Chapter 3

1K 144 34
                                    

" .... Baiklah kamu boleh duduk di sebelah Alfred. "

Maya mengangguk dan mengucapkan terima kasih. Lalu dia berjalan ke arah Alfred yang terdapat di sebelahnya meja kosong. Dia pelik melihat muka Alfred yang serius memanjang ' dah kenapa mamat ni? tak reti nak senyum ke? Muka ketat je memanjang. Haihh pelik aku. ' Maya menarik kerusi di sebelah Alfred dan meletakkan beg sekolahnya disitu. Dia kemudian duduk di kerusi tersebut sambil mengeluarkan buku nota dan alatan tulis untuk mengulangkaji pelajaran.

Pintu kelas Desmond 1 diketuk seseorang " Semua cikgu mesyuarat harini. So korang buat hal masing - masing. Tapi jangan bising ! Ni arahan daripada pengetua. " Pelajar yang menyampaikan maklumat sebentar tadi melangkah pergi dari kelas Desmond 1.

' Huhh. Baru first day sekolah dah tak belajar. Baik aku tak payah masuk kelas tadi. ' Sedang Maya sibuk memprotes tak puas hati, tiba - tiba mejanya diketuk. Maya terkejut seraya mengangkat mukanya melihat orang yang tidak beradab itu. ' Selamba dia je ketuk meja aku. tak de meja sendiri ke hahh... '

" Eh kau dengar sini ea perempuan. Disebabkan kau tu dah lah nerd pastu tak kaya macam kitorang, so kau kene jadi kuli kitorang mulai harini. Faham ?! " Kata Damia sambil mengecilkan sedikit matanya.

Maya menyumpah seranah dalam hati ' Suka hati dia je nak suruh aku jadi kuli dia. Eh kalau bukan sebab misi aku tu, tak denya aku nak pakai macam ni. Nak cakap aku tak kaya? Heh padahal aku lagi kaya dari kau lah. Dasar manusia tak sedar diri. '

Maya sengaja membuat muka takutnya di hadapan dua beradik itu, siapa lagi kalau bukan Damia dan Dania kan. Dia menjawab sambil menundukkan mukanya ke bawah " Err ba baiklah. Saya ikut arahan korang berdua. "

" Bagus! Tapi aku tak suka bila time aku cakap orang tak pandang muka aku. So remember! Kalau lepasni bila aku bercakap kau tak pandang muka aku... Nahas kau. " tengking Damia dalam keadaan bongkak.

Alfred yang terganggu sedari tadi mula bersuara " Hoi perempuan! Kau tak payah nak acah jadi gangster kat sekolah ni ea. Kalau kau nak jadi pun bukan dekat sini tempatnya. Aku nak tenang pun tak bolehlah dengar suara kau yang bingit tu. Dah berambus! "

Damia menghentak kaki tanda protes. Sebelum melangkah meninggalkan meja Maya, Damia sempat membisikkan sesuatu di telinga Maya " Kau jangan ingat kau dah menang ea. Sebab aku tak habis lagi dengan kau. So jumpa aku waktu rehat nanti. "

Maya menghembuskan nafas lega apabila langau yang mengacaunya itu berlalu pergi. ' Haihh tak aman betullah. Ada je something bad berlaku. '

 '

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Alfred menyambung kembali tidurnya yang telah diganggu oleh dua ekor langau yang tak tahu dari mana datang. Sebelum menyambung tidur, dia memandang Maya sekilas untuk melihat perempuan tersebut buat apa ketika ini. Dia memikirkan cara untuk mencari maklumat berkenaan Maya. Apabila satu idea pun tidak keluar dari otaknya, dia menyambung tidurnya kembali.

Nerdy Spy Girl [ HIATUS ]Where stories live. Discover now