Chapter 12

740 102 51
                                    

Situation at Golden Lexandra Highschool

Maya yang baru tiba di kelas terus duduk di tempatnya. Dia mengerling jam di tangannya. 'Huhh dah pukul 8.15 tapi sir masih belum sampai.' Dia membuat keputusan untuk mengulangkaji pelajarannya memandang sudah beberapa hari dia tidak menghadiri kelas.

Dia membuat sedikit catatan berkenaan pelajarannya. Tanpa dia sedar, mata Alfred tidak lepas dari melihat tindak-tanduknya. Dia sudah berasa tidak selesa dan memberanikan diri untuk menegur Alfred.

"Heyy! Awak ni dah kenapa pandang saya macam tu?" Tanya Maya dengan berani.

'Ehh dia ni. Biasa bukan main takut lagi dengan aku.' Bisik hati Alfred

"Ehemm... Yang kau nak sibuk apahal? Mata aku so sukahati akulah nak tengok siapa pun. Ada apa-apa masalah ke wahai Cik Maya Alviena?" Jawab Alfred selamba.

"Memanglah tu mata awak. Tapi saya tak selesa faham tak. Lebih baik awak hadap buku tu daripada tengok saya. Ada juga faedahnya." Balas Maya tak nak mahu kalah.

Alfred mendekatkan mukanya ke Maya sehingga ruang yang memisahkan muka mereka hanya seinci.

Maya mengundurkan dirinya ke belakang sehingga dia terperangkap di dinding. Alfred terus mengepung Maya dengan tangannya. Maya memalingkan mukanya ke tepi. Dia tidak betah untuk melihat mata biru cair milik Alfred yang mampu membuatnya terpukau.

Semua orang yang berada di dalam kelas tersebut tidak perasan akan hal itu. Mereka sibuk dengan hal masing-masing.

"Aw... Awakk ni ke... kenapa? Saya nak study lah. Sa... Sanalah sikit." Kata Maya dan cuba untuk menghalau Alfred duduk di tempatnya semula.

'Hehh ingatkan berani sangat minah ni. Rupanya kecut jugak... Tapi best jugak kalau dapat kenakan dia ni. Hehehehehe... Idea jahat dah timbul.' Bisik hati Alfred dan memikirkan rancangannya untuk mengenakan Maya.

"Kenapa kau takut?" Tanya Alfred dengan suara meggoda. Cehh dah mula dah plan dia nak kenakan Maya.

"Ma... Mana ada. Ishh ketepilah... Saya nak buat kerja ni." Jawab Maya cuba menutup gugupnya. Dia perlu hilangkan debaran yang bertandang di hatinya supaya tidak tergagap-gagap lagi.

"Kau siapa nak arahkan aku macam tu? Aku tahu kau mesti takut kalau aku kiss kau kan. Tapi kau jangan risau sebab aku bukan nak kiss kau pun?" Kata Alfred lagi.

"Memanglah sebab saya ada hak peribadi. Tapi saya tak cakap pun macam yang awak cakap tadi. Cuba kalau awak berada di tempat saya." Balas Maya dengan berani.

Alfred mendengus kuat.

"Baiklah Cik Maya Alviena... Saya tak akan kacau awak lagi. But..." Kata Alfred dengan nada yang lembut. Kata-katanya dibiarkan tergantung lalu mencapai buku latihannya dan memberikan buku tersebut kepada Maya.

"Nah ambil buku ni kalau kau tak nak aku tenung kau macam tadi. Siapkan homework aku ni. Aku ni bukan tak pandai cuma aku penat." Bisik Alfred di telinga Maya.

'Ehh mamat ni... Main ugut-ugut pulak. But it's okey today is your day.' Omel Maya dalam hati.

"Kalau kau tak siapkan... Kau akan dapat hukumannya. Faham?" Bisik Alfred lagi.

Seusai berkata, Alfred terus menjauhkan mukanya dan bangun dari kerusi. Dia melangkah keluar dari kelas.

 Dia melangkah keluar dari kelas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nerdy Spy Girl [ HIATUS ]Where stories live. Discover now