah kerana lembaga tersebut dia mati, bukan begitu?

Dia dibunuh oleh lembaga kejam itu.

Air matanya tidak membawa apa-apa makna langsung.

Keranda yang menempatkan dia ditolak masuk ke bawah katil besar, tempat di mana dia dan lembaga itu selalu bergurau senda bersama. Cuma apa kekurangan dia sehingga lembaga itu melakukan hal keji demikian ke atasnya?

Lembaga tersebut meminta aku untuk bersiap-siap dan mengikutnya ke suatu tempat lain, jauh dari tempat ini. Lihatlah, sudah menarik nyawa orang yang tidak bersalah, sekarang lembaga itu mahu meninggalkan pula dia bersendirian di rumah ini.

Sangat tidak patut.

Jadi apabila lembaga itu sedang asyik memandu, aku mencari-cari mainan yang dia selalu sembunyikan di bawah kerusi pemandu. Sebuah kotak hitam berisi mainan itu aku buka, dan mengambilnya keluar. Aku suka akan mainan ini, dia pernah mengajar aku cara untuk bermain dengan mainan ini.

Mudah sahaja.

Tarik kekunci, sasarkan, kemudian tarik picu.

Jadi apabila mata kami bertembung dari cermin tengah kereta, aku tersenyum manis sebelum picu aku tarik dengan senang hati. Semestinya aku sudah mensasarkan pada kepalanya, dan sasaran aku tidak pernah terlepas. Peluru menembusi belakang kepalanya, dan secara mengejut kereta hilang kawalan.

Mungkin aku, dia, dan lembaga itu akan berjumpa di sana nanti.

Sebaik sahaja kereta terhumban, lalu terbalik berulang-ulang kali, aku terumbang ambing di udara sebelum kepala aku terasa sakit bila terhentak di mana-mana. Kulit tubuh aku ditembusi dengan beberapa serpih kaca, dan terdapat cecair yang mengalir dari atas kepala aku. Sehingga pandangan aku menjadi kabur-kabur.

Seluruh tubuh aku menggeletar kesakitan, dan air mata aku jatuh mengalir tatkala aku membayangkan semula darah dia yang merembes di hadapan mata aku kelmarin. Kini aku menyaksikan kematian lembaga itu pula.

Sangat berbaloi.

Itu bukan kesalahan awak, Encik Byun Baekhyun. Mengapa encik menyiksa diri sendiri atas dosa dan kesalahan orang lain? Lepaskan diri encik dari masa lalu.”

Ujar Jiyoun berharapan yang Baekhyun akan mula terpujuk dengan nasihatnya. Tetapi hampa apabila lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi, hanya diam kaku menghadap kaca cermin tingkap membelakangkan Jiyoun.

“Itu bukan salah encik, semuanya memang sudah ditakdirkan berlaku. Kenapa perlu encik melakukan itu semua?”

“Sebab aku rasa semua itu perlu. Bagi mengelakkan ramai lagi orang seperti dia mati sia-sia.”

Jiyoun menggelengkan kepalanya dalam tidak percaya. “Bukan kerja encik untuk menghukum.”

“Jadi apa juga hak manusia lain untuk menghukum? Apa dosa dan kesalahan aku sehingga aku dipinggirkan? Apa dosa aku sehingga aku tidak dapat kehidupan yang aku inginkan? Berdosakah aku jika aku mengharapkan ketenangan?”

“Dengan melakukan itu semua, bahkan encik hanya akan dibelenggu dengan kegelapan. Encik tak akan pernah hidup tenang, percayalah.”

“Jangan bercakap seperti kau lalui apa yang aku lalui. Kau tidak ada idea langsung dengan kegelapan dunia yang sudah aku lewati.”

“Saya tahu encik, saya dapat rasakannya. Saya tahu itu encik, saya telah membaca beberapa kisah hidup tentang encik. Seorang insan lemah yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Saya ada di sini untuk mendengar segala kesakitan awak, Encik Byun Baekhyun. Saya rasakannya, percayalah.”

“Jangan perbodohkan aku, aku tahu semua ini hanyalah taktik kamu untuk menjatuhkan semua kesalahan ke atas aku. Jadi aku lebih rela menerima racun yang mereka berikan setiap hari, berbanding menerima seorang gadis naif untuk menyentuh kehidupan aku.”

Ahn Jiyoun terkelu lidah. Rupanya selama ini, Baekhyun tahu yang pihak asylum memberikannya ubat yang dapat merosakkan dirinya. Jadi mengapa dia tetap mengkontaminasinya? Apa sebenarnya yang dia selindungkan?

Jadi jika begitu, tolong bagitahu saya apa alasan encik membunuh Chief Inspector Ahn Kibum? Saya tertanya-tanya tentangnya. Mengapa encik membunuh ayah saya? Apa dosa dia pada encik?”

Dengan itu, Byun Baekhyun perlahan menoleh lantas matanya terlihat berair.

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

happy reading ❤





æ ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now