Chapter 1

1.6K 165 33
                                    

Kring..... Kring.....

Maya terjaga dari tidur disebabkan bunyi alarm yang mengganggu konsentrasi tidurnya. Kemudian dia mencapai telefon bimbitnya dan menutup alarm yang berbunyi itu. Dia segera turun dari katil dan mencapai tuala di ampaian biliknya lalu menuju ke bilik mandi.

Setelah selesai membersihkan badan, dia keluar dengan memakai bathrobe yang telah tersarung di badan lalu mengemas katil tempat dia beradu. Dia melihat jam di dinding biliknya yang menunjukkan pukul 6.30 pagi. Lalu, dia mempersiapkan dirinya memandangkan hari ini murapakan hari pertama dia belajar di sekolah miliknya. Dia memakai cermin mata besar yang berbentuk bulat dan mencalit sedikit pelembap di bibir. Setelah berpuas hati dengan penampilan barunya, dia turun ke meja makan untuk bersarapan sebelum ke sekolah.

Setibanya di meja makan, dia mengambil tempat di sebelah adiknya yang bernama Marcel. Dia mencedok nasi goreng ke dalam pinggan yang di buat oleh Mak Timah selaku salah satu bibik di rumahnya rumahnya.

Puan Sri Emma yang baru tiba di meja makan menjeling Maya dan duduk bertentangan dengan Michael. Dia mencedok nasi goreng ke dalam pinggan sambil menyindir Maya, "Lenapa lah mesti ada perempuan ni dekat meja makan? Tak seleralah aku nak makan tengok muka kau. Dah lah pakai cermin mata besar. Kau sengaja nak malu kan aku kat sekolah kan?"

Adrien Michael menyokong kata - kata mamanya, "Betul tu ma. Dengan cermin mata besar dia tu tak serupa langsung macam Tuan Muda Golden Lexandra Highschool. Memalukan betul kalau orang tahu. Kenapa lah papa tak wasiat kan atas nama Micha je? Kan lagi senang."

Maya yang menadah telinga mendengar keluarga sendiri menyindir dirinya memendam rasa di dalam hati. Dia tidak mahu membalas kata - kata keluarganya itu kerana dia masih boleh bersabar lagi. Dia sekadar menundukkan kepala memandang pinggannya sambil menguis nasi goreng yang masih berbaki.

Arthur Marcel memandang geram wajah Puan Sri Emma dan Micha yang seronok menyindir kakaknya. Dia membalas kata - kata cacian mereka terhadap kakak kesayangannya, "Apa salah kakak ma? Sanggup mama bencikan kakak? Kakak tu anak mama tau. Anak yang mama lahirkan selepas sembilan bulan mama mengandung. Kakak tu kan darah daging mama. Marc tak paham lah dengan keluarga kita ni. Sebelum arwah papa meninggal, keluarga kita bahagia je. Tapi sekarang... keluarga sendiri saling sindir menyindir."

Marc mengeluh seketika memikirkan perangai keluarganya sebelum menyambung percakapannya, "Micha nak tahu tak kenapa papa tak wasiatkan sekolah dengan aset - aset papa dekat kau? Sebab perangai kau masih belum cukup matang untuk memegang syarikat atau aset papa. Tengok macam sekarang ni, satu khabar angin yang belum tahu kesahihannya korang dah judge. Marc pun tak tahulah nak cakap apa lagi supaya korang berhenti judge Kak Maya."

Mia Arabella yang sedang berjalan menuju ke meja makan terdengar Marc membela Maya. Dia menjulingkan mata ke atas lalu menyampuk, "Abang Marc ni bela kan sangat perempuan tu. Mana lah tahu memang dia yang rancang kematian papa supaya dia dapat bolot semua harta papa."

Maya bangun dari kerusi dan berkata, "Maya minta maaf. Tak pe, Marc. Tak payah bela akak mungkin memang salah akak. Maya minta diri dulu."

Maya masuk ke dalam kereta Jaguar F- Type Sport yang dihadiahkan oleh papanya semasa menyambut hari lahirnya yang ke-14. Dia menjaga keretanya dengan rapi.

 Dia menjaga keretanya dengan rapi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Nerdy Spy Girl [ HIATUS ]Where stories live. Discover now