αe \ ii

632 109 10
                                    

—I don't go crazy,
i am crazy.
I just go normal from
time to time.

━━━━━━━━━━━━━━━

‘I Tainted My Body With Your Blood’
by BrokenMind.

Jika kau hanya mempunyai dua pilihan untuk memilih antara hidup atau mati, yang mana akan kau pilih? Jika kau perlu memilih kematian untuk terus hidup atau mati untuk membiarkan hidup, yang mana akan menjadi pilihan? Jika kau perlu memilih antara menjadi waras ataupun hilang akal, yang mana akan kau pilih?

Bukan semua pilihan yang diberikan dalam hidup perlu untuk aku tentukan, bukan semua alasan yang ada dapat aku terima dengan hati yang terbuka. Bukan semua kesalahan tidak bersebab, bukan semua kemaafan dapat direlakan. Hanya kenapa aku perlu menyesakkan pemikiran aku dengan perkara remeh begitu?

Sedangkan aku tahu, jawapan aku tetap sama dan tidak akan berubah.

Aku memilih hidup, di atas kematian seseorang dan menjadi seorang yang hilang akal, namun aku waras.

Mungkin masa tidak dapat diundurkan, dan aku tidak pernah terdetik pun berharapan agar masa dapat diputar semula. Tiada penyesalan yang membelenggu aku.

Percayalah, semua berlaku seperti yang sudah ditakdirkan. Aku hanya melaksanakan tugas aku semata-mata. Di mana keadilan tidak dapat ditegakkan, di mana manusia mengagungkan harta kemewahan, darjat, status dan pangkat, di mana manusia teraniaya semakin dipijak.

Lihatlah manusia, badan aku yang dipenuhi dengan tinta merah. Bersaksikan kau dan aku, kematian kau semakin tiba. Berharaplah manusia, ia tidak akan menyakitkan sepertimana kau menghancurkan dunia. Bersedialah manusia, seluruh badan aku kini menggeletar mengidamkan tinta merah itu semakin merebak ke seluruh kulit badan aku.

Minda aku kosong, tetapi percayalah aku adalah aku. Dan ketahuilah, diri aku tidak akan sesekali membiarkan aku kehausan untuk waktu yang lama.

Bermula dari titik tahun ke enam aku bernafas, di situlah aku sedar yang aku tidak bersendirian. Dia sentiasa bersama aku, dikala hujan dingin memeluk tubuh, dikala halilintar melibas meninggalkan kesan pada tubuh aku, dikala panas membakar kulit aku, dikala gerhana menyelubungi kecerahan dunia, dikala aku dihentam dengan kesunyian dan kedinginan suasana di sekeliling, dan dikala aku ingin berhenti bernafas.

Dia yang memberi nafas baru.

Diri aku sendiri.

Aku bukan gila, aku hanya ghairah melihat tinta merah itu menjadi tatu pada tubuh aku. Bukti aku berjaya mengalahkan mimpi ngeri aku. Bukan dunia yang melekakan, tetapi manusia yang mudah terbuai. Bukan manusia diubah dengan dunia, namun manusia yang menghancurkan dunia.

Jadi siapa yang akan tamatkan bencana ini?

Jika bukan aku?

Ahn Jiyoun lantas menutup blog peribadi itu serta merta. Jantungnya mengepam laju sehingga sesak dadanya terasa. Cermin mata dibuka diletakkan ke atas meja, lalu rambut dikuakkan ke belakang dengan stress. Banyak kini yang bermain di dalam fikirannya. Lagi-lagi setelah membaca artikel bertajuk ‘I Tainted My Body With Your Blood’ itu.

Berfikir tentang lelaki bernama Byun Baekhyun itu.

Jika benar cerita itu berkait dengan kehidupan yang dia lalui maka, lelaki itu sebenarnya mengalami kecelaruan minda dan perlu untuk dibantu. Kes ini juga semakin tidak masuk di akal Jiyoun. Jika benar lelaki itu seorang pembunuh, mengapa tiada satu bukti pun yang dapat disabitkan padanya?

Mengapa?

Tangkas tangannya membuka fail-fail yang melaporkan segala siasatan ke atas lelaki itu. Kalau sahaja lelaki itu tidak bersalah, kenapa dia tidak mencuba untuk mempertahankan diri? Mengapa dia merelakan dirinya di kurung di asylum sedangkan dia orang yang normal. Dari luaran dan dalaman.

“Apa aku yang tidak waras atau kamu yang hilang akal?” Persoalan itu berulang-ulang di dalam kotak fikiran Jiyoun. Cuma apa maksud di sebalik semua itu?

Disebabkan dia tertanya-tanya dengan semua persoalan itu, Jiyoun mengambil keputusan untuk berbicara berdua dengan Byun Baekhyun. Banyak yang ingin ditanyakannya, banyak yang mahu dia dengar dari mulut lelaki itu sendiri. Jauh dalam hatinya, dia mahu membantu lelaki itu. Dan juga, mindanya terakses sesuatu dan dia menginginkan jawapan.

Ahn Jiyoun menarik nafas dalam sebelum melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan Byun Baekhyun. Sebaik sahaja dia masuk, matanya jatuh pada tubuh Baekhyun yang terbaring di atas katil. Badannya berbalut kain putih tebal, dan kakinya digari di hujung katil. Seperti binatang layaknya.

Jiyoun mendapat jawapan serta merta.

Encik Byun Baekhyun?”

Agak lama sunyi, badan Baekhyun terlihat bergerak sedikit sebelum tawa halusnya kedengaran.

“Jadi Cik Ahn sudah membacanya? Menarik bukan?”

“Encik Byun terluka.”

“Jangan banyak membuang masa dan liur, teruskan sahaja. Kau mesti mahu tahu kenapa aku membunuh dia, kan?”

▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃▃

amaran keras, yang hati tak sado jangan baca tau. sebab makin lama makin banyak depression thought, killer dan suicide dalam ni :)

æ ✔ [DIBUKUKAN]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن