αe \ vix

397 96 13
                                    

-life is going to be harder than this, are you sure you want to continue living?

━━━━━━━━━━━━━━━

Perlahan-lahan, sedikit demi sedikit matanya terbuka sehingga cahaya terang membias pada iris matanya. Untuk seketika mata dipejamkan semula bagi memulihkan penglihatannya, kemudian dia mencuba membuka mata semula. Dan perkara pertama yang dilihatnya adalah wajah penuh kerisauan Suran.

Pelipis dipicit lembut sebelum Jiyoun mengeluh halus. Sakit dirasakan kepalanya, berdenyut-denyut. Segera dia bingkas bangun dari pembaringan, dan memerhatikan sekeliling. Bukan Suran sahaja yang berada di situ, Namjoon dengan Ren juga ada.

"Kenapa, apa yang berlaku?" Soalnya masih kabur-kabur dengan pandangan risau kawan-kawannya itu.

"Kau okay ke tak ni, Ji? Jangan buat aku risau weh." Namjoon bersuara.

Lantas wajah Suran direnung meminta jawapan. Akhirnya Suran melepaskan satu keluhan sebelum mengambil tempat di sebelah Jiyoun.

"Semalam kau meracau benda-benda yang tak betul, cakap yang bukan-bukan selepas Ketua Ong suntik dengan ubat yang doktor Hwang berikan."

Jiyoun tambah kerutkan dahi.
"Memangnya aku kenapa sampai perlu kena suntik sebagainya?"

"Kau cuba bunuh doktor Hwang Minhyun semalam. Kau tak ingat ke?"

Hampir rahangnya ke lantai mendengar ujaran itu. Terkejut kerana dia sendiri tidak mempunyai sebarang ingatan berkaitan itu. Dia tidak ingat langsung.

"Aku tak ingat apa-apa sungguh. Mungkin aku cuma terlalu stress, serius aku tak ada niat dengan apa sahaja yang aku lakukan semalam," Terang Jiyoun sambil menggelengkan kepalanya laju tanda dia bersungguh tidak bersalah. "Aku bertindak di luar kawalan, aku tidak sedar semua itu. Aku minta maaf atas apa sahaja yang aku buat."

"Tenang Ji, kami tak salahkan kau pun. Mungkin kau masih shock dengan apa yang berlaku dalam sini. Aku pun, kami pun sama, jadi kami faham. Jangan risau." Ren mencuba menenangkan keadaan Jiyoun.

Ahn Jiyoun menundukkan kepalanya, masih mencuba mengimbas apa sahaja yang dapat dia ingat semula. Mungkin dia cuma terlalu penat, terlalu tertekan, akibatnya dia terbawa-bawa emosi. Dia meletakkan dirinya di dalam sisi kegelapan itu. Yang setiap manusia seharusnya menjauhkan diri darinya.

"Jam sepuluh nanti, kita akan mulakan semula sesi soal siasat dengan pesalah bernama Byun Baekhyun. Nampaknya pesalah sudah bersedia untuk membuka mulut. Kalau kau rasa tak sihat, kau boleh berehat, Ji." Kata Ren selepas dia bergerak ke meja kerjanya untuk menyiapkan video kamera yang akan digunakan nanti.

Mendengar itu, Jiyoun terus membulat matanya dalam tidak percaya. Yang benar sahaja lelaki itu sudah mahu memberikannya kerjasama? Perasaan tertanya-tanya Jiyoun melonjak naik, lalu terus sahaja di berdiri berlalu ke meja kerjanya juga.

"Tak, tak, aku okay. I'm in at the next fifteen minutes. Aku nak pergi siapkan diri sekejap."

Jiyoun bergegas ke dalam bilik air untuk menyiapkan dirinya. Manakala mereka yang lain juga telah bergerak ke bilik siasatan, bagi menguruskan apa yang patur sebelum pesalah di bawa masuk.

æ ✔ [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now