Chapter 18

669 67 68
                                    

Fikirannya kusut memikirkan hubungannya dengan Maya. Dia berjalan keluar dari bilik dan menuju ke kolam yang berada di tepi rumah.

Angin malam yang menyapa dibiarkan sepi. Punggung dilabuh di tepi kolam. Otaknya cuba memikirkan plan untuk membaiki hubungannya dengan Maya.

"Kalau aku ajak dia keluar minum mesti dia tak nak. Hishh nak buat apa ni? Kenapa lah otak aku tak boleh berfungsi dengan baik waktu ni?" gumam Alfred perlahan.

Sedang dia memerah otak memikirkan cara lain, telefon yang berada di sebelah berdering kuat.

Dia melihat nama yang tertera di screen itu. 'Jake?' bisik hatinya.

Panggilan itu terus diangkat.

"Hello, kau ada dekat mana ni?" soal Jake di dalam talian.

"Dekat rumahlah. Ada apa kau call aku ni?" jawab Alfred dingin.

"Kau kena datang mansion cepat. Ada hot news yang kau perlu tahu," kata Jake dengan serious. Aura dingin Alfred tidak dihiraukan.

Alfred mendengus kuat. "Apa lagi yang urgent sangat tu? Aku nak rehat lah. Tak boleh ke bincang esok je?"

"Aku tak kira, kau nak rehat atau nak berjoget. Yang penting kau kena datang sekarang!" Yang Jake tahu benda ni tidak boleh ditangguh lagi. Nak rehat apa semua tu tolak tepi dulu. Apa ingat yang lain tak nak rehat? Mestilah nak!

"Haishh... iye lah. Kau tunggu aku sampai lebih kurang sepuluh minit macam itu. Menyusahkan betul!" Seusai berkata, Alfred terus menamatkan panggilan. Dia bangun dari duduk dan menuju ke biliknya semula.

'Leceh betul lah diorang tu. Kalau hot news yang dikatakan tu aku dah tahu, memang aku pancung sorang-sorang. Menyemak!' bebel Alfred sambil menukar pakaian. Hoodie hitam disarung ke tubuh.

Kunci superbike nya dicapai dan terus keluar dari bilik.

Sampai sahaja di mansion, Alfred terus menuju ke bilik perbincangan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sampai sahaja di mansion, Alfred terus menuju ke bilik perbincangan. Password dimasukkan lalu ditolak pintu tersebut kasar.

Mereka yang berada di dalam terkejut saat terdengar bunyi pintu dibuka secara kasar.

"Woi, buka pintu tu elok-elok lah sikit. Entah dah kali ke berapa kitorang cakap jangan buka pintu macam nak roboh. Kalau pintu tu rosak lagi siapa nak ganti? Itu pun dah pintu yang ke dua puluh tau. Kalau roboh lagi kitorang tak bertanggungjawab," kata Iris dengan perasaan geram.

Mereka semua memandang Alfred tajam. Tak makan saman betul lah anak bangla ni.

Alfred hanya memekakkan telinganya. Sudahlah ganggu masa rehat aku, orang dah datang bising pula. Menyampah!

"Kalau rosak pun aku yang ganti. Bukannya pakai duit korang. So, tak payah nak bising-bising. Bingit tahu tak?" balas Alfred dingin.

Dia terus melabuhkan punggung di kerusi khasnya. Kaki disilangkan di atas meja sambil mengeluarkan gula-gula hacks. Maklumlah Alfred ni budak baik, dia tak hisap rokok.

Nerdy Spy Girl [ HIATUS ]Where stories live. Discover now