Chapter 16

714 91 61
                                    

"Jom ikut aku sekejap." Iris menarik tangan Mia supaya mengikut langkahnya.

"Eh, nak pergi mana? Majlis kan belum habis." Mia menanyang muka pelik. Tak kan dah nak balik, kut?

Iris membiarkan soalan Mia berlalu dibawa angin. Kakinya mengorak langkah laju menuju ke taman berdekatan dewan.

"Ehem! Aku ada benda sikit nak tanya kau. Aku harap kau boleh jawab dengan jujur," kata Iris setelah tiba di taman tersebut.

"Okey. Apa yang you nak tanya dekat I?" balas Mia. Matanya tidak lepas dari memandang wajah Iris.

"Kau ada kakak, kan?"

"Ada. Tapi itu dulu. Sekarang kakak I dah berambus dari keluarga I."

Iris mengerut kening. Ada kakak? Tapi dah berambus? Haihh pelik betul lah perempuan ni.

"Asal kau cakap macam itu pula?"

"Kitorang yang buang dia. Disebabkan dia lah papa I mati. Papa pun selalu sangat bela dia. Macam perempuan itu sorang je yang anak kandung dia."

"Habis sekarang dia tinggal dekat mana?"

"Entah. Kitorang pun tengah siasat tempat tinggal dia. Mungkin dia tidur rumah kawan kut. Dia mana lah ada rumah sendiri. Harta dia semua kitorang dah ambil." Tanpa Mia sedar, dia telah membocorkan masalah keluarganya pada orang lain.

"Ouhh... papa kau mati sebab apa?"

"Hurmm... waktu itu dia nak pergi bawa kakak I pergi party hari jadi. Entah macam mana kereta papa I terbabas masuk dalam gaung. Biasanya kalau nak pergi mana-mana, orang suruhan dia yang hantar. Tapi waktu tu dia kata nak drive sendiri. Sebab nak sambut birthday 'anak kesayangan' dia."

"Jadi kenapa family kau salah kan dia pula?"

"Sebab dia lah papa I mati. Kalau you nak tahu... sebenarnya rumah family I pun papa letak atas nama dia. Tapi kitorang tipu dia, mama cakap rumah itu atas nama mama. Then, kitorang halau la dia. Baru aman sikit hidup."

"So, korang puas lah bila buat dia macam itu?"

"Sebenarnya belum lagi. Ada banyak lagi benda yang kitorang akan buat. Lupa nak tanya... kenapa you tanya soalan macam ni?"

"Nothing. Saje nak ambil tahu fasal keluarga kau. Ermm... kau belum makan lagi, kan? Jom lah kita masuk dewan balik."

Iris membuka langkah menuju ke arah dewan tadi. Mia sekadar mengikut langkah Iris tanpa berasa pelik dengan soalan-soalan yang ditanya.

 Mia sekadar mengikut langkah Iris tanpa berasa pelik dengan soalan-soalan yang ditanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Maya mendengar setiap perbualan Iris dengan Mia. Chip yang telah diletak di baju Mia sewaktu menari tadi telah membantunya mendapat beberapa maklumat.

Pada awalnya dia juga terkejut apabila mendengar maklumat daripada Anna. Tetapi setelah mendengar jawapan yang keluar dari mulut Mia, hatinya menjadi marah. Itulah punca sebenar dia dihalau dari rumah agam keluarganya.

Nerdy Spy Girl [ HIATUS ]Where stories live. Discover now