αe \ iii

525 94 28
                                    

—monster are real and so are the ghosts. they live inside us and sometimes, they win.

━━━━━━━━━━━━━━━

Keluhan berat dihela selepas punggung dihenyakkan ke atas kerusi. Untuk beberapa minit melepas penat, Ahn Jiyoun kembali meluruskan belakang badannya untuk menghadap komputer dan fail-fail yang bertimbun di atas meja. Sempat dia mengerling Namjoon, Ren dan Suran yang sudah terlena berbantalkan lengan di atas meja.

Suasana menjadi senyap dan sunyi yang kedengaran hanya ketak papan kekunci dari arah bilik persendirian Ong Seongwoo. Nampaknya hanya dia dan Jiyoun sahaja yang masih kekal bangun. Lampu yang dipasang malap membataskan penglihatan Jiyoun jadi dia kembali mengenakan cermin matanya.

Fail yang tercatat laporan peribadi Byun Baekhyun dibuka. Setiap satu yang tertulis di situ dibaca dengan teliti, mencuba mencari sesuatu yang dapat dimanfaatkan. Sementara mata terarah pada kertas itu, fikirannya melayang ke lain. Lebih tepatnya, dia asyik memikirkan tentang Byun Baekhyun.

Ada sesuatu, yang dia terlepas pandang.

“Dia? Siapa yang Encik maksudkan dengan dia?” Jiyoun menapak maju menghampiri Baekhyun selepas mengumpul sedikit keberanian.

“Kau berpura-pura tidak bersalah, ataupun kau sememangnya bodoh? Bagaimana seorang anggota polis seperti kau boleh mengajukan soalan yang kau sendiri sedia maklum. Atau kau hanya ingin memperbodohkan aku?”

Jiyoun menggigit bibir sebelum menundukkan kepala memandang ke lantai. Sejujurnya, Jiyoun memang tidak mempunyai sebarang idea dengan siapa yang Baekhyun maksudkan dengan dia itu. Dia sendiri juga tanpa sebarang maklumat yang jelas, tiba-tiba diarahkan untuk menangani kes berkaitan lelaki ini. Bukan kerana Jiyoun terlalu bodoh atau tunduk dengan pihak atasan, tetapi kerana dia sepenuhnya naif.

“Sungguh, saya tidak tahu. Dan kalau encik tidak keberatan, bolehlah ceritakan pada saya. Saya akan mendengarnya.” Ujar Jiyoun dengan berhati-hati, tidak mahu kedengaran terlalu terburu-buru atau mendesak. Kerusi kecil ditarik dekat dengan tepi katil, lalu Jiyoun duduk di situ.

Tangannya bergerak mengambil botol mineral di atas meja, lantas dia menuangkan sedikit airnya pada pergelangan kaki Baekhyun yang digari. Ada luka yang agak teruk, dan berdarah. Jiyoun menjadi simpati melihatnya. Sapu tangan dikeluarkan lalu diikat disekelilingnya, menghalang darah dari mengalir keluar.

Dalam lebih kurang lima minit dia menunggu tindak balas dari lelaki itu, namun hanya kesenyapan yang dia terima. Bila diamati betul-betul, indera pendengarannya menangkap keluhan-keluhan halus yang dihasilkan dari bibir Baekhyun. Jadi dia bangkit menghampiri, mata sedikit membesar melihat keadaan lelaki itu.

Wajahnya berkerut seakan-akan sedang menahan sakit yang amat, peluh merembes membasahi seluruh kulit muka dan pada lehernya juga. Erangan sakit semakin kuat.

“Encik Byun Baekhyun, kenapa ini?”

“K-keluar dari sini.”

Ubat-ubatan yang berada di situ.

Pethidine? Dihydrocodeine? Amfetamin? Cuma, kenapa?

Ahn Jiyoun!” Satu suara yang agak kasar menyapanya sehingga lamunannya terputus akibat terkejut.

Anak matanya membulat besar melihat Seongwoo yang kini berada di hadapannya dengan muka yang tegang. “I-iya?”

Awak tak dengar saya panggil awak dari tadi?

O-oh, saya minta maaf, saya tak dengar. Ada apa iya?

Air muka Seongwoo kini berubah menjadi lembut sebelum tersenyum nipis. Punggung direhatkan di atas meja kerja Jiyoun. Helaan nafas halus dihembus, lalu tangannya bergerak untuk mengusap rambut gadisnya itu.

“Saya minta maaf sebab libatkan awak dalam kes ini. Tengoklah awak belum dapat tidur lagi sedangkan sekarang sudah pukul dua pagi. Awak dari mana, hm?”

Jiyoun tersenyum malu, sebelum menggenggam tangan Seongwoo. “Saya tak kisah pun, yang penting ada awak. Saya dari tengok Encik Byun, dan teka apa yang jadi?”

Seongwoo terjeda seketika, menatap wajah Jiyoun dengan tidak percayanya. Kelamaan keningnya bertaut tanda yang dia tidak suka dengan tindakan Ahn Jiyoun itu.

“A-apa yang jadi?”

“Dia kena serangan kegelisahan tadi, seluruh badannya berpeluh-peluh sepertinya dia sedang melawan sesuatu. Dan saya sempat tengok botol-botol ubat di situ, ada amfetamin dan ubat berdos tinggi yang lainnya. Saya ras—”

“Hentikannya, Jiyoun. Jangan masuk campur dalam hal-hal diluar tanggungjawab kita.”

“Okay saya faham itu, tapi boleh bagitahu saya tidak, atas sebab apa kita kena menyiasat orang yang bersih?”

Ong Seongwoo mengeluh kasar sebelum menguakkan rambutnya ke belakang penuh frustasi. “Hanya ikut apa yang saya arahkan! Boleh?!”

Jiyoun terdiam mendengar tempelak nyaring dari lelaki bergelar tunangnya itu. Tidak percaya lelaki itu meninggikan suara padanya. Mata Jiyoun hanya memerhatikan belakang badan Seongwoo yang menjauh sebelum masuk ke dalam bilik privasinya dan menghempas pintu kuat.

Suran tersedar. “Kenapa dengan ketua?”

“T-tak ada apalah, dia cuma tertekan.” Ahn Jiyoun memaksa senyuman.

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

in love dengan gigi seongwoo ❤

æ ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now