Chapter 10

797 114 58
                                    

Alfred memasuki rumahnya. Dia memanggil mama angkatnya " Mama oh mama.. " Itulah rutinnya setiap kali balik ke rumah.

Datin Jessica turun dari biliknya dan menuju ke arah Alfred. Sudah berbuih mulutnya menasihati Alfred supaya tidak terjerit - jerit.

" Iye anak mama yang sorang ni... Berapa kali dah mama pesan jangan MENJERIT!! Haihh susah betul nak ikut cakap ya.. Ni ada apa panggil mama? " Bebel Datin Jessica

Alfred tersengih macam kerang busuk. Dekat sekolah je serius tapi bila dengan orang tersayang manja dia tak terkata. " Hehehehe.. Tak de pape ma.. saje nak panggil.. ouhh lupa nak tanya Ben mana? Biasanya dia yang paling riuh.. hahahhahaha" Kata Alfred

" Ben ada dekat bilik dia.. tengah tidur lah tu... Tadi sampai je rumah mama tengok muka dia penat semacam. Kamu jangan nak mengacau dia rehat pula. " Pesan Datin Jessica

" Ouhh patutlahh.. Eh tak adanya Fred nak kacau dia ma.. Fred pun nak masuk bilik ni.. nak rehat nanti malam nak keluar dengan Jake,Iris and William pula. " Kata Alfred

" Iyelah nanti mama kejut jangan tak bangun.. kalau tak jangan harap boleh keluar. Faham?! " Pesan Datin Jessica dengan nada mengugut.

" Alahhh jangan macam tu ma.. oklah nanti Fred bangun kalau mama kejut. Ok lah bye.. Fred nak masuk bilik dulu. " Balas Alfred


 " Balas Alfred

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Alfred merebahkan dirinya di katil. Penat betul harini. Haihh macam mana lah aku nak tahu rahsia perempuan tu? Sedang Alfred bercakap dengan dirinya tanpa sedar dia sudah pun terlelap.

7:00 p.m.

Tok.. tok.. tok..

Alfred membuka matanya apabila mendengar ketukan dari arah pintu biliknya. Dia mencapai handfone nya untuk melihat jam. Matanya terbeliak apabila jam sudah menunjukkan pukul 7:00 p.m.. Dia bingkas bangun dari katil dan membuka pintu.

" Nak tidur berapa lama lagi? " Soal Rizqin Benjamin dalam nada sindiran.

" Cehh kau rupanya.. ingatkan mama tadi. Sebab ada klon mama dekat sini. " Sindir Alfred pula

" Malas ah nak layan kau. Ni aku ketuk pun sebab mama suruh kejut.. kalau mama tak suruh tadi memang aku biarkan je kau tidur sampai esok. Hahahahha " Balas Rizqin

" Dah lah aku nak mandi. Terima kasih sangat - sangat kerana mengejut abangmu yang handsome ni. " Ujar Alfred kemudian dia menutup pintu bilik untuk membersihkan diri.


 " Ujar Alfred kemudian dia menutup pintu bilik untuk membersihkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nerdy Spy Girl [ HIATUS ]Where stories live. Discover now