Chapter 17

634 74 69
                                    

Maaf sebab dah lama tak update. Authors buzy sikit lately ni. Sorry korang😢

                         ٩(●˙—˙●)۶




Pakaiannya dikemaskan. Rambut yang serabai dibetulkan sedikit. Contact lense berwarna hijau muda dipakai. Selesai membetulkan penampilannya, Maya berjalan menuju ke kelas.

Dalam perjalannya ke kelas, ramai yang terpegun dengan kecantikannya. Ada yang menyangka bahawa dia merupakan pelajar baru. Ye lah, sebelum ini kan dia memakai pakaian yang nerd.

"Cantiknya perempuan itu. Mesti pelajar baru, kan?"

"Pergh... awek aku tu. Kau jangan rembat."

"Bidadari jatuh dari langit ke weyh? Aku rasa tak ada sorang pun dekat highschool ni yang cantik macam dia."

Banyak lagi kata-kata pujian yang Maya dengar tetapi diabaikannya.

'Huhh... ini lah manusia. Bila orang nerd je kau caci maki. Sekali orang tu tunjuk personaliti dia yang sebenar baru lah kau sibuk nak puji melambung.' Maya naik menyampah dengan perangai manusia disekelilingnya.

Langkah diteruskan sehingga kelasnya dijumpa. Kakinya melangkah masuk ke dalam. Mukanya tidak memberi sebarang reaksi. Tempat duduknya dituju.

'Siapa pula perempuan yang masuk ni? Kenapa dia duduk dekat tempat Maya?' bisik hati Damia. Tidak senang duduk dia melihat kecantikan Maya.

Alfred di sebelahnya tercengang melihat perubahan Maya. Rata-rata pelajar di dalam kelas itu memandang Maya seperti tidak pernah jumpa perempuan cantik.

Maya tersenyum sinis melihat wajah Damia dan Alfred. Rocky di belakangnya disapa mesra.

"Yow, Rocky. Rindunya dekat kau. Lama tak jumpa." Senyuman manis dihadiahkan kepada kawannya itu.

Rocky masih lagi tidak percaya melihat peruban Maya.

"Ahh, ya. By the way, kau ni memang Maya Alviena ke? Atau kau sebenarnya orang lain?" tanya Rocky tanpa selindung.

Maya tersenyum mendengar soalan Rocky. Soalan yang sudah dijangka dari tadi.

"Iye lah. Depan kau ni memang Maya Alviena yang asli. Bukan yang klon punya." Maya menjawab selamba.

Rocky mengangguk dan tersenyum janggal. "Lama kau tak datang sekolah? Kau sakit ke?"

Memanglah lama. Seminggu dia tenangkan fikiran dan selesaikan masalah yang tak pernah nak habis.

"Tak ada lah. Aku ada hal yang tak boleh dielakkan." Ada hal lah sangat Maya. Padahal kau pergi bercuti dengan Arthur. Sorry Rocky sebab aku tipu kau.

Rocky sekadar membuat mulut bentuk 'o'. "Banyak benda aku nak cerita dengan kau tau."

Maya menunjuk reaksi teruja. "Uishh... apa dia tu?"

"Haa ini lah aku nak cerita. Seminggu waktu-" Baru hendak memulakan cerita, Sir Tyler masuk ke dalam kelas.

"Good morning, everyone." Buku yang berada ditangannya diletak di atas meja. Hanya beberapa buah buku sahaja yang dibawanya. Yang selebihnya dia akan menggunakan tablet untuk sesi pembelajaran.

"Good morning, Sir." Semua pelajar bangun dan menunduk hormat. Ini merupakan adat bangsa mereka.

"Jadi hari ni saya akan ajar kamu semua bab baru. Sebelum itu saya ada benda nak tanya. Siapa yang duduk di sebelah Alfred tu?" kata Sir Tyler.

Semua menumpukan perhatian kepada Maya. Maklumlah nak tahu juga kan siapa bidadari cantik yang masuk dalam kelas diorang.

"Saya Maya Alviena, Sir." Maya tersenyum tipis.

Nerdy Spy Girl [ HIATUS ]Where stories live. Discover now